Pertembungan Antara Budaya Lama dengan Budaya Baharu di Tempat Kunjungan Tainan


Bandar Tainan yang wujud sejak empat abad yang lalu merupakan tempat penyimpanan tapak warisan penting paling terkenal di Taiwan. Empat tempat kunjungan telah dilahirkan di sini, atau   menggunakan perkataan yang lebih tepat, iaitu “dilahirkan semula”, dalam dua dekad yang lalu. Tapak-tapak sejarah ini telah diaktifkan semula dan memainkan dua peranan, yakni sebagai pusat pembelajaran warisan dan pusat kesenian.


Bandar Tainan merupakan syurga bagi pelancong yang menggemari tapak sejarah, terutamanya pelancong yang meminati sejarah Taiwan. Bandar Tainan merupakan titik pemulaan bagi sejarah Taiwan, penempatan pertama orang Cina Han dan ibu kota pulau ini melebihi 200 tahun. Di sini, kami akan menemani anda dalam perjalanan istimewa melawati tapak warisan berskala besar yang telah diaktifkan semula di bawah pengawasan kerajaan. Tempat-tempat tersebut telah digunakan sebagai tempat mempamerkan kisah sejarah pulau Taiwan dan nod kreatif mempromosi seni kebudayaan. Kita akan melawati dua kompleks penapisan gula, sebuah kompleks kerja air dan mengunjungi bekas-bekas saluran penghantaran kawasan pedalaman.


台南_十鼓仁糖文創園區

Kedai Buku

十鼓仁糖文創園區2

Pokok Jejawi Tua


Kampung Kebudayaan Sepuluh Gendang


Landskap Taiwan ditaburi dengan kompleks-kompleks penapisan gula lama dan bersejarah. Kompleks tersebut telah dibina oleh orang Jepun apabila mereka menjajah Taiwan dari tahun 1895 sehingga tahun 1945. Setelah lama dibiarkan, kompleks ini diubah suai dan diaktifkan semula sebagai mesin masa bagi peminat sejarah dan tapak perhimpunan untuk seniman, kumpulan seni budaya dan perusahaan-perusahaan kreatif budaya. Kampung Kebudayaan Sepuluh Gendang pada asalnya dibina sebagai Kilang Gula Rende, terletak di selatan pusat bandar Tainan. Ia merupakan pengubahsuaian tapak bersejarah yang terbesar dan terpelihara, dan juga diubahsuai dan diberikan peranan yang baharu dengan cara yang paling komprehensif dan inovatif.


Kumpulan Perkusi Seni Sepuluh Gendang yang terkenal ialah kumpulan persembahan dan pendidikan yang menggabungkan gendang tradisional dengan unsur teater moden. Kumpulan ini telah menjadi bahagian yang rapat dalam budaya bandar moden Taiwan, dan telah membuat persembahan di seluruh dunia. Kumpulan ini mempunyai tiga matlamat dalam menguruskan kompleks penapisan gula lama Rende seluas 5 hektar, iaitu persembahan kumpulan ini  dan muziknya, pemeliharaan sejarah industri gula di Taiwan, dan penciptaan penarikan ekologi. Seni tanam di perkampungan ini anggun, penuh dengan warna ceria bunga-bungaan dan rama-rama cantik yang berterbangan di sini. Ia sesuai untuk lawatan seharian bagi seluruh keluarga dengan memuaskan kehendak setiap ahli keluarga. Tiket anda memberikan akses percuma sepenuhnya, termasuk diskaun untuk makanan, minuman dan pembelian barang-barang runcit.


十鼓仁糖文創園區3

Mesin Kilang Lama

十鼓仁糖文創園區4

Pintu Masuk ke bar Gula Magik


Teater persembahan terkini Kumpulan Perkusi Seni Sepuluh Gendang terletak di sebuah loji lama yang lapang. Persembahan diadakan setiap hari.


Sebuah loji besar yang lain dibahagikan kepada empat tingkat. Tingkat pertama digunakan sebagai bar yang silingnya tinggi manakala tingkat kedua merupakan kedai buku yang cantik seperti gambar, menyimpan buku-buku Bahasa Cina. Tingkat ketiga loji ini mempunyai tempat memanah mini (sesuai untuk kanak-kanak dengan menggunakan anak panah lembut) yang dikelilingi bunyi hiruk-pikuk paip, jentera dan dentangan alat logam lain. Tingkat keempat dipenuhi dengan tong penyulingan yang baru dicat; anda boleh menulis hajat dan rahmat pada pil kayu kecil yang bergaya Jepun, letakkan pil hajat ini pada tali panjang dan akhirnya ia akan “diserap” ke dalam tong. Anda juga boleh bergerak ke atas laluan atas bumbung loji untuk menikmati pemandangan yang memukau.


Tepat di belakang loji kedua terdapat tiga barisan menara penyulingan besar yang ketinggiannya beberapa tingkat. Kini, salah satu menara tersebut telah diubah suai kepada sebuah kafe mewah, satu lagi mempunyai gelongsor tiub tinggi berpusing-pusing dan akhirnya sebuah muzium kecil menerokai sejarah kumpulan perkusi dan sejarah kilang penapisan gula, memfokuskan keluarga Jepun yang menjalankan kehidupan mereka sekitar kompleks.


Anda juga berpeluang untuk mencuba aktiviti menyeronokkan seperti memasuki bahagian dalam cerobong asap setinggi 67m yang telah dibersihkan, melakukan aktiviti terjun bebas dan luncur gantung (titik pelancaran luncur gantung terletak tepat di bawah laluan atas bumbung loji kedua), serta mempelajari cara Kumpulan Sepuluh Gendang bermain gendang dan bermain gendang sendiri bersama pakar Kumpulan Sepuluh Gendang sebagai pengajar anda.


十鼓仁糖文創園區5

Kumpulan perkusi Sepuluh Gendang

十鼓天堂路6

Laluan atas bumbung


Kampung Kebudayaan Sepuluh Gendang (Kilang Gula Rende) 十鼓臺南仁糖文創園區

Alamat: No. 326, Sec. 2, Jalan Wenhua, Daerah Rende, Bandar Tainan

Masa Operasi: 9:30am~5:00pm (setiap hari)

Tiket: NT$449 (dewasa)

Laman Web: tendrum.com.tw (bahasa Cina)


Tempat-tempat Lain yang Disyorkan


Taman Shan-Shang Tainan dan Muzium Kerja Air Lama terletak di kawasan luar bandar di sebelah timur laut pusat bandar Tainan. Tarikan warisan ini memberikan perspektif yang unik terhadap kerja pembangunan sistematik Jepun semasa Jepun menjajah Taiwan. Kompleks yang terpelihara dengan baik ini mendapatkan sumber air dari Sungai Zengwun, menulenkannya dan menghantarnya ke Bandar Tainan dengan sistem bekalan air graviti melalui saluran air yang kini dikenali sebagai Saluran Air Lama Tainan.


Bilik Penapis/Pejabat Penyaluran Air menampilkan dinding bata merah dan bumbung kayu. Bilik Penapis dilengkapi dengan 14 set jentera penapisan pantas buatan British. Bilik Ekzos Pam dibina dengan gaya pembinaan yang sama, dengan siling yang sangat tinggi. Bilik ini juga dilengkapi dengan serangkaian jentera besar asal, termasuk empat pam dan kren skid. Kolam Rawatan Air terletak di atas bukit tinggi boleh disampai melalui tangga besar yang mempunyai sebanyak 180 anak tangga curam. Bahagian hadapan Kolam Rawatan Air ini kelihatan seperti sebuah kubu yang dibina daripada batu semula jadi dan bahan batu tiruan.


Antara tarikan artistik taman rekreasi ialah seni pemasangan berskala besar yang terpilih daripada Festival Seni Tahunan Pulau Yuguang.

山上水道博物館

Bangunan bata merah lama

Bilik Penapis


Taman Shan-Shang Tainan dan Muzium Laluan Air Lama

Telefon:(06)578-1900

Alamat: No. 16, Shanshang, Borough Shanshang, Daerah Shanshang, Bandar Tainan

Masa Operasi: 9:30 pagi~5:30 petang (setiap hari)

Tiket: NT$100 (dewasa)

Laman Web: waterworks.tainan.gov.tw


Pekan lama pusat pertanian Madou terletak di arah utara dari pusat bandar Tainan. Madou terletak di sebelah Sungai Zengwen. Nama “Madou” ialah terjemahan bahasa Cina bagi nama kampung asli peribumi yang terletak di sini. Pada zaman dahulu, kapal layar dari kawasan ini boleh belayar sampai ke Selat Taiwan. Pelabuhan tempatan juga sibuk menghantar barangan seperti gula tebu dan kulit rusa untuk dieksport ke luar negara. Pelabuhan tersebut merupakan tempat ketibaan bagi pendatang Cina Han dari China. Pelabuhan ini akhirnya tersumbat kelodak.


Taman Budaya Pelabuhan Lama Madou meraikan zaman kegemilangan ini dengan paparan berkualiti serta tinggalan pelabuhan lama seperti jejak dermaga lama, tambatan sungai, jejambat dan saluran sungai lama. Muzium setempat unik ini merupakan sebuah karya seni abstrak moden yang menarik, dinamakan “Muzium Cerita Laut Pedalaman Daofeng”, membuktikan keramahan persekitaran setempat terhadap kapal layar berabad-abad yang lalu. Hasil-hasil artis Taiwan juga dipamerkan di sini.

蔴荳古港文化園區

Pintu masuk ke Taman Budaya Pelabuhan Lama Madou

Bot yang diperbuat daripada cengkerang tiram


Taman Budaya Pelabuhan Lama Madou

Telefon: (06) 571-8088

Alamat: No. 87-30, Nanshi, Borough Nanshi, Daerah Madou, Bandar Tainan.\

Masa Operasi: 9.00 am ~ 5.00 pm (ditutup pada Isnin & Selasa)

Laman Web: www.twtainan.net/en/attractions/detail/4605


Pusat Kesenian dan Kebudayaan Tsung Yeh terletak bersebelahan dengan selatan Taman Budaya Pelabuhan Lama Madou. Kompleks ini ialah warisan lain yang wujud sejak zaman penjajahan Jepun, merupakan tapak kilang penapisan gula yang dikendalikan oleh orang Jepun. Selepas loji penapisan gula dirobohkan pada tahun 1998, masyarakat tempatan meminta untuk memelihara peninggalan lain di tapak ini. Hari ini, pelancong dapat mengunjungi Pejabat Bata Merah, Kediaman Rasmi Kayu, Rumah Tetamu Kayu, Restoran Bata Merah, Taman Jepun, lokomotif bertolok sempit lama untuk pengangkutan tebu, dan pokok-pokok kapur berusia berabad-abad. Tempat ini juga merupakan pusat kraf tradisional yang mempunyai pusat kraf, pameran khas dan bengkel.

台南_總爺藝文中心3

Karya seni di perkarangan pusat kebudayaan

台南_總爺藝文中心4

Restoran Bata Merah


Pusat Kesenian dan Kebudayaan Tsung Yeh

Telefon: (06) 571-8088

Alamat: No. 5, Zongye, Borough Nanshi, Daerah Madou, Bandar Tainan

Masa Operasi: 9.00 am~5.00 pm (ditutup pada hari Isnin & Selasa)

Laman Web: www.twtainan.net/en/attractions/detail/4604