Siri Pesta Kayuhan Taiwan

Biro pelancongan Taiwan mengumumkan “Acara Pelancongan Taiwan 2018”, termasuk 47 acara peringkat antarabangsa serta 48 acara peringkat kebangsaan di seluruh Taiwan dan pulau-pulau luar pesisirnya sepanjang tahun.

Sejak Biro Pelancongan Taiwan mula melancarkan “Acara Pelancongan Taiwan” pada bulan Disember 2012, kalendar sepanjang tahun acara pelancongan yang popular di seluruh Taiwan telah menjadi salah satu sumber maklumat yang paling lengkap, yang diguna pakai oleh pelancong domestik dan antarabangsa untuk mencari seberapa banyak peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti di seluruh Taiwan dan pulau-pulau luar pesisirnya. Kini “Acara Pelancongan Taiwan” telah menjadi jenama aktiviti Taiwan dengan daya tarikan paling bertaraf antarabangsa.

Daripada 47 acara peringkat antarabangsa dalam “Acara Pelancongan Taiwan 2018”, lapan acara baru sahaja diangkat tahapnya ke peringkat ini, termasuklah “Festival Tung Blossom Hakka”, “Jom Berbasikal! Pesta Kayuh Basikal, Muzik & Bunga Api Tasik Sun Moon”, “Memuja Helang di Bagua”, “Festival Seni Asia NPM 2018”, “Teluk Paling Cantik di Dunia-Maraton Rentas-Laut Penghu”, “Pesta Burung Asia 2018”, dan “Ekspo Flora Sedunia Taichung 2018”.

Pesta Tanglung Taiwan

Selain itu, Biro Pelancongan juga akan menggunakan acara peringkat antarabangsa empat teratas”Pesta Tanglung Taiwan, Riang Ria di atas Garisan Sartan Taiwan (Musim Panas Formosa), siri Pesta Kayuhan Taiwan, dan Karnival Mata Air Panas & Masakan Mewah Taiwan”bagi mempromosikan pelancongan Taiwan secara aktif di negara-negara lain.

Ikuti “Acara Pelancongan Taiwan 2018” untuk menyertai aktiviti-aktiviti paling menarik dan melawat tempat-tempat paling berkarisma di negara ini untuk merasai pengalaman yang menyentuh jiwa. Untuk maklumat terkini mengenai Acara Pelancongan Taiwan, sila layari laman web rasmi empat bahasanya.

INGGERIS  https://www.eventaiwan.tw/en/index.jsp

Karnival Mata Air Panas & Masakan Mewah Taiwan