5 cenderamata yang mesti beli di Taiwan

Memang senang dibanjiri oleh pelbagai pilihan ketika memilih cenderamata di Taiwan! Apakah cenderamata yang mesti anda beli di Taiwan dan bawa ke rumah?

1. Tart Nanas

Tart nanas biasanya merupakan cenderamata yang paling popular dan mesti dibeli ketika melancong di Taiwan. Tart nanas bertekstur mentega dengan pes nanas di tengahnya. Tart nanas biasanya dibungkus dalam bungkusan individu yang kedap udara dan sesuai untuk dijadikan buah tangan kerana bungkusan yang cantik. Terdapat dua jenama popular yang menjual tart nanas halal, iaitu Vigor Kobo dan Kuo Yuan Ye. Ini biasanya terdapat di kedai-kedai cenderamata atau kedai jenama itu sendiri.

Lokasi: Biasanya terdapat di semua kedai cenderamata.

Harga: NT300 – NT420 (10 keping)

2. Gula Nougat

Apabila menyebut gula nougat di Taiwan, jangan sangka itu gula nougat yang tipical biasa anda dapati di Barat. Gula nougat Taiwan biasanya dibuat daripada susu lembu dan pelbagai isi seperti kacang, labu atau kurma merah. Teskturnya menjadi lebih kenyal dan tegas!! Anda juga boleh menemui pelbagai rasa seperti bijan atau gula merah. Gula norgat ini merupakan salah satu gula tradisional yang harus anda beli di Taiwan!

Lokasi: Biasanya terdapat di semua kedai cenderamata.

Harga: NT300 – NT400

3. Buah Kering

Taiwan dikenali sebagai “pulau buah” kerana cuacanya yang sesuai untuk menanam buah-buahan. Namun, buah segar sukar dibawa balik atau dikirim. Jadi, buah-buahan kering merupakan pilihan terbaik untuk mencuba buah-buahan Taiwan yang enak dan dijadikan sebagai cenderamata. Buah kering yang paling popular ialah mangga dan nanas yang sangat digemari oleh orang asing.

Lokasi: Biasanya terdapat di semua kedai cenderamata.

Harga: NT60 – NT85 (60g/pek)

4. Teh

Terdapat banyak kawasan pergunungan di Taiwan. Kualiti teh Taiwan juga sangat terkenal di dunia. Setiap teh Taiwan mempunyai rasa dan keunikan tersendiri. Ada yang aromanya sederhana sementara ada yang pahit. Teh Oolong ialah teh yang terkenal dan paling disyorkan di Taiwan. Antara semuanya, penggemar teh dari seluruh dunia sentiasa mengesyorkan teh Gunung Ali. Teh Gunung Ali mempunyai aroma orkid ringan yang pasti disukai oleh peminat teh.

Lokasi: Pasar raya, biasanya terdapat di semua kedai cenderamata atau kawasan menghasil teh.

Harga: NT200 – NT350 (150g/pek)

5. Topeng Muka Kecantikan

Topeng muka kecantikan di Taiwan berkualiti tinggi dan sesuai untuk kulit Asia. Banyak pengunjung akan membeli dan menyimpan topeng helaian kerana harganya yang murah dan berpatutan. My Beauty Diary dan My Scheming merupakan antara jenama terkenal di Taiwan yang menawarkan pilihan yang pelbagai. Ingat periksa ramuan sebelum membeli untuk mengelakkan terbeli bahan yang tidak halal.

Lokasi: Watsons dan CosMed

Harga: NT200 – NT400 (8 keping)