Berita dan Peristiwa

Kategori

9 Teratas Pesta Flora yang Wajib Dikunjungi di Taiwan

East Rift Valley (花東縱谷) merupakan sebidang tanah yang subur, yang dikelilingi oleh banjaran gunung Tengah dan banjaran gunung Pantai. Tanah ini diselimuti sawah padi yang tidak terhingga luasnya. Pada bulan Januari, selepas tanaman padi menguning keemas-emasan, petani menyemai benih penuh harapan, dan bergelumang dengan lumpur sawah. Bunga rape, bunga matahari, dan bunga cosmos, mengembang mekar di atas kanvas tanah, untuk Musim Bunga yang akan datang. 

 

1. Seksyen Yuli (玉里) Township di Hualien County Road 193

Yuli (玉里) memiliki sawah padi yang terbesar di Taiwan. Menelusuri Country Road 193 sama seperti berjalan di atas jalan emas. Anda akan menyaksikan Pesta Bunga rape yang luas dan menakjubkan sewaktu kala rang.

Alamat: Country Road 193 93k-110k
Tel: +886 3-8881652

Pesta Bunga rape di seksyen Yuli (玉里) Township di Hualien County Road 193 

 

2. Jambatan Er ceng ping(二層坪)  

Disebabkan faktor topografi, kawasan Er ceng ping (二層坪) mengalami masalah pengairan. Baru-baru ini, persatuan yang terlibat telah membina satu-satunya jambatan air di Taiwan. Sewaktu kala rang, sawah akan bertukar rupa menjadi bunga-bungaan cosmos mekar yang berwarna-warni, sama seperti lukisan terkenal Vincent van Gogh.

Alamat: Pingding Rd., Luye Township, Taitung County
Tel: +886 8-9326100

Pesta bunga cosmos di Jambatan Er ceng ping(二層坪)

 

3. Persatuan Petani Fuli (富里) 

Fuli (富 里) yang makmur, memiliki persekitaran terbaik untuk menanam padi. Di pusat pameran, anda bukan sahaja dapat membeli beras Fuli, tetapi juga menikmati keindahan bunga-bungaan yang mempesonakan.

Alamat: No.6, 9th Neighborhood, Luoshan, Fuli Township, Hualien County
Tel: +886 3-8821705

Persatuan Petani Fuli (富里) (gambar oleh CAI,SHI-YAO蔡世垚) 

 

4. Taman Rekreasi Guofu (國福養生休閒農區)

Taman Rekreasi Guofu bertempat di Bandar Hualien, yang terletak bersebelahan dengan Banjaran Gunung Tengah. Pada tahun ini, persatuan merancang 50 kali pusing kawasan, dan mengundang 50 keluarga untuk menanam bunga lavender, Margaret, bunga Cina crabapple, dan cosmos. Ini menghasilkan reka bentuk bunga yang unik dan menarik hati keluarga-keluarga ini.

Alamat: Country road 9, Bandar Hualien, Hualien County
Tel: +886-3-8314922

Taman Rekreasi Guofu (gambar oleh Pejabat Bandaraya Hualien)

 

5. Taman Zhi ka xuan (知卡宣森林公園)

Taman Zhi ka xuan yang seluas kira-kira 11 hektar, terletak di bandar Jian (吉安). Sesetengah orang menggelarnya “pekarangan pusat bandar Hualien.” Di dalam taman ini, terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan. Tema taman ini adalah kisah dongeng, amat sesuai untuk trip keluarga. 

Alamat: Sec. 2, Zhongzheng Rd., Ji’an Township, Hualien County
Tel: +886 3-8233575

Taman Zhi ka xuan (知卡宣森林公園) (gambar oleh Kerajaan Hualien County)

 

6. Persatuan petani Shoufong (壽豐) 

Terdapat sebuah kincir angin yang besar di luar bangunan. Kincir angin ini merupakan mercu tanda persatuan petani Shoufong (壽 豐). Setiap tahun, dari bulan Disember hingga Februari, persatuan akan menanam pelbagai jenis bunga-bungaan untuk membina pesta flora bertema.

Alamat: No.5, Sec. 2, Fongping Rd., Shoufong Township, Hualien County 974
Tel: +886 3-8655111

Persatuan petani Shoufong (壽豐) (gambar oleh Kerajaan Hualien County)

 

7. Taman Hutan Danongdafu (大農大富) 

Taman Hutan Danongdafu (大 農大 富) merupakan sebuah taman rekreasi yang mesra alam. Di hadapan pusat pelawat, terdapat pesta flora bertema seluas 11 hektar. Tema pesta flora ini adalah memerang yang tidak lagi menunjukkan cerita berbeza penduduk asli dan Taiwan.

Alamat: No.31, Danong Rd., Guangfu Township, Hualien County 976
Tel: +886 3-8700870#9

Taman Hutan Danongdafu(大農大富) (gambar oleh CAI,SHI-YAO蔡世垚)

 

8. Sekolah Padi Guanshan (關山) 

Sekolah Padi Guanshan(關山) bekerjasama dengan syarikat Kuai Kuai (乖乖) untuk mengeluarkan produk baru “beras Kuai Kuai”(米乖乖). Pengeluaran tersebut merupakan satu kejayaan yang amat besar. Jika anda pergi ke Sekolah Padi pada musim ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pesta bunga matahari.

Alamat: No.24-1, Changlin, Guanshan Township, Taitung County
Tel: +886 89-814903

Sekolah Padi Guanshan (關山)

 

9. Jambatan Ke Chen(客城)

Jambatan ke Chen(客城) merupakan salah satu kawasan khas bagi jurugambar. Anda boleh mengambil gambar keretapi dan padi. Sewaktu kala rang, sawah padi akan bertukar rupa menjadi pesta flora yang berwarna-warni, yang menjadikan kawasan ini wajib dikunjungi bukan sahaja oleh jurugambar profesional tetapi semua.

Alamat: No.294, Sec. 1, Ren’ai Rd., Yuli Township, Hualien County
Tel: +886 3-8883166

Jambatan Ke Chen(客城) (gambar oleh HONG,ZHI-HUI洪志輝) 

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY