Pas Taiwan

Belilah Kad Edisi Terhad! Semua destinasi, pengangkutan dan acara yang menyeronokkan dimuatkan dalam satu kad.

Taiwan mempunyai 22 bandar dan pembandaran serta 368 pekan, menawarkan anda pengalaman gunung dan pemandangan laut yang indah.  Anda boleh memilih untuk berhibur di bandar-bandar besar atau menikmati secubit makanan yang hebat di lorong. Inginkan pengalaman tempatan sebenar, tetapi anda hanya ada masa yang terhad? Jadi, anda tidak patut lepaskan tawaran terhad Pas Taiwan kerana keseronokannya dijamin oleh pegawai-pegawai tempatan.

Pas Taiwan adalah tiket elektronik yang penuh dengan sumber-sumber pelancongan yang dirancang dan disyorkan oleh kerajaan tempatan di seluruh negara, menawarkan diskaun khas “masa dan tempat” untuk pelbagai mod pengangkutan dan tiket destinasi. Kad edisi terhad ini direka dengan logo “Pas Taiwan” berwarna merah di sebelah kiri, blok berwarna mozek yang membentuk visual Pas-T di sebelah kanan dan logo Biro Pelancongan (Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi) “Taiwan” di bahagian bawah. Pas ini penuh dengan diskaun-diskaun untuk produk dan perkhidmatan. Ia boleh didapati dalam talian, serta di kedai-kedai tempatan.

Pas K.P.P

Pas KPP adalah platform pelancongan berasaskan awan pertama di Taiwan yang menawarkan tawaran hebat untuk makan dan penginapan, dari hampir 1,000 peniaga di Kaohsiung, Pingtung dan Pulau Penghu! Teknologi Pas KPP yang unik ini membolehkan para pelancong menambah dana kepada baki mereka semasa percutian, jadi anda boleh terus menikmati pelbagai diskaun dan tawaran istimewa semasa anda melancong di wilayah kami yang indah!

Maklumat lanjut mengenai Pas K.P.P: https://gojet.krtco.com.tw/tcg/2

Pas Yilan

Bandar Yilan adalah kawasan tepian laut yang cantik! Kerajaan Wilayah Yilan telah memperkenalkan Pas Yilan untuk meningkatkan dan memperluaskan pengalaman perjalanan anda ke seluruh wilayah peranginan kami yang indah ini!

Pas Yilan menawarkan anda diskaun untuk makan, melancong, membeli-belah dan penginapan agar anda dapat menikmati percutian anda di Yilan dengan lebih bermakna!

Maklumat lanjut mengenai Pas Yilan: https://yilan.funcard.com.tw/

Pas Taichung

Taichung adalah tiket perjalanan pintar Central Taiwan! Kerajaan Taichung telah menggabungkan sumber-sumber pelancongan tujuh wilayah dan bandar termasuk Wilayah Miaoli, Bandar Taichung, Wilayah Changhua, Wilayah Nantou, Wilayah Yunlin, Bandar Chiayi dan Wilayah Chiayi!

Anda akan menemui laluan pelancong terpilih, diskaun eksklusif untuk tempat-tempat pelancongan terbaik di wilayah ini dan juga diskaun hebat untuk pengangkutan!

Maklumat lanjut mengenai Pas Taichung: https://www.ct-pass.com/

Pas Taitung

Ingat alam kecil Taitung setiap waktu! Temui makanan, muzik dan seni kreatif yang meriah sekali di sana sini di setiap ceruk lembah kehijauan kami! Pas Taitung adalah pemandu pelancong anda yang memberi anda peluang untuk merasai kesederhanaan dan keikhlasan Taitung dan bertemu dengan pekerja-pekerja mahir yang mesra serta tempat makan yang lazat.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan Taitung pilihan pertama para pelancong domestik dan luar negara yang gemarkan sukan dan aktiviti luar! Pas Taitung! Kami menjemput anda untuk menikmati sepenuhnya wilayah kami yang indah ini!

Maklumat lanjut mengenai Pas Taitung: https://taitung.funcard.com.tw/

Pas Riang-Ria Taipei (Taipei Fun Pass)

Pas Taipei menggabungkan pengangkutan dan daya tarikan pelancong di Bandar Taipei, Bandar New Taipei dan Keelung, memberikan kepelbagaian pilihan dan kombinasi serta diskaun-diskaun pengangkutan dan tempat menarik – cara TERBAIK untuk anda melancong dan berjimat di seluruh Greater Taipei!

Maklumat lanjut mengenai Pas Riang-Ria Taipei:  https://funpass.travel.taipei/

Pas Tainan

Pas Tainan – riang ria atas permintaan! Pas Tainan menggabungkan makan, penginapan, dan membeli-belah menjadi satu platform pelancongan yang menawarkan anda destinasi-destinasi pelancongan terpilih di seluruh Tainan dan peluang membeli-belah yang paling unik di bandar ini! Wajib bagi pengembara yang berkunjung ke wilayah hijau kami yang cantik ini! Pas Tainan – penyelesaian lengkap bagi pengunjung: e-tiket dan teknologi pintar, anda dapat menikmati percutian di bandar mesra kami dengan mudah!

Maklumat lanjut mengenai Pas Tainan: https://tainan.funcard.com.tw/