Terdapat lima buah taman tema yang terkenal dari utara ke selatan di Taiwan. Setiap taman tema mempunyai ciri masing-masing dan merupakan tempat kegemaran orang dewasa atau kanak-kanak!

1. Taman Tema Kampung Leofoo

Taman tema kampung Leofoo ialah taman tema untuk taman safari dan taman hiburan, yang juga dikenali sebagai “Disneyland Taiwan”. Taman tema ini dibahagikan kepada empat tema utama, iaitu Dunia Liar di Barat Amerika (The Wild West), Lautan Pasifik Selatan (South Pacific), Dunia Haiwan Liar Afrika (African Tribe) dan Istana Arab (Arabian Palace). Terdapat banyak kemudahan permainan yang seronok dalam taman tema tersebut, seperti “Kondor Menjerit” yang merupakan salah satunya daripada dua kemudahan permainan serupa yang menggerunkan di dunia, dan satu-satunya di Asia.  Selain itu, permainan “Berperahu di Aliran Deras melalui Gaung Besar” yang merupakan sungai buatan terbesar di Taiwan. Permainan “Pengembaraan di Gunung Berapi” dan sebagainya juga ialah kemudahan permainan yang paling disukai oleh orang ramai. Di samping itu, terdapat persembahan teater yang boleh dijadikan sebagai penampan selepas pengalaman permainan yang seronok. Anda boleh bersantai semasa menonton persembahan. Terdapat juga satu-satunya taman safari yang memelihara binatang liar secara terbuka di sini. Anda dialu-alukan untuk melawat taman safari ini.

Informasi

Ciri keistimewaan: Permainan “Kondor Menjerit”, Permainan “Berperahu di Aliran Deras melalui Gaung Besar”, Permainan “Pengembaraan di Gunung Berapi”, Taman Safari

Harga tiket: NT$999 seorang

Waktu operasi: 09:00 – 17:00

Umur: 3 tahun ke atas

Alamat: No. 60, Gongzigou, Kampung Renan, Kota Guanxi, Willayah Hsinchu.

Pengangkutan: Menaiki kereta api ke stesen Zhongli, kemudian menaiki bas Hsinchu yang menuju terus ke Taman Tema Kampung Leofoo.

2. Taman Hiburan Lihpao

Taman Hiburan Lihpao ialah taman tema air dan darat yang bertemakan perlumbaan kereta dan pusat beli-belah di bahagian tengah Taiwan. Taman ini mempunyai pelbagai jenis kemudahan permainan. Salah satu taman tema air “Mala Bay” mempunyai kolam gelombang buatan iaitu “Tsunami”, yang mempunyai ombak setinggi 2.4 meter setiap 90 saat. Ini merupakan ombak tertinggi dalam catatan yang boleh naik sehingga 3 meter.

Selain itu, permainan “Gravity Max” yang terdapat di bahagian “Discovery World” merupakan kemudahan permainan yang relnya dipatahkan, bercirikan menara kejatuhan (Drop Tower) dan mempunyai reka bentuk 360°. Ini merupakan kemudahan permainan seram yang bertaraf dunia. Jangan cuba kemudahan permainan tersebut jika anda tidak cukup berani!

Selain kemudahan permainan yang seronok, Taman Hiburan Lihpao juga mempunyai persembahan Karnival Hutan Rimba bertaraf dunia, pusat POPA bertemakan persembahan animasi, drama muzikal di Teater Irama Rentak dan sebagainya untuk dinikmati.

Sekiranya tidak berminat terhadap kemudahan permainan, kunjungilah pusat beli-belah di sebelah Taman Hiburan Lihpao untuk memuaskan keinginan membeli-belah anda!

Informasi

Ciri keistimewaan: Permainan “Gravity Max”,  berperahu dalam hutan rimba, Karnival Hutan Rimba, “Tsunami di Mala Bay”

Harga tiket:  NT$ 800 seorang

Waktu operasi: 9:00 – 17:30

Umur: Berumur 3 tahun dan ke atas

Alamat: No. 8, Jalan Furong, Kawasan Houli, Bandar Taichung.

Pengangkutan: Menaik kereta api ke Taichung, kemudian manaiki bas Fengyuan dan turun di Stesen Taman Hiburan Lihpao.

3. Kampung Budaya Jiuzu (sembilan suku orang asli) 

Kampung Budaya Jiuzu ialah sebuah taman hiburan yang bertemakan budaya daripada sembilan suku orang asli Taiwan. Taman ini mempunyai taman Eropah yang terdiri daripada bangunan gaya Baroque dan taman bunga yang indah. Selain itu, terdapat kawasan kebudayaan orang asli yang mempamerkan bangunan dan persembahan orang asli, serta pelbagai kemudahan permainan. Anda dapat menikmati pelbagai pengalaman kebudayaan tradisi seperti menumbuk mochi, memicit tembikar, menenun kain dan lain-lain lagi di kawasan pengalaman orang asli. Anda juga boleh menaiki kereta kabel untuk mencapai Tasik Matahari Bulan dan menikmati pemandangan panorama Tasik Matahari Bulan yang indah. Lebih-lebih lagi, anda berpeluang menikmati pemandangan Tasik Matahari Bulan yang lebih romantis pada musim bunga sakura.

Bagi kemudahan taman hiburan yang paling terkenal dan menarik, terdapat roller-coaster yang tergantung dan menara kejatuhan (Drop Tower) yang tinggi. Anda boleh mencuba kemudahan permainan tersebut apabila mengunjungi Kampung Budaya Jiuzu.

Informasi

Ciri keistimewaan: Bangunan bercirikan orang asli Taiwan, kereta kabel Tasik Matahari Bulan, Perayaan Bunga Sakura

Harga tiket: NT $ 780 seorang

Waktu operasi: 9:00 – 17:00 (hari biasa), 9:00 – 17:30 (hari cuti)

Umur: Berumur 3 tahun dan ke atas

Alamat: No. 45, Jalan Jintian, Kampung Dalin,  Bandar Yuchi, Wilayah Nantou, 55544.

Pengangkutan:
Bas: Menaiki bas Guoguang ke Puli, kemudian menaiki bas Nantou ke Jiuzu.
Kereta api berkelajuan tinggi (Taiwan High Speed Rail): Menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Stesen Taichung Wuri, kemudian menaiki bas Nantou ke Jiuzu.
Kereta kabel: Menaiki kereta kabel dari Tasik Matahari Bulan ke Kampung Budaya Jiuzu.

4. Dunia Fantasi Janfusun

Dunia Fantasi Janfusun bertemakan dongeng, fantasi, kegembiraan serta mewujudkan pengalaman hiburan yang berkualiti tinggi dan selamat. Terdapat mesin menara langit (Sky Jet) yang khasnya direka untuk kanak-kanak. Ini merupakan kemudahan permainan yang paling sesuai untuk kanak-kanak dan paling popular. Selain itu, terdapat Roda Ferris yang dikenali sebagai Roda Ferris tertinggi di dunia, roller-coaster yang paling hebat, dan kemudahan permainan yang lain seperti kereta laju pengembaraan, lapangan tarikan magnet, menara berpusing, kereta api bertemakan dongeng, kereta terbangan udara dan sebagainya. Di samping itu, terdapat lima buah teater utama, iaitu Teater Studio, Teater Dome, Teater 3D, Teater Gergasi dan Teater Luar Biasa.

Informasi

Ciri keistimewaan: Roda Ferris, Kapal Selam Terbang G5, Muzium Janfusun, Alam Ajaib Alice

Harga tiket: NT $ 799 seorang

Waktu operasi: 17:00 – 22:00

Umur: Berumur 3 tahun dan ke atas

Alamat: No. 67, Dahukou, Kampung Yongguang, Bandar Gukeng, Wilayah Yunlin.

Pengangkutan: Menaiki kereta api ke Stesen Kereta Api Douliu, kemudian menaiki bas Taixi ke Stesen Dunia Janfusun.

5. Taman Hiburan E-DA 

Taman Hiburan E-DA ialah taman tema yang bertemakan “Zaman Yunani” dan pusat beli-belah outlet yang “terbesar di seluruh rantau Asia”. Kini, Taman Hiburan E-DA dibahagikan kepada tiga kawasan dan disambung dengan kereta api aliran ringan berlandasan tinggi. Terdapat kemudahan hiburan yang berlainan tema pada musim sejuk dan musim panas. Terdapat 47 jenis kemudahan hiburan yang membuatkan Taman Hiburan E-DA sebagai taman hiburan yang mempunyai paling banyak kemudahan hiburan di Taiwan.

Kini, kemudahan hiburan yang paling terkenal ialah satu-satunya roller-coaster berkelajuan tinggi di Asia dan Roda Ferris tertinggi di Taiwan. Tinggi roda Ferris ini sebanyak 230 meter dari aras laut dan diameternya ialah 80 meter. Roda Ferris ini mempunyai 40 buah kabin dan muatan penumpang keseluruhannya sebanyak 318 orang. 18 minit diperlukan untuk membuat satu pusingan dan anda dapat meninjau pemandangan malam Kaohsiung yang indah.

Informasi

Ciri keistimewaan: Roda Ferris E-DA, Transit aliran ringan, Roller-coaster

Harga tiket: NT $ 899 seorang, percuma untuk kanak-kanak di bawah 110 cm

Waktu operasi: 09:00 – 17:00 (Isnin-Khamis), 09:00 – 19:30 (Jumaat-Ahad)

Umur: Berumur 2 tahun dan ke atas

Alamat: No. 10, Jalan Xuecheng Yiduan, bandar Kaohsiung.

Pengangkutan: Menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Stesen Zuoying, keluar dari pintu keluar No. 2 dan sampai di perhentian bas No. 5. Kemudian, menaiki E-DA Bas untuk bertolak ke Taman Hiburan E-DA.