Laluan Pejalan Kaki Bunga Tung di seluruh Taiwan

Festival Bunga Tung Hakka 2020 akan berlangsung pada bulan April apabila bunga tung mekar dengan lebat. Anda dijemput bersama-sama keluarga dan rakan-rakan anda ke daerah Miaoli untuk menghayati kecantikan bunga tung. Marilah mengalami gaya hidup Hakka yang penuh dengan kesyukuran!

Bandar Keelung:

Laluan Perindustrian Dongshikeng di Kawasan Nuannuan

Terdapat pokok tung yang indah di kedua-dua belah laluan perindustrian sepanjang 3.27 km. Pokok sakura dan pokok tung ditanam sepanjang laluan. Pada bulan April dan Mei, pokok-pokok tung yang berbunga putih di lembah memekar seumpama bangau berdiri tegak di atas gunung. Sebahagian besar laluan di kawasan bukit ini adalah condong dan amat sesuai untuk aktiviti pendakian dan bersenam.

No. 221-3, Jalan Dongshi, Nuandongli, Kawasan Nuannuan, Bandar Keelung. (Belok ke Jalan Perindustrian di sebelah Kuil Dong’an)

Bandar Baru Taipei:

Laluan Pejalan Kaki Cukengkou di Shangtianli, Kawasan Ruifang

Peninggalan tanur arang batu / Peninggalan bateri meriam Sijiaoting merupakan bukti sejarah perkembangan perlombongan awal di Taiwan. Peninggalan tanur arang batu dipelihara dengan sempurna di sini. Bateri Meriam Sijiaoting ialah tapak sejarah bateri meriam kawasan pendalaman yang terbesar dan dipelihara dengan paling sempurna di Taiwan. Terdapat bunga tung di sepanjang laluan dari permulaan Laluan Pejalan Kaki Sijiaoting ke peninggalan bateri meriam, malah peninggalan bersejarah telah dipelihara dengan sempurna. Oleh itu, laluan pejalan kaki ini sangat sesuai untuk penikmatan keindahan bunga tung.

Bandar Taoyuan:

Laluan Kuno 11 Jari

Kononnya, Laluan Kuno 11 Jari ini diteroka dan dibina oleh seorang lelaki separuh umur yang mempunyai 11 batang jari. Laluan kuno ini terdiri daripada tangga kayu lantas dan laluan tanah. Apabila melawat ke sini pada musim bunga tung, anda dapat menikmati keindahan riak-riak di permukaan air anak sungai yang terhasil apabila bunga tung jatuh terlayang-layang di atas permukaan air.

Bandar Hsinchu:

Laluan Kuno Dunan

Laluan Kuno Dunan merupakan laluan kuno pertama dalam Raknus Selu Trail yang diperbaiki dengan cara buatan tangan. Laluan ini dikenali sebagai Laluan Kuno Dunan kerana jalan masuknya terletak di Jambatan Penyeberangan Kapal (Du Chuan Tou) dan Jambatan Nanshan. Panjangnya kira-kira 600 meter dan bersebelahan dengan sawah padi di tebing Sungai Fengshan. Pengunjung-pengunjung berpeluang menghayati bunga tung yang putih seperti salji dan menghiasi gunung-ganang yang hijau.

Komuniti Nanshan, Pekan Guanxi, Daerah Hsinchu.

Bandar Miaoli:

Laluan Pejalan Kaki Bunga Tung Luchukeng

Terletak di antara Jalan Mifen, Jianshan dan Empangan Yongheshan, sebahagian besar laluan bunga tung ini terletak di jalan lingkaran dalaman. Semasa menyusur laluan rabung gunung, rimba lebat dapat dilihat sepanjang jalan. Perjalanan kaki mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Guangxingli, Bandar Toufen, Daerah Miaoli.

Bandar Taichung:

Laluan Pejalan Kaki Xiaozhongke

Berdekatan dengan Muzium Dongshi Hakka. Berjalan sepajang laluan pejalan kaki dan aliran sungai, menikmati kepadatan dan kehijauan tumbuh-tumbuhan di kedua-dua belah laluan sambil merasai kebahagiaan yang dibawa oleh iringan aliran sungai. Di hujung laluan pejalan kaki terdapat platform pemerhatian, melalui platform tersebut dapat melihat kawasan Xinshe dan kawasan Dongshi. Kadangkala bunga Tung mekar antara daun-daun, begitu seronoknya.

Guangxingli, Taichangli, Kawasan Timur, Bandar Taichung

Bandar Nantou:

Laluan Pejalan Kaki Bunga Tung Yizekeng

Orang Hakka meneroka dan hidup menetap di kampung Minhe pada masa awal. Pada musim bunga, hutan bunga Tung Yizekeng yang berada di dalam kampung akan mekar, seolah-olah saling bertanding keindahan. Duduk bersantai di atas rumput hijau yang luas sambil melihat bunga tung berguguran, hati anda terus menjadi tenang dan tenteram.

No. 35, Jalan Yize, Kampung Minhe, Bandar Shuili, Wilayah Nantou.

Bandar Chiayi:

Laluan Pejalan Kaki Bunga Tung Yuanlinzai

Kampung Xiacu di Bandar Chiayi komuniti Yuanlinzai merupakan sebuah Kampung Hakka bersejarah selama 80 tahun. Pada masa dahulu, penduduk kampung tersebut menanam tembakau sebagai sumber pendapatan. Untuk merealisasikan impian tentang penanaman bunga tung, penghuni di situ menanam sebanyak 500 pohon pokok Tung. Menjelang bulan April setiap tahun ialah musim bunga, taman komuniti tersebut akan dibuka untuk menarik para pelancong dari seluruh dunia supaya menikmati keindahan bunga tung bersama-sama.

No. 601, Jalan Dongyi, Kawasan Timur, Bandar Chiayi.

Wilayah Yilan:

Air Terjun Wufengqi di Kampung Jiaoxi

Pada setiap pertengahan bulan April, bunga tung yang berwarna putih akan memekar di dinding gunung di kawasan pemandangan Wufengqi. Air terjun Wufengqi terdiri daripada tiga lapisan air terjun yang sepanjang 100 meter. Air yang sejuk dan segar mengalir dengan deras daripada gaung. Inilah tempat istirahat untuk percutian yang sesuai sekali.

Jalan Wufeng, Kampung Jiaoxi, Wilayah Yilan.

Bandar Hualian: 

Laluan Berbasikal Mengelilingi Kampung di Fuyuan – Bahagian Xingquan

Laluan berbasikal di Xingquan terletak berhampiran dengan kaki Gunung Langtou. Terdapat banyak bunga tung yang ditanam oleh pendatang awal Hakka di kaki Gunung Langtou. Anda dapat menikmati pemandangan bunga tung yang indah dari jarak yang berbeza sepanjang jalan. Anda bukan sahaja dapat mendekati bunga tung, tetapi juga boleh melihat dari jauh.

Kampung Ruisui, Wilayah Hualian.

Bandar Taitung:

Laluan Berbasikal Mengelilingi Kampung di Kampung Luye

Jambatan Luliaoxi pada asalnya merupakan jambatan kereta api yang penting antara Stesen Ruiyuan dengan Stesen Luye, tetapi telah ditukarkan kepada laluan berbasikal mengelilingi kampung di Luye dalam peredaran masa. Jambatan ini melintang di atas Luliaoxi dan menjadi tempat yang sesuai untuk menghayati keindahan Lembah Huadong. Kawasan sekitarnya dikelilingi oleh bunga tung dan merupakan laluan perjalanan yang popular akhir-akhir ini untuk menikmati bunga tung.

Laluan berbasikal mengelilingi kampung di Kampung Luye, Wilayah Taitung / Berhampiran dengan jambatan lama.

No. 651, Seksyen 3, Jalan Kangzhuang, Kawasan Daxi, Bandar Taoyuan.