Taiwan muncul sebagai destinasi ke-3 paling menarik di kalangan umat Islam di dunia, prestasi terbaik yang pernah dicapai oleh negara tersebut, menurut rating Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI) 2019 yang dikeluarkan oleh CrescentRating-Mastercard.

Singapura dan Thailand masing-masing meraih tempat pertama dan kedua, bagi tahun kelima berturut-turut. Taiwan mendapat tempat ke-3, naik dua anak tangga dari tahun lepas, dan rating menunjukkan ia setanding dengan UK dan Jepun.

Korea Selatan dan Filipina juga berjaya tersenarai dalam sepuluh tempat teratas, dengan Korea Selatan menduduki tempat ke-8 manakala Filipina naik lima anak tangga ke tempat ke-9.

Laporan itu menganggap bahawa beberapa destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), seperti Taiwan, Jepun, dan Afrika Selatan, akan “mengubah naratif mesra Muslim secara dramatik.”

Pelancong beragama Islam di seluruh dunia dijangka membelanjakan AS$300 bilion menjelang 2026 dalam industri pelancongan, meningkat daripada AS$220 bilion pada 2020 – menjadikan golongan ini penyumbang utama kepada ekonomi dunia, anggar laporan itu.

Indeks Perjalanan Muslim Global adalah berdasarkan empat penunjuk, termasuk pengangkutan, komunikasi, persekitaran, dan perkhidmatan. Pada tahun ini sebanyak 130 destinasi mesra Halal telah dipilih, meliputi negara-negara OIC dan bukan OIC.