Jika anda ada sedikit kelapangan, apa salahnya anda membuat lawatan yang mengagumkan ke Festival Seni Tanah Pantai Timur Taiwan? Bermula dari 29 Jun hingga 30 Oktober 2018, tema festival seni tahun ini iaitu “Antara Kepulauan” adalah bertujuan untuk meneroka sepenuhnya ‘alam lautan’ yang indah di pulau itu. Nikmati pengalaman indah yang benar-benar artistik di sepanjang pantai timur apabila anda singgah ke armada Studio Terbuka yang mengandungi pelbagai ciptaan, temui barangan buatan tangan dan makanan eksotik di Bazar Laut Terang Bulan, pertunjukan Konsert Laut Terang Bulan yang memberi penghormatan kepada keindahan landskap semula jadi Taiwan dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. Pengalaman yang sangat menarik menanti anda di festival ini!

Tarikh: 29 Jun hingga 30 Nov 2018
Tempat: Wilayah Taitung
Maklumat lanjut: https://www.teclandart.tw/en/home-en/