Berita dan Peristiwa

Kategori

Gunung-ganang di Taiwan

Taiwan merupakan sebuah pulau yang panjang dan sempit dengan gunung-ganang yang tinggi. Gunung-ganang terletak di bahagian tengah Taiwan dan pergunungan ini menjalar dari utara ke selatan. Dari keseluruhan skop dan jalaran, pergunungan Taiwan boleh diklasifikasikan kepada lima gunung utama yang menjalar dari utara ke selatan secara umum, iaitu Pergunungan Tengah, Pergunungan Xueshan, Pergunungan Yushan, Pergunungan Alishan, dan Pergunungan Pesisiran.

 

Pergunungan Tengah

Pergunungan Tengah bermula dari utara Tanjung Wuyan yang terletak di antara Nanfang'ao dengan Dong'ao yang berada di pekan Su'ao, daerah Yilan, dan berakhir di kawasan selatan Taiwan yang paling hujung, iaitu Eluanbi. Kawasan ini menjalar dari utara pulau ke selatan di utara timur laut ke selatan barat daya. Pergunungan Tengah ini menjalar sebanyak 500 kilometer dan merupakan gunung terpanjang di pulau utama Taiwan. Puncak gunung yang terkenal daripada 100 gunung di Taiwan termasuklah Gunung Nanhu, Gunung Hehuan, Puncak Utara Gunung Qilai, Gunung Qilai, Gunung Nenggao, Gunung Danda, Gunung Xiuguluan, dan Gunung Guan. Antaranya, Gunung Xiuguluan (3,825 meter) yang terletak di tengah-tengah merupakan puncak gunung tertinggi.

 

Pergunungan Xueshan

Pergunungan Xueshan terletak di bahagian barat laut Pergunungan Tengah, dan menjalar dari timur laut ke barat daya. Pergunungan Xueshan bermula dari utara Tanjung Santiago di daerah Gongliao, Bandar Taipei Baru, dan berakhir di selatan Gunung Zhuoshui yang terletak di tebing utara Sungai Zhuoshui di pekan Mingjian, daerah Nantou. Panjangnya sekitar 260 kilometer dan lebarnya sekitar 28 kilometer. Pergunungan Xueshan meliputi 20 gunung daripada 100 gunung yang tersenarai dan merupakan pergunungan yang paling utara di Taiwan. Antara 20 puncak gunung tersebut termasuklah Xueshan, Gunung Dabajian, Gunung Pintian, Dasyueshan dan Gunung Dajian. Puncak gunung tertinggi ialah puncak gunung utama Xueshan (3,886 meter) yang merupakan puncak gunung kedua tertinggi di Taiwan.

 

Pergunungan Yushan

Pergunungan Yushan terletak di bahagian barat Pergunungan Tengah yang berada di bahagian selatan Taiwan. Pergunungan Yushan bermula dari selatan tebing Sungai Zhuosui di pekan Shuili, daerah Nantou, dan menjalar ke selatan yang menuju ke Shihbaluohanshan yang berhampiran kawasan Liouguei di Bandar Kaohsiung. Panjangnya sekitar 180 kilometer. Puncak Gunung Utama Yushan, Puncak Gunung Timur Yushan, Puncak Gunung Utara Yushan, Puncak Gunung Selatan Yushan, dan Dongxiaonanshan, semuanya merupakan 10 gunung tertinggi daripada 100 gunung yang tersenarai. Puncak Gunung Utama Yushan (3,952 meter) merupakan puncak gunung tertinggi di Taiwan. Secara keseluruhannya, 12 puncak gunung yang terletak di dalam Pergunungan Yushan tersenarai dalam 100 gunung Taiwan. Yang lain termasuklah Yushan Selatan, Batongguanshan, dan Xiluandashan. Pergunungan ini mengandungi 16 puncak gunung dengan ketinggian yang melebihi 3,000 meter. Pergunungan ini melandai dari gunung tinggi di utara ke Dataran Pingtung di barat daya. Panjangnya adalah yang terpendek di antara kelima-lima pergunungan utama di Taiwan.

 

Pergunungan Alishan

Pergunungan Alishan terletak di bahagian barat Pergunungan Yushan.  Kedua-dua pergunungan ini dipisahkan oleh Sungai Nanzihsiian. Pergunungan Alishan bermula dari utara di tebing selatan Sungai Zhuoshui di pekan Jiji, daerah Nantou, dan berakhir di Jiguanshan di kawasan Yanchao, bandar Kaohsiung. Pergunungan ini menjalar dari utara timur laut ke selatan barat daya. Ketinggian purata Pergunungan Alishan sekitar 2,000 meter.

 

Pergunungan Persisiran

Pergunungan Persisiran terletak di bahagian timur Taiwan. Kawasan ini dipisahkan dari Pergunungan Tengah ke barat oleh Lembah Rekahan Timur, yang merupakan suatu retakan besar yang dihasilkan oleh perlanggaran benua. Pergunungan ini bermula di utara muara Sungai Hualien dan berakhir di muara Sungai Beinan. Kawasan ini menjalar sepanjang 175 kilometer dari timur laut ke barat daya. Dengan ketinggian purata sekitar 1,000 meter, Pergunungan Persisiran terendah antara kelima-lima pergunungan utama. Puncak gunung tertinggi dalam Pergunungan Persisiran ialah Gunung Xingang. Pergunungan ini mempunyai topografi dan geologi yang unik. 

 

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY