Berita dan Peristiwa

Kategori

Datanglah melawat 13 Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Taiwan!

Dari pesisir pantai yang berliku-liku sehingga hutan pergunungan tinggi dan pulau-pulau luar pesisir pantai, Taiwan telah dikurniakan dengan anugerah alam semulajadi yang melimpah-ruah. Tarikan semulajadi yang banyak di pulau ini boleh dialami di kawasan pemandangan indah kebangsaan, taman negara, kawasan rekreasi hutan dan kawasan pemandangan indah umum. 

Biro Pelancongan Taiwan mentadbir  13 Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Taiwan. Ekologi pantai yang amat berbeza sekali menanti anda di Pantai Utara dan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan dan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Timur Laut dan Pantai Yilan; tebing-tebing tepi pantai yang curam di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur; dan suasana kedesaan yang menggembirakan di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Lembah Banjaran Timur. Lagun-lagun indah dan sumber-sumber beburung air yang kaya boleh dijumpai di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Teluk Dapeng dan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Barat Daya di barat daya Taiwan. Di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Siraya, anda boleh meneroka tanah pusaka suku orang asli Pingpu, sementara budaya suku orang asli Rukai yang kaya masih hidup dan kuat di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Maolin, yang juga merupakan habitat kepada ekologi rama-rama yang kaya dan tapak-tapak pemandangan yang amat menakjubkan. Di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Alishan, tanah pusaka kepada suku orang asli Tsoue, alami kecantikan pemandangan matahari terbit dan pembentukan awan di bumbung dunia. Pemandangan tepi tasik di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Sun Moon, burung helang Baguashan, buah-buahan Lishan, dan tempat pertapaan ajaran Daoisma dan Buddhisma di  Shihtoushan memaparkan dengan lebih lanjut lagi kepelbagaian budaya dan alam semulajadi Taiwan. Lain-lain penemuan menanti anda di pulau-pulau sekitar Taiwan, dari bentuk muka bumi yang berbeza di Kepulauan Penghu  sehingga ke pembentukan batu-batan yang dihakis oleh air laut, dan budaya Fujian timur dan rumah batu di Matsu di Selat Taiwan, sehingga ke kecantikan semulajadi Pulau Orchid dan  Pulau Hijau yang terpencil  di tenggara Lautan Pasifik.

Datanglah melawat 13 Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Taiwan!
http://www.taiwan.net.my/ms/attractions/145-map

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY