Berita dan Peristiwa

Kategori

Pesta Kayuhan Taiwan 2018

Berbasikal telah menjadi salah satu aktiviti luar paling popular di Taiwan sejak beberapa tahun lalu, dan Pesta Kayuhan Taiwan menjadi tumpuan bagi ramai peminat berbasikal.

Siri aktiviti “Pesta Kayuhan Taiwan” memberi tumpuan kepada pengembaraan basikal dan menarik pelancong dan sumber pengangkutan dari pelbagai daerah untuk memperlihatkan kepelbagaian budaya tempatan. Ditemani pemandangan gunung dan air yang indah, peminat berbasikal dari seluruh dunia boleh datang melawat dan merasai pengalaman berbasikal rekreasi yang berbeza dan berharga, yang menjadikan aktiviti menunggang “kuda besi” bukan lagi satu senaman biasa tetapi suatu pengalaman jiwa raga yang terbaik.

Pelbagai aktiviti menarik digabungkan dalam pesta ini; pada tahun lepas barisan ini termasuk perjalanan 80km yang mencabar dari Tasik Sun Moon ke Tataka dan dua perjalanan di sekitar tasik (30km), satu lebih mencabar dan berdaya saing, manakala satu lagi lebih santai dan menyeronokkan. Antara aktiviti lain yang berkaitan dengan berbasikal ialah cabaran berbasikal King of Mountain (KOM), yang melibatkan pendakian yang menjerihkan oleh penunggang profesional dari pantai Hualien County hingga ke Wuling (lokasi titik lebuh raya tertinggi di Taiwan), dan Formosa 900, perjalanan berbilang kumpulan mengelilingi pulau selama 9 hari.

 

Tarikh: Jul hingga Okt

Maklumat lanjut:  https://taiwanbike.tw/

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY