“Salam Taiwan 2020” Program promosi Muslim telah dilancarkan secara rasmi !

Semasa persidangan media, Wakil Anne Hung telah mengumumkan pelakon Muslim Malaysia, Mira Filzah akan meneruskan kerjasama dengan Biro Pelancongan Taiwan sebagai duta rasmi pelancongan Salam Taiwan untuk Malaysia dan Brunei. Video promosi baru akan difilemkan dengan lima tema termasuk makanan, ekologi unik, lohas, gabungan kebudayaan tradisional dan moden dan membeli-belah, mengunjungi lokasi tarikan di Taiwan, menikmati makanan halal dan kemudahan mesra muslim. Marilah kita menantikan pengalaman dan perkongsian video mereka di Taiwan~ Mira Filzah juga akan menghadirkan diri ke beberapa acara promosi pelancongan Taiwan tahun depan untuk memperkenalkan keindahan Taiwan dengan rakan-rakan muslim. Peminat-peminat Mira Filzah jangan lepaskan peluang untuk bersemuka dengan Mira!

Selain itu, Biro Pelancongan Taiwan akan bekerjasama dengan pengendali pelancongan di Malaysia untuk melancarkan program promosi “Salam Taiwan 2020”. Dari Disember 2019 sehingga 30 September 2020, selagi anda membeli pakej pelancongan Salam Taiwan 2020 melalui agensi pelancongan yang bekerjasama dengan Biro Pelancongan Taiwan, sama ada anda adalah “free trip” selama tiga hari dan dua malam, atau lawatan kumpulan selama empat hari dan tiga malam, boleh mendapat tart nanas Taiwan yang halal secara percuma. Dengan tawaran yang begitu baik, jom melancong ke Taiwan sekarang !