Acara-acara dan Peristiwa-peristiwa yang Menarik

Pesta dan acara mungkin akan dibatalkan atau ditundakan kerana pandemic yang berterusan; sila rujuk kepada portal rasmi untuk pengesahan.


Pesta Bunga Api Antarabangsa Penghu 澎湖國際海上花火節

25 April ~ 30 Jun / Daerah Penghu

Sempena musim bunga dan awal musim panas setiap tahun, Pesta Bunga Api Antarabangsa Penghu menawarkan insentif tambahan kepada pelancong untuk mengunjungi kepulauan Penghu yang cantik-cantik belaka sebelum bermulanya bulan musim panas. Pesta tersebut terletak di Pelabuhan Magong, satu-satunya bandar Penghu. Bayang bunga api yang memukau kelihatan di permukaan air di pelabuhan, pemandangan pejalan kaki di Jambatan Pelangi Xiying dan persembahan muzik secara langsung membuatkan malam ekstravaganza yang romantik ini tidak dapat dilupakan. Pertunjukan tersebut diadakan pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Selain itu, pertunjukan khas akan diadakan satu kali sahaja masing-masing di Pulau Qimei (28 Mei), Pulau Wang’an (11 Jun) dan Pulau Jibei (25 Jun).

www.penghu-nsa.gov.tw (Kawasan Pemandangan Kebangsaan Penghu)


Pesta Bunga Api Antarabangsa Penghu

Bunga Api yang Memukau

Keelung Ciao 基隆潮藝術

22April ~ 2 Mei / Bandar Keelung

Gelap, basah, perindustrian… inilah gambaran Bandar Keelung pada masa lampau. Kebelakangan ini, bandar pelabuhan yang terletak di bahagian utara Bandar Taipei telah mengalami perubahan. Seperti jirannya di selatan yang lebih besar, Kaohsiung, Bandar Keelung mula menonjolkan dirinya sebagai pusat budaya, kemodenan dan keanggunan. Seni awam merupakan cara unik untuk mengindahkan pemandangan bandar dan membuka mata pelancong dengan memperkenalkan sudut bandar yang jarang dikenali. Keelung Ciao yang diadakan pertama kali pada tahun 2015 telah membawa masuk unsur seni ke Keelung secara dan menarik perhatian penggemar seni melawat ke Keelung. Karya ciptaan oleh artis-artis tempatan dan luar negara kadang-kadang diletakkan di tempat luar biasa seperti di atas kapal atau di dalam limbungan kapal lama. Tempat-tempat tersebut menggalakkan anda menjelajah dan merasai bandar bersejarah ini dan kawasan pelabuhannya.

https://www.i-pingtung.com/


Pelabuhan Memancing Zhengbin

Limbungan Kapal Agenna

Pesta Calla Lily dan Pokok Bunga Tiga Bulan 竹子湖海芋季及繡球花季

Mac ~ Jun / Bandar Taipei

Penduduk Taipei berkat kerana mempunyai taman negara yang mengagumkan berdekatan dengan rumah mereka. Dalam masa kurang daipada sejam, anda boleh keluar dari bandar dan berada di pergunungan berangin dan hutan mendalam di Yangmingshan. Anda berpeluang untuk memanfaatkan alam semula jadi yang bersih dan segar melalui pengangkutan awam. Sebahagian daripada taman negara ini merupakan kawasan pertanian yang bernama Zhuzihu yang berada di bayang Gunung Datun yang mencuar tinggi. Sempena musin bunga dan awal musim panas, dua jenis bunga berkembang bergilir-gilir. Keistimewaan ini berjaya menarik perhatian pelancong untuk melawat ke kawasan yang penuh dengan bunga tersebut. Calla lily putih merupakan bunga yang mula berkembang, diikuti oleh pokok bunga tiga bulan yang berwarna ungu, biru dan merah jambu. Sebagai sebahagian daripada pengalaman di Zhuzihu, anda boleh memetik sendiri bunga Calla lily dan menikmati hidangan tempatan yang sihat di restoran.

www.callalily.com.tw


Calla Lily

Pokok Bunga Tiga Bulan

Pesta Teluk Marin Dapeng 大鵬灣帆船生活節

8~17 April/ Bandar Pingtung

Teluk Dapeng yang terletak di tenggara bandar Pelabuhan Donggang merupakan lagun terbesar di barat daya Taiwan. Walaupun lagun tersebut dilindungi oleh perairan Selat Taiwan dan darat yang sempit, tiupan angin yang cukup kencang sesuai untuk sukan air seperti belayar dan luncur angin. Pesta tersebut menonjolkan aktiviti seronok yang boleh anda lakukan di sekitar teluk, seperti perahu layar regatta, lumba layar, kayak berdiri dan berkayak di hutan paya bakau. Acara budaya pula boleh didapati di sekitar Binwan Wharf yang terletak di selatan pantai lagun.

www.dbnsa.gov.tw (Kawasan Pemandangan Kebangsaan Teluk Dapeng)


Pesta Teluk Marin Dapeng

Organisasi Pemasaran Destinasi Pingtung (DMO)

Pesta Bunga Tung Hakka 客家桐花祭

April ~ Mei / Sekitar Taiwan

Orang Hakka di Taiwan merupakan penghijrah yang terdiri daripada kumpulan minoriti Cina Han sejak pertengahan abad ke-17, mereka sering menetap di kawasan yang berbukit-bukau. Orang Hakka yang berhijrah semasa zaman penjajahan Jepun (1895~1945), terutamanya golongan yang tinggal di kawasan barat laut Taiwan telah menanam banyak pokok tung untuk mengaut keuntungan. Pokok tung yang sekarang tumbuh liar dan kembang mekar semasa bulan April dan Mei lebih menyeronokkan hati para pelancong. Pelancong-pelancong berpeluang untuk melihat bunga tung bermekaran putih salji meliputi dahan pokok dan laluan mendaki bagaikan permaidani. Semasa musim bunga tung, komuniti Hakka mengadakan pelbagai acara kebudayaan di lokasi berhampiran dengan hutan untuk meraikan perayaan ini.

english.hakka.gov.tw (Majlis Hal Ehwal Hakka)


Bunga Tung

Bunga Hakka Tung yang mekar

Ekspo Hijau Yilan 宜蘭綠色博覽會

26 Mac ~ 8 Mei / Daerah Yilan

Daerah Yilan yang terletak di sudut timur laut Taiwan terkenal dengan aktiviti pertaniannya, terutamanya  Dataran Lanyang yang berbentuk segi tiga. Mengelilingi bahagian barat dan selatan Daerah Yilan, merupakan kawasan pergunungan yang dilitupi hutan. Kawasan ini merupakan lokasi paling sesuai untuk eksposisi memfokuskan pelancongan hijau dan cara memelihara alam semula jadi. Ekspo tersebut bersifat pendidikan dan juga menyeronokkan, sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak. Dalam ekspo ini, pelancong boleh melibatkan diri dalam aktiviti mencabar seperti aktiviti terbang kelawar, bertemu dengan haiwan ternakan, kelas dan permainan DIY bertemakan alam sekitar.

yilangreenexpo.e-land.gov.tw/en-us


Astaka yang Bertemakan Istana Harapan (2021)

Koridor Ikan Paus (2021)