Tainan / Laluan Basikal Taman Meili

Anda boleh mula menjelajahi pusat bandar Tainan bermula di Laluan Basikal Taman Meili yang sejauh 11.9km. Laluan ini merupakan lingkaran yang mengelilingi sebahagian besar tempat pelancongan utama di pusat bandar dan berada di sekitar stesen kereta api. Stesen T-Bike didirikan di seluruh kawasan ini. Jika anda tiba di sini dengan kereta api dan ingin memulakan perjalanan dengan segera, sewalah basikal di stesen T-Bike yang berada di luar stesen kereta api. Laluan ini melintasi kawasan-kawasan hijau besar, termasuk taman tertua dan terbesar di kota, yakni Taman Tainan yang dibina pada tahun 1917. Anda bukan sahaja boleh bersantai dan menikmati alam semula jadi di sebelah utara stesen kereta api, malah boleh meneroka peninggalan bersejarah serta jambatan batu dan astaka bergaya Cina.


Anda boleh menyusuri Jalan Shennong yang kaya dengan warisan. Sekumpulan artis dan pereka yang kreatif membuka kedai di bangunan berusia 100 tahun ini yang telah diperbaharui. Anda boleh makan atau minum kopi di sini sambil menikmati suasananya. Anda mungkin kembali ke sini untuk minum di salah sebuah bar yang menyeronokkan. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Pusat Beli Belah Hayashi (www.hayashi.com.tw) yang bersejarah 88 tahun sebelum ke Kuil Konfusius yang berdekatan. Kuil Konfusius dibina pada tahun 1666 dan merupakan kuil Konfusius yang pertama di Taiwan. Pusat beli belah ini mempunyai banyak bangunan, termasuk Akademi Pertama Taiwan yang merupakan sebuah sekolah. Kuil Koxinga terletak tidak jauh dari pusat beli belah. Kuil ini didirikan untuk mengenang jasa pegawai taat Dinasti Ming yang mengusir Belanda dari Taiwan pada tahun 1662.


Kaohsiung / Laluan Basikal Bintang Qianzhen

Jambatan basikal di Bintang Qianzhen merupakan salah satu tempat terbaik untuk menyaksikan latar langit Kaohsiung pada waktu malam. Strukturnya yang melengkung dan berdasarkan konsep organik juga menjadi arca bercahaya yang menakjubkan. Jangan terlepas peluang untuk melalui jambatan ini. Selain menghubungkan tiga laluan basikal utama, jambatan ini juga menghubungkan sistem kereta api Kaohsiung dan stesen KMRT. Anda boleh menyewa YouBike di sini.


Ikuti barat daya Jalan Kaisyuan untuk tiba di Pusat Beli Belah Impian (www.dream-mall.com.tw) dari Jambatan Basikal Bintang Qianzhen. Pusat Beli Belah Impian merupakan kompleks terbesar di Taiwan. Di sini terdapat roda Ferris Mata Kaohsiung dengan setinggi 102.5m. Para pengunjung berpeluang menghayati pemandangan panorama bandar dan lautan jika menaiki Mata Kaohsiung. Selain itu, anda boleh menyusuri Laluan Basikal  Pelabuhan Barat yang sepanjang 6km untuk menuju ke Pusat Seni Dermaga 2 dan tarikan-tarikan lain.


Dengan menuju ke timur laut, anda akan tiba di Pasar Malam Kaisyuan dan Jinzuan yang bergabung menjadi pasar malam terbesar di Taiwan. Terdapat lebih daripada 1,000 buah gerai di sini yang mungkin menyilaukan mata anda!


Akhirnya, ikuti tenggara Terusan Qianzhen dan anda akan tiba di Taman Taroko (www.tarokopark.com.tw). Taman Taroka ialah sebuah pusat beli belah dan taman tema yang menyeronokkan. Taman tersebut terdapat go-kart kereta lumba F1 yang treknya sepanjang 600m, ruang boling, golf mini, kemudahan sukan, kawasan permainan kanak-kanak yang kreatif dan lain-lain lagi. Anda mesti berseronok di sini kerana aktiviti-aktiviti boleh dinikmati oleh semua orang.