Daripada aktiviti yang tiada henti kepada kreativiti yang takkan dilupai

Sanxia Old Street

Sanxia Old Street adalah Bandar bersejarah yang terkenal dengan tempat pelancongan dan kuil bersejarah dikenali sebagai Kuil Qingshui Zushi yang sangat unik dalam dedikasi kepada seni kuil klasik. Di Sanxia Old Street juga, pelancong yang datang boleh mempelajari sejarahnya yang tersendiri dan Bandar ini masih mengekalkan nilai kebudayaannya.

Juming Museum

Muzium Juming diasaskan oleh seorang artis seni halus arca yang sangat terkenal, Ju Ming. Ia mempamerkan arca-arca besar di halaman muzium tersebut yang begitu unik. Selain itu, dengan halaman muzium seluas 10 hektar. Ia juga merupakan taman arca terbesar di Taiwan yang memaparkan 500 patung arca manakala di dalam muzium pula mempamerkan lukisan-lukisan yang menjadikan muzium ini salah satu daripada tarikan utama pelancong untuk datang.

National Taiwan Museum of Fine-Arts

Muzium Seni Halus Nasional Taiwan adalah muzium pertama yang ditujukan sepenuhnya ke bidang seni kontemporari dan moden. Muzium ini menaikkan martabat para seniman di Taiwan untuk terus mencipta dan mengembangkan budaya seni Taiwan.

Huashan1914 Creative Park Old Street

Jika anda peminat kesenian kebudayaan yang kreatif, Huashan 1914 Creative Park adalah tempat yang sesuai untuk dilawati dan kebanyakan acara yang melibatkan seni dianjurkan di sini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini selain melawati galeri-galeri yang ada. Anda juga boleh membeli barangan seperti kraf tangan untuk dibawa pulang.

921 Earthquake Musuem

Jika anda ingin mengetahui serba sedikit tentang sejarah gempa bumi, Muzium 921 Gempa Bumi adalah sebuah muzium yang mengekalkan tanda-tanda dan kesan gempa bumi.Lebih menarik tentang muzium ini, pihak muzium membentangkan paparan tentang gempa bumi dan aktiviti pengetahuan am dijalankan di mana pengunjung akan mengetahui lebih lanjut mengenai gempa bumi.