5 Makanan Jalanan Pasar Malam Yang Mesti Dicuba

Pasar malam Taiwan ialah destinasi legenda bagi para penggemar makanan. Anda boleh mencuba beratus-ratus makanan lazat yang menyebabkan anda meliur di sini. Pasar malam yang berlainan skala dan makanan jalanan khas terdapat di seluruh Taiwan, namun setiap pasar malam mempunyai gaya dan keistimewaan tersendiri. Pasar malam pastinya merupakan tempat yang paling sesuai untuk merasai masakan tempatan serta menikmati budaya tempatan dan kehidupan malam.

Berikut merupakan beberapa jenis makanan jalanan Halal yang mesti anda cuba ketika mengunjungi pasar malam Taiwan.

1. Daging lembu panggang api

Stik dipotong menjadi kiub dan dipanggang. Kemudian, daging itu dibakar dengan api membara sehingga sederhana masak dan bertabur dengan rempah perasa. Terdapat pelbagai pilihan perasa seperti teriyaki, garam, lada atau jintan.

Harga: NT100 (RM14.39)

2. Potongan Ayam Goreng

Potongan ayam goreng merupakan salah satu makanan ringan yang terkenal di Taipei. Potongan ayam goreng ala taiwan ini diperbuat daripada daging dada tanpa tulang yang dilapisi adunan dan digoreng hingga keemasan. Makanan ini paling enak dimakan pada malam musim sejuk Taiwan yang dingin.

Harga: NT45-80 (RM6.48- RM11.51)

3. Cendawan Tiram Raja Panggang

Dalam masakan Taiwan, cendawan tiram raja biasanya ditumis, digoreng dan dipanggang. Kadang-kadang, cendawan tiram raja ini digunakan sebagai pengganti daging dan rasanya sangat lazat.

Harga: NT100 (RM14.39)* bergantung pada saiz

4. Ais Serut

Apabila cuaca panas dan lembap, anda tentu ingin makan semangkuk ais serut yang besar dan dipenuhi pelbagai topping kegemaran anda. Ais serut mangga Taiwan amat digemari dalam kalangan orang Taiwan dan pelancong. Ais diserut dan ditambahkan mangga segar, air krim mangga dan sos mangga manis.

Harga: NT40 (RM5.76)

5. Kuih Roda

Kuih roda Taiwan merupakan sejenis desert yang seperti lempeng dengan pelbagai inti. Pes kacang merah ialah rasa tradisional, tetapi kini terdapat pelbagai jenis inti seperti coklat, kastard vanila, kacang mentega, buah dan matcha.

Harga: NT25 (RM3.60)