Berita dan Peristiwa

Kategori

Pesta Tanglung Taiwan 2016

Pesta Tanglung Taiwan 2016 akan menyambut Tahun Monyet di bawah tema "Monyet Emas Menawarkan Pic." Biro Pelancongan Taiwan akan mempersembahkan tanglung utama dan kedua pesta itu bersama-sama dengan Kawasan Tanglung Selamat datang,  Hutan Tanglung Rahmat, Tabir Tanglung Bertema, Kawasan Pertukaran Tanglung, Kawasan Pertandingan Tanglung, Kawasan Tanglung Tradisional dan Kawasan Tanglung Kegembiraan. Kerajaan Bandar Taoyuan akan menghimpunkan cahaya dan bayang-bayang di "Kawasan Tanglung Teknologi Pintar” dan menonjolkan imej bandar pintar Taoyuan. Bandar ini juga merancang "Kawasan Tanglung Kerajaan Dongeng" yang seakan mimpi menonjolkan daya penarik kilang pelancongan tempatan dan  "Koridor Tanglung Cerita Taoyuan " yang sepanjang lebih 500 meter. Terdapat juga "Kawasan Pertukaran Tanglung Pelbagai," pameran pertukaran bandar yang mesra disertai oleh pasukan besbol Lamigo yang terkenal dan menggabungkan unsur-unsur daripada pelbagai kumpulan etnik di Taoyuan, manakala "Kawasan Tanglung Mata Air Bunga Pic Baru" akan mempersembahkan keindahan  seni landskap di Taman Qingtang yang indah. Rakan-rakan tempatan dan antarabangsa dialu-alukan untuk menyertai keseronokan dan mengalami keindahan Taoyuan semasa Pesta Tanglung Taiwan.

Tarikh: 22 February to 6 March, 2016

Lokasi: Dataran Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taoyuan hingga Taman Qingtang 

Maklumat Lanjut: theme.taiwan.net.tw/2016taiwanlantern 

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY