Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan program “Salam Taiwan” musim yang kedua. Taiwan mengalu-alukan kedatangan Muslim dari Malaysia dan Brunei untuk menjelajahi Taiwan pada tahun 2020.

Duta rasmi pelancongan Salam Taiwan, Mira Filzah telah melawat Taiwan dan berkongsi pengalamannya melalui TVC baru “Salam Taiwan”. Dia memperkenalkan keistimewaan Taiwan yang berbaloi untuk dimasukkan ke dalam rancangan perjalanan ke Taiwan kepada para penonton.

[Makanan Lazat]

(1000 jenis kemanisan)

Pencuci mulut Taiwan terkenal di dunia. Manisan merupakan salah sejenis makanan yang unik di Taiwan.
Ais mangga, teh susu mutiara, agar-agar campur lemon, Taiwan apam balik, kroisan, Muah Chee, susu betik, gula nugat, kek nanas, bebola keladi…

[Ekologi]

Menaiki kereta api merupakan salah satu aktiviti dalam lawatan ke luar negara kebanyakan pelancong. Negara-negara seperti Jepun dan negara-negara di Eropah sentiasa menggalakkan para pelancong menaiki kereta api untuk menikmati pemandangan negara-negara tersebut.

[Gaya hidup/ Lohas]

Cuaca yang baik, yakni sejuk dan selesa di Taiwan sesuai untuk aktiviti luar. Berbasikal sambil menikmati pemandangan indah di Taiwan pada cuaca yang sejuk merupakan pengalaman yang baru dan menarik.

[Kebudayaan]

Taiwan ialah tempat yang sesuai untuk belajar jika anda seorang peminat seni budaya yang kreatif. Kebanyakan tempat di Taiwan masih mengekalkan kesenian dan budaya dari segi gaya hidup, seni bina, makanan dan sebagainya.

[Membeli-belah]

Taiwan mempunyai banyak barangan kreatif dan kraftangan. Ingatlah untuk mencari barangan yang tertulis “Buatan Taiwan” dan anda akan mendapat barangan yang murah dan berkualiti tinggi.

Taiwan, sentiasa seronok dikunjungi!

Maklumat lanjut:

Makanan Lazat: https://www.youtube.com/watch?v=cLRLmCmQLGs

Ekologi: https://www.youtube.com/watch?v=JAAabpsTlCc

Gaya Hidup: https://www.youtube.com/watch?v=8doEw8-ggPI

Kebudayaan: https://www.youtube.com/watch?v=tCXTPSuZDCE

Membeli-belah: https://www.youtube.com/watch?v=aKH1Ctg6zJc