Aktiviti dan Acara Berbasikal yang Menarik pada tahun 2021


Secara rasminya, tahun 2021 diisytiharkan sebagai Tahun Pelancongan Berbasikal di Taiwan. Pelbagai aktiviti dan acara berbasikal diadakan di sekitar pulau pada tahun ini. Ini bererti tibalah masa yang menggembirakan para penunggang basikal dari semua peringkat umur dan kemampuan fizikal!


Berbasikal di Taiwan amat menyeronokkan. Hal ini demikian kerana tanah yang indah ini mempunyai laluan berbasikal yang banyak, perkhidmatan sewaan basikal yang mudah dan pemandangan mempesonakan yang sangat beragam. Jom berbasikal! 


Mengelilingi seluruh pulau dengan dua roda merupakan salah satu perkara mesti dilakukan bagi penunggang tempatan dan penggemar berbasikal dari luar negara. Aktiviti ini dijalani selama 10 hari dengan bersantai dan mengikuti Laluan Berbasikal No.1 yang ditandai dengan jelas.


Banyak penunggang basikal di Taiwan bercita-cita untuk mencapai prestasi yang menakjubkan, iaitu menunggang ke titik tertinggi di pulau ini, Wuling (3,275m). Untuk menjadikan perjalanan ini istimewa, anda boleh mula berbasikal di Hualien, menyusuri Taroko Gorge dan kemudian mendaki sepanjang pergunungan yang curam. Sejak 2012, acara perlumbaan basikal khas, iaitu Cabaran KOM Taiwan yang diadakan pada Oktober setiap tahun telah membolehkan para penunggang yang bercita-cita tinggi untuk menerima cabaran ini sambil bersaing antara satu sama lain.


Laluan di sekitar Tasik Matahari Bulan di pusat Taiwan dianggap sebagai salah satu laluan berbasikal yang baik di pulau ini. Aktiviti Hari Menunggang di Tasik Matahari Bulan diadakan setahun sekali dan menarik sekitar 1,000 orang peserta. Mereka berbasikal mengelilingi tasik mengikut arah jam, dengan titik permulaan dan akhir di Pusat Pelawat Xiangshan.


Semasa Light up Taiwan, para peserta dibawa ke empat buah rumah api di Taiwan yang indah. Masing-masing terletak di setiap arah utama, iaitu Tanjung Fugui (Utara), Tanjung Sandiao (Timur), Eluanbi (Selatan) dan Pelabuhan Guosheng (Barat). Kumpulan besar akan diatur untuk setiap rumah api.


Formosa 900 ialah aktiviti tahunan yang mengelilingi pulau selama 9 hari yang disertai oleh sejumlah penunggang tempatan dan luar negara. Mereka mula di lokasi yang berbeza di sepanjang Laluan Berbasikal No.1 secara berkumpulan.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti di atas dan acara berbasikal yang lain, layari: taiwanbike.tw.