KAMI SUDAH BERSEDIA

Taiwan akan terus bersedia sehingga kita bertemu lagi

Balai Ketibaan

Penumpang individu
Rombongan

Penumpang individu

Persediaan sebelum berlepas

1. Sekatan Memasuki Taiwan

*Penumpang-penumpang yang dikesan positif COVID-19 di luar negara mesti menangguhkan penerbangan mereka ke Taiwan untuk > 7 hari dari tarikh pengambilan spesimen demi mengelakkan penularan wabak merentas sempadan.

2. Persediaan yang diperlukan

  • Rumah seseorang, kediaman rakan/saudara dan hotel yang mematuhi syarat “1 orang, 1 bilik” (dengan bilik mandi peribadi).

Proses kuarantin kemasukan dan langkah berjaga-jaga

  • Ambil empat kit ujian pantas antigen (bagi semua pelancong yang berusia lebih daripada 2 tahun) di dewan tuntutan bagasi.
  • Bergerak ke tapak pencegahan wabak COVID-19 yang mematuhi garis panduan “1 orang, 1 bilik”. Para pelancong asimptomatik boleh menggunakan pengangkutan awam. Bagi pelancong-pelancong yang disyaki mengalami gejala COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum ketibaan, sila maklumkan kepada kakitangan kuarantin CDC di lapangan terbang/pelabuhan apabila memasuki negara ini. Berdasarkan penilaian kakitangan kuarantin, pelancong perlu bekerjasama untuk mematuhi permintaan ujian air liur dan perjalanan menggunakan kenderaan yang diluluskan untuk pencegahan wabak.
  • Semasa ketibaan, para pelancong memulakan proses pengurusan kesihatan diri selama 7 hari. Hari ketibaan merupakan “Hari 0”, keesokan harinya ialah “Hari 1” dan seterusnya.

Peraturan pencegahan wabak yang perlu dipatuhi semasa tempoh pencegahan kendiri:

  1. Dasarnya, para pelancong yang baru tiba harus  berada di rumah atau kediaman rakan atau ahli keluarga atau bilik hotel yang memenuhi keperluan “satu orang per bilik” (dengan bilik mandi peribadi) dalam tempoh pencegahan kendiri.
  2.   Semasa tempoh pencegahan kendiri, para pelancong harus mengelakkan diri daripada bersentuhan dengan individu berisiko tinggi untuk menjangkiti COVID-19 yang teruk (termasuk orang tua berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dan individu yang kurang daya tahan jangkitan atau mempunyai sistem imun yang lemah).
  3.   Para pelancong perlu berehat di rumah jika mereka mengalami gejala COVID-19. Jika mereka tiada sebarang gejala, keputusan negatif ujian pantas dalam masa dua hari diperlukan sebelum mereka keluar, bekerja atau menghadiri ke sekolah. Mereka hendaklah memakai pelitup muka sepanjang masa berada di luar.
  4.   Para pelancong yang berada di luar boleh makan bersendirian atau dengan orang tertentu di restoran jika perlu. Mereka harus memakai pelitup muka dengan segera apabila meninggalkan tempat duduk atau selesai makan. Mereka boleh menanggalkan pelitup muka ketika makan dan harus memakai pelitup muka selepas selesai makan.
  5.   Para pelancong tidak boleh melawat atau tinggal bersama dengan individu yang dimasukkan ke hospital. Perkhidmatan atau pemeriksaan perubatan yang tidak mendesak harus ditangguhkan. Para pelancong perlu mengelakkan diri daripada pergi ke kemudahan penjagaan jangka panjang.
  6.   Pelancong yang mengalami gejala ringan COVID-19 boleh menerima penjagaan rumah di hotel kuarantin/kemudahan kuarantin kerajaan yang dipertingkatkan atau tempat yang digunakan untuk menjalani pencegahan kendiri (tidak termasuk hotel biasa).

Masa yang sesuai untuk menjalankan ujian pantas:

  1. Pada hari ketibaan atau hari pertama tempoh pencegahan kendiri (D0/D1).
  2. Pelancong yang tiba di Taiwan perlu menjalankan ujian pantas dengan mempamerkan keputusan negatif dalam masa dua hari sebelum tamat tempoh pencegahan kendiri.
  3. Apabila wujud gejala COVID-19 dalam tempoh ini.
  4. Keputusan ujian tidak akan direkodkan. Pelancong yang tiba di Taiwan harus mengikuti Polisi Pencegahan Usaha Diri jika disahkan positif.
  5. Atas pertimbangan had umur pengguna kit ujian pantas, kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak perlu menjalani ujian pantas semasa tempoh pencegahan kendiri.

Mekanisme Tindak Balas COVID-19 yang disyaki

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya ujian pantas COVID-19 anda positif?

Gejala wujud apabila melancong di Taiwan

Semasa tempoh pengurusan kesihatan diri selepas kemasukan, keputusan ujian pantas antigen disahkan positif. ATAU

Semasa melancong di Taiwan, wujud gejala yang disyaki COVID-19 dan keputusan ujian pantas antigen disahkan positif.

(Jika anda disyaki mengalami gejala Covid-19 semasa berada di Taiwan, sila maklumkan kepada

kakitangan hotel untuk mendapatkan bantuan. Kit ujian pantas antigen boleh didapatkan di kedai

serbaneka dan kedai ubat tempatan.)

Sila cari klinik video berdekatan (anda boleh mendail nombor 1922 sambungan #7 untuk perkhidmatan Bahasa Inggeris, dan staf berkenaan akan membantu anda dalam pertanyaan). Membuat janji temu untuk diagnosis dan rawatan fizikal/video melalui telefon. Minta bantuan daripada doktor untuk menilai dan mengesahkan keputusan positif ujian pantas anda.

Perkhidmatan Penilaian Keputusan Ujian Pantas COVID-19 Positif

Please link to https://www.cdc.gov.tw/Category/List/ZvTUyd7UDDzQjhWL7ran6Q

Langkah berjaga-jaga untuk lawatan perubatan fizikal/telefon:

  1. Individu berkenaan dikehendaki menulis nama dan tarikh mengambil ujian pada kaset/jalur ujian pantas setelah mendapat keputusan positif dalam ujian pantas.
  2. Ambil gambar kaset/jalur ujian pantas tersebut.
  3. Sekiranya pengesahan keputusan ujian di klinik diperlukan, individu berkenaan haruslah memasukkan kaset/jalur ujian ke dalam beg berzip atau beg plastic dan menutupkannya dengan ketat sebelum dibawa ke klinik.
  4. Individu berkenaan harus menunjukkan keputusan kaset/jalur ujian positif apabila mendapatkan perundingan doktor melalui video atau di klinik.
  5. Individu berkenaan hendaklah memakai pelitup muka setiap masa apabila berada di luar dan tidak boleh menaiki pengangkutan awam. Individu berkenaan boleh mendapatkan bantuan perubatan dengan memandu sendiri, menunggang skuter atau basikal, berjalan kaki, atau menumpang kenderaan rakan atau ahli keluarga (kedua-dua pihak perlu sentiasa memakai pelitup muka).

Selepas pengesahan diagnosis oleh doktor, proses pemberitahuan susulan akan dijalankan. Sila

megikut arahan kakitangan perubatan atau unit kesihatan untuk penjagaan di rumah atau rawatan

pengasingan seorang diri di hotel kuarantin/kemudahan kuarantin kerajaan yang dipertingkatkan atau tempat yang digunakan untuk menjalani pencegahan kendiri (tidak termasuk hotel biasa).

Individu yang dikuarantin perlu menjalankan penjagaan di rumah selama 7 hari + 7 hari

pemantauan kesihatan kendiri. Bagi peraturan-peraturan pencegahan wabak COVID-19 terperinci yang perlu dipatuhi semasa penjagaan di rumah, sila rujuk kepada Garis Panduan untuk Pengurusan Penjagaan di Rumah bagi Kes-kes yang Disahkan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.

Setelah didiagnosis, sila maklumkan status anda kepada rakan perjalanan. Ujian pantas tambahan

boleh dibeli jika perlu.

Semasa berada di Taiwan, penumpang boleh menghubungi talian panas perundingan bebas tol berikut

  • Talian Panas Pelaporan dan Perundingan Penyakit Berjangkit: 1922 (Untuk perkhidmatan Bahasa Inggeris, sila tekan 7)
  • Talian Panas Warga Asing di Taiwan: 1990
  • Talian Panas Mengenai Maklumat Perjalanan: 0800-011765

Rombongan Pelancong

Garis Panduan Industri Pelancongan untuk Kemasukan Rombongan Pelancong PDF

Garis Panduan Industri Pelancongan untuk Kemasukan Rombongan Pelancong – Soalan Lazim PDF

Komitment untuk Kemasukan Rombongan Pelancong ke Taiwan PDF