Informasi untuk Pelancong

Taiwan merupakan destinasi yang mesti dilawati untuk Muslim?

Dengan penyediaan khas untuk pelancong beragama Islam yang diberi perhatian oleh Taiwan Visitor Association seperti penyediaan taman rekreasi bersesuaian, restoran halal yang pelbagai, pusat beribadat atau masjid sekitar Taiwan, dan hotel yang menyediakan kemudahan bagi pelancong Muslim, sudah tentu Taiwan sangat sesuai untuk dilawati oleh Muslim dari seluruh dunia.

Masa yang paling sesuai untuk lawatan ke Taiwan?

Oleh sebab Taiwan merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbabaian musim, anda sebenarnya boleh melawat Taiwan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada bulan Julai dan Ogos di mana Taiwan mungkin mengalami musim monsoon.

Adakah makanan di Taiwan halal? Perlukah kami membawa mee segera atau biskut bersama semasa lawatan ke Taiwan?

Terdapat banyak restoran halal sekitar Taiwan yang menyajikan pelbagai citarasa yang sungguh variasi seperti masakan India, Pakistan, Morroco, Thai, serta masakan tradisi Taiwan yang sesuai untuk Muslim. Anda sebenarnya tidak perlu membawa sebarang mee segera atau biskut semasa lawatan ke sini, namun sekiranya kuatir makanan di Taiwan ini agak kurang sesuai dengan selera anda ini mungkin membantu.

Adakah lebih baik menyertai kumpulan pelancong atau FIT semasa lawatan ke Taiwan?

Anda dinasihatkan untuk menyertai lawatan secara berkumpulan yang disediakan oleh agensi yang berdaftar untuk melancong ke Taiwan, namun anda juga boleh membuat lawatan bersendirian (FIT) sekiranya anda mempunyai informasi serta penyediaan yang cukup malah ianya juga lebih fleksibel untuk anda mengatur waktu lawatan anda sekitar Taiwan.

Adakah selamat untuk melancong di Taiwan?

Taiwan sebenarnya sebuah negara yang sangat mementingkan keselamatan. Malah negara ini mempunyai kadar jenayah yang agak kurang berbanding negara lain di Asia. Meskipun kebanyakan papan tanda di Taiwan ditulis dalam bahasa Cina namun hampir 80% papan tanda di serata Taiwan juga ditulis dalam bahasa Inggeris. Ianya memudahkan para pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung ke sini. Dari segi kadar bencana alam, walaupun Taiwan berada di dalam lingkaran api pasifik namun negara ini tidak mempunyai satu pun gunung berapi yang aktif, malah Taiwan sentiasa bersiap sedia untuk setiap gegaran yang diteima sekiranya berlaku gempa bumi. Walaubagaimanapun, oleh sebab Taipei merupakan sebuah bandaraya yang agak besar serta padat, anda dinasihati untuk berhati-hati kerana keselamatan adalah paling utama ketika kita melancong di mana-mana ibukota sesebuah negara.

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY