Pelancongan seluruh dunia pada tahun 2021 terus dihalang oleh pandemik yang sedang berlaku secara global. Jika anda ingin mengetahui maklumat terkini mengenai peraturan dan undang-undang berkaitan pandemik Covid-19 di Taiwan, sila layar pada laman web Pusat Kawalan Penyakit Taiwan (www.cdc.gov.tw/en). Semoga kita akan kembali melancong dengan bebas tidak lama lagi seperti sebelum tahun 2020!


Aktiviti yang Boleh Dilakukan sepanjang bulan Oktober~Disember


–   Jika anda seorang penggemar ketam, pergilah ke kawasan Jinshan-Wanli di Pantai Utara dan pesan beberapa ekor ketam yang gemuk pada tahun ini di restoran tepi pelabuhan perikanan!
tour.ntpc.gov.tw/en-us

Dakilah gunung dan nikmati keindahan pemandangan lereng gunung yang diliputi dengan silvergrass di Taman Negara Yangmingshan.
www.ymsnp.gov.tw/main_en

–  Kunjungi ke perkampungan Xinpu di Daerah Hsinchu sempena musim menuai pisang kaki. Pisang kaki sangat lazat. Buah yang berwarna oren terang ini dijemur di atas rak di bawah sinaran matahari merupakan tarikan yang tidak dapat dilupakan.


dried_mandarin

Pingtung Harvest


Pingtung Harvest merupakan kumpulan kedai baharu di bandar Pingtung yang menjual kraf tangan dan hasil seni orang asli. Kedai-kedai tersebut baru dibuka pada tahun ini dan terletak di bekas kampung tanggungan tentera yang terletak di utara Stesen Kereta Api Pingtung. Projek Jabatan Orang Asli Daerah Pingtung ini merupakan tumpuan di bandar. Para pelancong berpeluang untuk mengetahui tentang suku orang asli daerah  Pingtung dan membeli produk-produk unik mereka. 

www.facebook.com/pingtungharvest


Akuarium Chaojing di Keelung


Apabila Muzium Sains & Teknologi Marin Negara yang bertaraf dunia dibuka pada tahun 2013, sebuah muzium yang moden dan canggih telah ditubuhkan. Bukan itu sahaja, bekas tempat pelupusan sampah di semenanjung yang terletak di utara muzium telah diubah dan menjadi sebuah taman tepi laut yang indah. Salah satu tarikan taman ini ialah Pusat Lautan Chaojing yang dioperasi oleh muzium. Baru-baru ini, kemudahan ini telah diubah suai dan Akuarium Chaojing kini telah disertakan ke dalamnya. Di Akuarium Chaojing, anda boleh mengagumi keajaiban hidupan marin dengan menggunakan teknologi moden seperti  paparan VR dan AR.

www.nmmst.gov.tw (NMMST)


Park

Artis Kartun Jimmy di Jiaoxi


Sekirannya anda pernah turun di Stesen Kereta Api Yilan dan melawat ke Taman Jimmy, anda pasti terbiasa dengan arca comel yang dicipta oleh Jimmy Liao, artis tempatan Taiwan yang terkenal. Kini, ciptaan beliau juga boleh didapati di sebuah taman di Daerah Yilan. Taman itu terletak di sebelah stesen bas di Jiaoxi, sebuah bandar yang terkenal dengan mata air panas. Kali ini, ciptaan Jimmy berfokus pada sekumpulan arnab nakal yang bermain dan melancong di Jiaoxi. Antaranya, tiga ekor arnab mandi di mata air panas dan lima ekor arnab lain bermain jongkang-jongket.

www.jimmyspa.com (Chinese)


play-train

Cuaca


Musim luruh yang dingin dan kering dianggap sebagai musim paling selesa di Taiwan dalam setahun. Musim tersebut amat sesuai untuk melakukan aktiviti luar, seperti mendaki di pergunungan dan penghutanan yang indah di pulau Taiwan! Namun, sebelum bertolak, pastikan anda semak ramalan cuaca terlebih dahulu pada laman web Pusat Biro Cuaca (www.cwb.gov.tw).


Akan Dibuka


Berikut ialah projek-projek pembinaan utama menarik yang kini hampir siap di sekeliling Taiwan.

  • Pusat Seni Persembahan Taipei | Lokasi: Di luar Stesen MRT Jiantan di Taipei; pembinaan akan siap pada 2021; dijangka dibuka pada Julai 2022;
    www.tpac-taipei.org
  • Taman Outlet Mitsui Tainan | Lokasi: Berdekatan dengan Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Tainan; dijangka dibuka pada hujung tahun 2021;
    www.mop.com.tw
  • Taman Outlet SKM (Shinkong Mitsukoshi) Kaohsiung | Lokasi: Tapak bekas Taman Taroko yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung; dijangka dibuka pada awal tahun 2022;
    www.skm.com.tw
  • Taman Labirin Tasik Chengqing | Lokasi: Di selatan Tasik Chengqing di Kawasan Niaosong di Bandar Kaohsiung; dijangka dibuka pada tahun ini