Pesta yang berlangsung selama sebulan ini, menampilkan satu siri acara menggabungkan seni dan budaya dengan riadah dan sukan. Satu pertunjukan bunga api besar-besaran telah diadakan setiap tahun di tasik ini sejak tahun 2000. Pada tahun 2003, pertunjukan ini telah dimasukkan ke dalam Pesta Tasik Sun Moon yang pertama, di mana pasukan bunga api antarabangsa telah mencipta satu bulan yang meriah dengan bunyi dan cahaya.

Hari ini, pertunjukan bunga api merupakan sebahagian daripada acara yang lebih besar daripada Pesta Kayuhan Tasik Sun Moon, Muzik & Bunga Api. Ini juga termasuklah riadah berbasikal, perlumbaan berbasikal yang mencabar, larian maraton, larian kembara berpandu arah di sekitar tasik, dan persembahan muzik (termasuk konsert muzik klasik). Acara-acara lain termasuklah upacara perkahwinan khas dan pesta budaya teh.

Tarikh: Okt hingga Nov

Tempat: Tasik Sun Moon, Perbandaran Yuchi, Nantou County

Laman web:  www.sunmoonlake.gov.tw (Kawasan Indah Nasional Tasik Sun Moon)