Sehari yang Indah di Barat Daya Taiwan

Laluan dari Bandar Chiayi ke resort air panas Guanziling bukan satu perjalanan terus. Kami ingin melawat enam tempat yang indah, namun jumlah jaraknya hanya 50km sahaja. Dengan kata lain, pelancong yang memandu sendiri dengan mengikut jejak kami tidak perlu menghabiskan masa yang berharga dalam kereta untuk menikmati keindahan di sepanjang jalan. Pelancong yang menyewa skuter untuk mengelilingi kawasan ini tidak akan berasa letih, dan penunggang basikal juga mampu mengatasi kecerunan dalam sehari.

Bandar Chiayi 

Dengan populasi 270,000 orang penduduk, Bandar Chiayi terlalu kecil untuk memasang sistem metro. Tambahan pula, rangkaian perkhidmatan bas yang tidak lengkap, jadi pelancong cenderung kepada berjalan kaki, menaiki teksi atau menunggang basikal untuk melawat di sekelilingnya. Sesetengah hotel tempatan juga akan menyediakan perkhidmatan basikal untuk para penginap.

Destinasi pertama kami ialah tempat yang dikenali sebagai tiga taman botani Chiayi yang terkenal, iaitu dikenali sebagai Taman Botani Chiayi, Taman Botani Shanziding atau Taman Penyelidikan Chiayi. Taman botani ini terletak di kira-kira 3km dari timur Stesen Kereta Api Chiayi dan telah menjadi pusat penyelidikan sejak penubuhannya pada tahun 1908. Ketiga-tiga taman ini yang berhampiran dengan Taman Chiayi (akan ditambah lagi pada masa depan) membentuk “paru-paru hijau” terbesar di bandar ini. Sesetengah orang datang ke sini untuk berjoging atau beriadah bersama-sama anak-anak atau haiwan kesayangan. Jika anda seorang yang mahir berkebun, anda akan seronok membezakan spesies pokok mahogani, pokok cendana dan pokok getah. Semua spesies pokok ini telah dilabelkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Di samping menjadi tempat berkelah yang selesa, Taman Chiayi mempunyai dua buah bangunan yang sangat berbeza dan menarik. Menara Memanah Matahari (Sun-Shooting Tower) (dibuka pada pukul 9.00am hingga 5.00pm, dari Rabu hingga Jumaat dan pukul 9.00am hingga 9.00pm pada hari Sabtu dan Ahad), ialah bangunan tertinggi di sini. Jika cuaca baik, amat berbaloi membeli sekeping ticket (NT$50) untuk melawat ke balai cerap di tingkat ke-10. Dengan ini, anda boleh memandang jauh ke arah barat untuk menghayati pemandangan bandar dan ke arah pedalaman untuk menghayati keindahan dua buah kolam takungan air. Aktiviti ini telah dicatat dalam senarai kami. Disebabkan kekangan masa kerana rancangan perjalanan yang banyak, kami tidak menuju ke puncak bangunan tetapi hanya menuju ke bangunan bertingkat satu yang jaraknya kurang dari 100m dari Menara Memanah Matahari.

Semasa penjajahan Jepun dari tahun 1895 hingga 1945, Taman Chiayi ialah lokasi utama tempat suci Shinto. Kebanyakan bangunan tempat suci telah dirobohkan selepas Perang Dunia Kedua. Kini, bangunan ini dinamakan Showa J18 (dibuka pada pukul 8.00am hingga 5.00pm, dari Selasa hingga Khamis dan Ahad, serta dibuka pada pukul 8.00am hingga pukul 8.00pm pada hari Jumaat dan Sabtu) yang digunakan sebagai stor, pejabat dan muzium. Nama yang sedia ada pada masa sekarang merujuk kepada tahun pembinaan, iaitu semasa pemerintahan Maharaja Jepun Showa ke-18, yakni tahun 1943.

Showa J18 mempunyai sebuah kafe yang selesa dan mempamerkan sejarah bangunan ini dalam beberapa buah bilik. Harga tiket kemasukan untuk setiap orang ialah NT$50, dan dapat ditebus balik dengan pembelian. Jadi, anda boleh membeli kopi dan memahami warisan permata ini dengan teliti. Showa J18 tampak cantik sama ada di luar atau di dalam bangunan.

Seterusnya, kami memandu kereta ke arah timur dengan melalui Lebuh Raya 159A dan menuju ke Takungan Air Lantan. “Lantan” boleh diterjemahkan sebagai “Tasik Orkid”, tetapi anda mungkin tidak dapat melihat orkid di sekelilingnya. Sebenarnya, nama ini berkaitan dengan legenda yang mengatakan bahawa takungan air ini dibina oleh orang Belanda pada abad ke-17, ketika mereka menguasai Tainan dan daerah-daerah pedalaman selama beberapa dekad. (“Lan” ialah perkataan kedua bagi He Lan, iaitu nama Bahasa Cina untuk Belanda.)

Tempat kegemaran untuk mengambil gambar ialah Tasik Ombak di bawah Cahaya Bulan (Rippling Moonlit Talk). Ini ialah karya seni awam yang menakjubkan dan berhampiran  dengan tempat paling selatan takungan air. Artis Wang Wen Chi mereka cipta karya ini dengan membentuk, memintal dan menggabung kepingan aluminium yang banyak. Dari satu sudut, anda mungkin membayangkannya sebagai kepompong. Tapi dari sudut lain, anda mungkin melihatnya sebagai hutan ajaib. Anda boleh datang ke sini pada bila-bila masa siang atau malam (apabila karya ini dinyalakan dengan lampu berwarna-warni).

Takungan Air Renyitan lebih besar dan baharu daripada Takungan Air Lantan. Projek pembangunan takungan air bermula pada tahun 1980 dan tamat pada tahun 1987. Sama dengan Lantan, anda boleh memandu di sekitar takungan air untuk mencari pemandangan yang paling indah. Pilihan lain adalah seperti apa yang kami lakukan: meletak kereta di hujung barat takungan air dan menikmati pemandangan dengan berjalan kaki.

Houbi and Baihe

Di selatan wilayah Chiayi, kawasan-kawasan luar bandar yang menarik terletak di daerah Houbi dan Baihe. “Tugou” ialah salah satu tempat yang terkenal. Para pelajar seni dan aktivis tempatan telah menghidupkan komuniti pertanian yang semakin merosot ini. Sepanjang 15 tahun yang lalu, mereka berjaya mengubah kampung ini kepada komuniti yang penuh semangat dan juga menarik perhatian pelancong dengan karya seni yang menarik. Pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti kebangsaan, anda boleh sampai ke Tugou dengan menaiki bas kuning 6-1 dari Stesen Kereta Api Xinying, Stesen Kereta Api Houbi atau Sentral Baihe. Terdapat lapan kali perkhidmatan bas bagi laluan yang berbeza dalam sehari.

Terdapat tempat-tempat menarik yang berdekatan bagi laluan bas yang sama. Pada pertengahan bulan Februari dan Mac ialah waktu yang sesuai untuk mengunjungi ke Linchupi Kapok Tree Road kerana pokok kapuk (pokok kapuk merah) akan berbunga pada waktu itu. Selain puncak pokok yang berwarna merah jingga, terdapat juga bunga berkelopak lima jatuh bertaburan di atas tanah. Sekiranya anda terharu, kutiplah beberapa kuntum bunga untuk menghiasi bilik penginapan di hotel atau rumah penginapan anda untuk satu atau dua hari.

Kawasan luar bandar Taiwan diliputi kehijauan. Bunga ceri dan bunga pic di kawasan pergunungan pula menyerikan pemandangan dengan warna merah jambu dan putih. Namun, jarang ada tempat yang mampu menawarkan pemandangan yang berwarna-warni dan cerah seperti Linchupi, jadi tidak hairanlah beribu-ribu orang melawat ke sini.

Jika anda memandu atau berbasikal, carilah Jalan Tainan 90 dan menuju ke hadapan sehingga melihat tanda kilometer yang bertulis “4” (Nombor yang berwarna putih pada latar belakang yang berwarna hijau yang berada di bawah tanda nombor jalan). Para pelancong digalakkan berhenti kereta di tempat tertentu dan berjalan kaki untuk jarak pendek semasa kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Jika anda melawat ke Tainan beberapa bulan kemudian, anda akan terlepas musim berbunga pokok kapuk. Pilihan yang seterusnya untuk bunga-bungaan ialah Baihe. Kawasan ini terkenal dengan kolam bunga teratai. Bunga merah jambu tumbuhan akuatik ini telah menjadi tumpuan utama pada musim panas.

Sama dengan petani dari seluruh dunia, petani-petani di Baihe juga bersifat pratikal dan tidak akan menanam bunga teratai dengan alasan estetik semata-matanya. Jika menerokai makanan tempatan Taiwan, anda akan mendapati sebab bunga teratai India merupakan tanaman yang penting di kawasan ini. Kadangkala, kepingan akar teratai digunakan untuk salad, ataupun digoreng atau dijeruk. Akar teratai goreng dikatakan lebih sihat daripada kentang goreng. Biji bunga teratai juga boleh dijadikan makanan.

Guanziling

Memandu dari kolam Baihe ke Guanziling mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kampung ini merupakan sebahagian daripada Daerah Baihe, berada sekitar 270m di atas paras laut. Guanziling merupakan salah satu tempat menarik mata air panas tertua di Taiwan.

Orang ramai mula datang ke sini apabila mata air panas dibangunkan sebagai resort kesihatan oleh orang Jepun pada tahun 1902. Kemudian, sebilangan orang tiba di sini berterusan, terutamanya pada musim sejuk. Resort lain mungkin dilengkapi dengan hotel yang lebih mewah ataupun pilihan makanan beraneka, tetapi natrium bikarbonat alkali yang berlumpur  merupakan keunikan Guanziling. Zarah lumpur sangat halus, jadi lumpur ini tidak seperti pasir pantai apabila menggosok. Mereka juga mempercayai lumpur ini dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan kepada sesiapa yang merendam dalam air kelabu ini. Ini adalah penting: jangan cuci lumpur sebaik sahaja keluar dari mandi. Kulit senang menjadi perang di Selatan Taiwan yang cerah sehingga disalah anggap sebagai buruh yang bekerja di luar bilik. Akibatnya, banyak orang Taiwan lebih suka mempunyai kulit putih. Apabila mengunjungi Guanziling, anda akan melihat wanita yang berpendapat lumpur berupaya memutihkan kulit mereka berpusu-pusu datang ke sini.

Jika ingin melumuri diri dengan lumpur semula jadi, tetapi tidak merancang tinggal di Guanziling, anda boleh pergi ke rumah penginapan tempatan yang mempunyai kolam awam, seperti Hotel Resort Toong Mao yang memiliki 79 buah bilik. Toong Mao mempunyai kedua-dua kolam dalaman (satu kolam untuk satu jantina; pakaian renang tidak boleh dipakai) dan kemudahan mandian di luaran (pakaian renang diperlukan). Anda dapat mencari baldi kayu yang dipenuhi dengan lumpur mata air panas di sebelah kolam. Dengan ini, anda dapat membanjiri diri dengan lumpur seperti raksasa paya.

Hung menjelaskan bahawa tanah gentian kelapa boleh digunakan kerana daya serapnya lebih baik berbanding dengan tanah lain. Dia membenarkan kami menyentuhnya. Tanah gentian kelapa memang bersifat lembut dan span. Batasan diubah mengikut musim untuk menampung tanaman yang berbeza. Pada musim panas, beratus-ratus tembikai dan labu mengisi rumah hijau.

“Kami sentiasa cuba menanam tanaman yang berbeza,” Hung memberitahu kami. Dia menunjukkan beberapa tanaman musim sejuk kepada kami, termasuklah jagung dari padang kecil yang berada di belakang salah satu rumah hijau, serta selasih Taiwan, buah ara dan beri biru yang ditanam di dalam pasu. Terdapat juga epal, lobak putih, serta yang paling menarik, kubis bersaiz gergasi dan berat sehingga pasti payah bagi saya mengangkat kubis itu sendiri. Nasib baik saya tidak perlu mengangkut sebarang sayur-sayuran sebagai sebahagian pengalaman lawatan ke lading hari ini, saya berfikir.

Hung mengeluarkan sebuah bakul beli-belah merah yang kecil, sepasang gunting dan sebuah terendak yang bergaya tradisional Taiwan. Masa untuk memetik tomato ceri! Terdapat beberapa warna boleh dipilih, iaitu kuning, merah, hijau muda dan ungu gelap. “Tomato ceri yang berwarna kuning dan merah ialah tomato ceri yang paling manis,” beritahu Hung kepada saya. Dia menerangkan bagaimana membezakan buah tomato yang masak ranum; biasanya, buah tomato yang masuk ranum tidak berwarna hijau gelap pada kulitnya.

Saya memakai topi besar dan memegang kuat bakul dengan sebelah tangan. Saya berasa sedikit tidak berakal kerana kelihatan seperti seorang pekerja ladang yang digambarkan dalam buku bergambar. Jari saya tidak cekap seperti Hung, jadi saya menggunakan gunting untuk memotong tomato ceri merah dan kuning dari batang pokok dengan perlahan dan cermat. Saya memilih buah tomato yang nampaknya gemuk berisi dan berdiri berjengket-jengket untuk memetik tomato yang tergantung di bawah bumbung.

Setelah memetik tomato selama 10 minit, jari saya dipenuhi dengan debu hijau. Saya rasa mungkin saya tidak sesuai untuk kehidupan ladang. “Jangan risau, itulah biasa!” Hung ketawa dengan tenang. Kami mencuci tomato ceri dengan air dan cuba makan beberapa biji. Saya lebih suka tomato ceri kuning kerana kurang masam berbanding tomato ceri merah dan dapat merasai kemanisannya.

Hotel Resort Toong Mao (統茂溫泉會館)

Alamat: No. 28, Guanziling, Kawasan Bandaran Guanling, Daerah Baihe, Bandar Tainan.

Tel: (06)682-3456

Mengelilingi ke merata-rata tempat

Jika Guanziling ialah destinasi utama anda, anda tidak perlu menyewa kenderaan. Dari Sentral Baihe, bus Kuning 12 dan Kuning 13 bertolak sejumlah 17 kali ke Guanziling sehari. Pilihan kenderaan awam untuk pelancong termasuklah perkhidmatan bas No. 7214 dari Stesen Kereta Api Chiayi melalui Sentral Baihe (bertolak 11 kali sehari) dan perkhidmatan bas pelancong berulang-alik 33 (4 kali sehari pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja). Perkhidmatan bas pelancong berulang-alik mengambil laluan berpusing-pusing tetapi laluan berguna dari Stesen Bas Xinying to Guanziling, berhenti di Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (THSR, Taiwan High Speed Rail) Chiayi, Muzium Istana Negara Cawangan Selatan (sila layari: south.npm.gov.tw), dan Stesen Kereta Api Houbi (salah satu bangunan stesen zaman kolonial yang masih wujud sekarang dengan agak sempurna), serta sentral Baihe.