[Pengalaman#1 Aktiviti budaya tempatan]

(1) Pavilion Kebudayan Teh di Pusat Pelawat Songboling

Pusat Pelawat Songboling di Kawasan Pemandangan Negara Sanshan (Daerah Nantou) telah dianugerahi Anugerah Perak bagi reka bentuk dalaman pada tahun 2022 oleh Anugerah Reka Bentuk Novum Perancis dan Anugerah Reka Bentuk MUSE Amerika Syarikat.
Di Pusat Pelawat Songboling, terdapat satu zon unik yang dikenali sebagai “Menikmati Teh dengan Enam Pancaindera” di Pavilion Kebudayaan Teh. Zon ini melibatkan penggunaan keenam-keenam pancaindera, iaitu penglihatan, bau, rasa, pendengaran, sentuhan, dan kesedaran semasa menikmati teh. Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati Spa Teh yang bukan sahaja melembapkan muka, malah dapat menghangatkan hati dengan mendalam.

01柏嶺遊客中心

Anda boleh mengambil gambar yang elegan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga di zon jamuan teh di Pavilion Kebudayaan Teh.

02滿溢古風的茶席

Jamuan teh dijalankan dalam suasana klasik. Kakitangan akan menghidangkan jamuan teh kepada anda.  Teh yang segar dan elegan menyegarkan hati anda, penerangan tentang tatacara merasai teh pula mencerahkan minda anda.

empty

Pengunjung berpeluang memahami sejarah dan budaya teh pada dinding yang bergaya klasik. Sejarah teh dari zaman dahulu hingga sekarang dipaparkan di sini.

04仿古設計的

“Zon Menikmati Teh” yang dihiasi dengan peralatan antik kelihatan seperti suasana tradisional menghidangkan teh dalam keluarga. Suasana dan hiasan mengundang nostalgia kepada masa lampau.

05世界茶展區

Para pelancong berpeluang untuk mempelajari pengetahuan tentang teh dari seluruh dunia di zon pameran teh global. Mereka dapat mengetahui negara-negara yang menghasilkan teh dan tujuh jenis teh utama. Selain itu, mereka dapat merasakan dan menikmati aroma teh yang beragam.

(2) Teater Kumpulan Kebudayaan Dharma Luan – persembahan nyanyian yang unik

Teater ini terletak di Kawasan Pemandangan Negara Tasik Sun Moon. Anggota kumpulan ini terdiri daripada komuniti orang asli Tannan, Dili dan Shuanglong di Perbandaran Xinyi, Daerah Nantou. Mereka menerapkan pendekatan inovatif terhadap budaya muzik dan tarian mereka. “Korus semula jadi” mereka merupakan gaya nyanyian yang unik. Persembahan biasanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

01達瑪巒文化

Kumpulan Kebudayaan Dharma Luan menyertai upacara tahunan.

02達瑪巒文化藝術

Kumpulan Kebudayaan Dharma Luan mempersembahkan sejarah pertempuran.

03達瑪巒文化藝術團劇場

Teater Kumpulan Kebudayaan Dharma Luan

04達瑪巒文化藝術

Kumpulan Kebudayaan Dharma Luan berinteraksi dengan para pelancong.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://www.sunmoonlake.gov.tw/en/attractions/detail/449

(3) Perhimpunan Suku Tsou di Taman – pertunjukan muzik dan tarian orang asli

Dibuka pada tahun 2022, Taman Budaya dan Kreatif Tsou di Kampung Veoveoana terletak berdekatan pintu masuk Kawasan Pemandangan Negara Alishan. Taman ini menonjolkan warisan budaya dan keterampilan suku Tsou, serta meningkatkan daya tarik pelancongan sepanjang jalan utama di Alishan. Pertunjukan muzik dan tarian diadakan setiap hari pada waktu-waktu yang tetap di Teater Yokeoasu taman tersebut

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Para pelawat berkesempatan untuk memperoleh pemahaman yang mendalam tentang sejarah dan cerita suku Tsou melalui pertunjukan drama.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA 2

Kumpulan Seni Persembahan berkongsi budaya dan semangat suku Tsou dengan menggabungkan elemen kreatif.

03逐鹿表演藝術團

Kumpulan Seni Persembahan ini yang mendapat inspirasi daripada mitologi, sejarah dan legenda suku Tsou telah ditubuhkan pada tahun 2013.

Para pelawat boleh menghayati keindahan budaya suku Tsou di pintu masuk Kawasan Pemandangan Negara Alishan.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://www.ali-nsa.net/zh-tw/attractions/detail/558

[Pengalaman #2]

Bas Restoran Taipei

Bas Restoran Taipei yang bertingkat dua menawarkan pengalaman perjalanan Taiwan yang unik dengan adanya restoran di dalam bas. Tingkat atas memiliki ruang makan sebanyak 26 tempat duduk. Terokai Taipei di dalam bas restoran yang beratap kaca sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan di Taipei. Bas restoran ini dilengkapi dengan TV, sistem stereo, mikrofon tanpa kabel dan peralatan-peralatan lain. Bas restoran ini juga boleh digunakan untuk acara khas, seperti aktiviti pendidikan dan persidangan.

Tel: +886-2-87916557

Lokasi pengambilan: Stesen MRT Taipei City Hall (Pintu 3)

01玩台北新選擇

Nikmati pilihan baharu Taipei, “Bas Restoran” pertama Taiwan membolehkan anda menyaksikan dan menerokai  daya tarikan Taipei dengan cara yang unik

02全景玻璃天窗

Anda berpeluang menikmati pemandangan siang dan malam Taipei yang menawan melalui tingkap kaca panorama.

03遊覽路線

Laluan bas restoran termasuk Daerah Xinyi dan Daerah Timur, Taipei

04_2022年第4季的車上獨家餐點

Pada suku tahun keempat 2022, bas tersebut bekerjasama dengan Hotel W Taipei yang terkenal. Hal ini bukan sahaja menyediakan pilihan tempat makan istimewa, tetapi juga seiring dengan keindahan pemandangan yang mempesona.

05_輕食光下午茶

Minum petang disajikan dari 2:30pm hingga 4:00pm.

06_雙響夜晚間套餐

Hidangan malam disajikan dalam 2 sesi, iaitu 5:30pm-7:30pm dan 8:00pm-10:00pm.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://taipeirestaurantbus.com/Sanjin

[Pengalaman #3]

Pas Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR)

Pas THSR memudahkan para pelancong menikmati pengalaman perjalanan yang baharu dengan landasan kereta api yang selamat dan selesa ini.

Pas ini terutamanya disediakan untuk pelancong bebas yang melancong ke Taiwan. Dengan pas ini, pelancong-pelancong boleh menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi tanpa had dalam jangka masa tertentu. Dengan ini, penjelajahan di destinasi-destinasi menarik menjadi lebih mudah dan senang.

Tel: +886-2-40663000

Untuk Kegunaan Pelancong Asing

Pas ini adalah eksklusif untuk pelancong asing jangka pendek.

Pas 3 hari Pas 2 Hari Fleksible
Dewasa NT2,200 Dewasa NT2,500
Kanak-kanak NT1,100 Kanak-kanak NT1,250
HSR1
HSR2

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://pass.thsrc.com.tw/oatsb2c/home.do?G=3

[ Tarikan Pemandangan #1 Pelancongan Mampan]

(1) Ladang Garam Jingzaijiao Bercorak Jubin

Ladang Garam Jingzaijiao Bercorak Jubin terletak di Bandar Tainan di Kawasan Pemandangan Negara Pantai Barat Daya. Pada tahun 2022, ladang garam ini telah menggondol beberapa anugerah, termasuk Anugerah Emas oleh Anugerah Tindakan Kelestarian Asia Pasifik. Ladang ini merupakan ladang garam tertua yang masih ada di Taiwan. Selain memelihara warisan sejarah, ladang ini menggunakan kaedah pengeringan garam yang telah digunakan selama lebih daripada 100 tahun. Kawasan ini mendorong pemeliharaan dan pemahaman terhadap budaya pengeringan garam melalui aktiviti seperti kursus pendidikan alam sekitar.

Kini, ladang ini masih menghasilkan garam. Seorang veteran yang terlibat dalam kegiatan di ladang ini, Encik Tu Ding-hsin, merupakan khazanah kebangsaan.

02井仔腳瓦盤鹽田

Selain penghasilan garam, ladang ini juga mempunyai kawasan yang membolehkan pelawat merasai pengalaman mengaut dan menuai garam. Aktiviti ini menyeronokkan dan informatif.

03井仔腳瓦盤鹽田

Kepesonaan matahari terbenam merupakan pemandangan yang cuba dirakam oleh para jurugambar.

04井仔腳瓦盤鹽田

Ladang Garam Jingzaijiao yang bercorak jubin terkenal dengan pemandangan matahari terbenam. Warna matahari terbenam yang berubah-ubah dipantulkan oleh ladang-ladang garam menghasilkan imej yang sentiasa berubah.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://swcoast-nsa.travel/en/attraction/details/422

(2) Pulau Guishan

Pulau Guishan terletak di Kawasan Pemandangan Negara Pantai Timur Laut, di pantai timur laut Daerah Yilan. Sistem pengurusan pelancongannya telah dipilih sebagai salah satu daripada “Anugerah 100 Kisah Terbaik Destinasi Kehijauan” pada tahun 2022. Pulau ini merupakan salah satu gunung berapi aktif di Taiwan dan mempunyai pelbagai landskap geologi. Kawasan laut di sekelilingnya kaya dengan sumber marin. Tumbuh-tumbuhan di pulau tersebut pula mempunyai ciri yang berbagai-bagai yang mencerminkan kepelbagaian tumbuhan yang terdapat di zon tropika, subtropika, beriklim panas dan beriklim sederhana. Walaupun melalui tempoh perintah kawalan tentera, pulau ini tetap mempertahankan keindahan semula jadinya.

Pulau Guishan1

Pulau Guishan

龜山島空拍遠景

Pemandangan Pulau Guishan dari pandangan mata burung

龜山島空拍遠景3

Bangunan di Pulau Guishan

Pengamatan ikan paus

Pengamatan ikan paus

(3) Tasik Sun Moon

Tasik Sun Moon telah diberikan penghargaan dalam “Anugerah 100 Kisah Terbaik Destinasi Kehijauan” sebanyak tiga kali. Mengurangkan penggunaan plastik dari puncanya ialah tema tahun ini. Sejak bulan Jun tahun lalu, pelbagai usaha telah diperkenalkan termasuk sistem peminjaman cawan kitar semula dan operasi penyajian teh yang mesra alam. Terdapat tiga stesen pengembalian bantu-diri dan 16 buah kedai pengembalian percuma telah disediakan. Dengan ini, pelancong mempunyai alternatif untuk menggantikan bekas minuman tradisional di samping menggalakkan pembangunan lestari.

01永續旅遊主軸-部落文化

Pelancongan Mampan – Budaya Suku Kaum

02永續旅遊主軸

Pelancongan Mampan – Pengangkutan Rendah Karbon

03永續旅遊主軸

Pelancongan Mampan – Kotak Makan Tanpa Plastik

04日月潭獲獎海報

Poster Tasik Sun Moon yang memenangi anugerah

05日月潭榮獲百大永續故事

Tasik Sun Moon telah dipilih sebanyak tiga kali oleh “Anugerah 100 Kisah Terbaik Destinasi Kehijauan”

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://www.sunmoonlake.gov.tw/en/

(4) Pulau Heping

Pulau Heping terletak di Pantai Utara dan Kawasan Pemandangan Negara Guanyinshan. Usaha-usaha dalam “Projek Pulau Pelancongan Lestari Antarabangsa: Kerjasama Awam-Swasta” membolehkan pulau ini memenangi “Anugerah Pembangunan Lestari Negara 2022”. Dengan konsep “Pemuliharaan Diutamakan, Pendidikan dan Penyelidikan Akademik Kemudian, Komersial Diakhirkan”, pihak pengurusan berjaya mencapai kesepakatan dengan pengusaha tempatan untuk menjadikan Taman Pulau Heping sebagai “Pulau Pelancongan Lestari Antarabangsa”. Mereka telah menetapkan rancangan kerjasama untuk memastikan Taman Pulau Heping terus maju dan berjaya.

01和平島豆腐岩

Batu-batan yang serupa Tauhu

Taman Pulau Heping

Taman Pulau Heping

03和平島日出

Matahari terbit di Pulau Heping

B-720-和平島之美

Pemandangan menghadap Pulau Heping

05和平島晨曦(ID22713)

Subuh di Pulau Heping

(5) Lembah Rama-rama Ungu Maolin

Rama-rama Berbintik Ungu ialah satu-satunya rama-rama yang berhijrah pada musim sejuk di dunia. Spesies rama-rama, landskap geologi yang istimewa dan pengalaman budaya orang asli hanyalah sebahagian daripada sorotan pendidikan alam sekitar di Kawasan Pemandangan Negara Maolin. Pada tahun 2022, kawasan ini memenangi “Anugerah Pendidikan Alam Sekitar Negara”. Aktiviti melihat rama-rama dijalankan setiap tahun dari Disember hingga Mac. Tempahan dalam talian diterima untuk melihat rama-rama pada hari cuti.

01小紫斑蝶

Striped Blue Crows

02側拍小紫斑蝶

Striped Blue Crows2

03斯氏紫斑蝶(雄)

Double-Branded

04紫斑蝶綠色蛹

Kepompong

05紫斑蝶蝶毯

Lembah Rama-rama Ungu

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://www.maolin-nsa.gov.tw/EN/03000786.html

[Tarikan Pemandangan #2 Destinasi baharu]

(1) Tanah Lembap Pengcun “Buruh Bumi”

Kawasan Pemandangan Negara Teluk Dapeng merupakan tempat baharu yang belum diketahui sepenuhnya untuk penyembuhan dan ketenangan. Lawatlah ke Tanah Lembap Kampung Peng untuk berinteraksi dengan “pencipta” sambil menikmati kedamaian.
Tanah Lembap Pengcun terletak di persimpangan Perbandaran Donggang dan Perbandaran Linbian, Daerah Pingtung. Terdapat bekas kem tentera yang tidak terganggu oleh manusia selama bertahun-tahun di sini. Taman ini memelihara landskap semula jadi yang damai dan tenang. Seniman terkenal antarabangsa, Chen Yu-Liang mencipta seni air pancut “Buruh Bumi”. Karya ini memberikan perasaan ketenangan persekitaran dan masa seolah-olahnya berhenti.

01遠眺鵬村濕地公園

Taman Tanah Lembah Pengcun

02鵬村濕地公園

Tanah Lembap Pengcun “Buruh Bumi”

(2) Platform Menikmati Pemandangan Laut Zhilan

Dibuka pada tahun 2021, “Platform Landskap Laut Taman Zhilan” ialah laluan pejalan kaki yang indah yang membentang ke tepi laut. Platform ini berhampiran dengan laluan basikal Shuangwan di Pantai Utara dan Kawasan Pemandangan Negara Guanyinshan. Apabila mengunjungi Taman Tepi Laut Qianshuiwan, anda boleh berbasikal, menikmati tiupan angin segar, menyaksikan matahari terbenam dan menghayati kopi atau minum petang di kedai-kedai khusus di kawasan perniagaan Qianshuiwan.

Platform Pemandangan Laut Zhilan

Platform Pemandangan Laut Zhilan

02「戒指以緣為意

Seni pemasangan gelung melambangkan makna hubungan, konsep lingkaran yang serasi dan bentuk cincin.

03_芝蘭海上觀景平台夕

Matahari terbenam di Platform Pemandangan Laut Zhilan

[ Tarikan Pemandangan #3]

Laluan Basikal yang Beragam

Pelbagai laluan basikal disediakan untuk pelancong-pelancong. Mereka boleh memilih laluan yang sesuai berdasarkan keperluan dan pilihan masing-masing. Terdapat 16 laluan berbilang segmen, serta enam jenis laluan utama yang boleh dipilih: 1) Laluan Pantai, 2) Laluan Tepi Sungai, 3) Laluan Luar Bandar, 4) Laluan Mengelilingi Pergunungan, 5) Laluan Gunung Tinggi dan 6) Laluan Pulau Pesisir. Pelancong boleh merancang perjalanan setengah hari, sehari atau berbilang hari mengikut minat dan keupayaan. Berbasikal telah menjadi aktiviti kebangsaan yang disukai oleh semua peringkat umur. Selain menyihatkan badan, berbasikal juga merupakan cara pengangkutan rendah karbon yang membolehkan pelancong menjelajah keindahan Taiwan!

北觀精華照片雙灣自行車

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://taiwanbike-international.taiwan.net.tw/

[ Tarikan Pemandangan #4]

Laluan Hijau Negara

Laluan ini mengikut jejak langkah nenek moyang, menonjolkan kekayaan landskap semula jadi dan kepelbagaian budaya etnik, serta kebangkitan dan kejatuhan industri. Para pelancong boleh menerokai dan menghayati destinasi-destinasi di sini dengan lebih mendalam melalui laluan ini.

01淡蘭百年山徑

Denai Tamsui-Kavalan

02樟之細路

Denai Kapur Barus

03山海圳

Denai Gunung-ke-laut

04糖業鐵道

Laluan Kereta Api Industri Gula

Laluan Terusan Berabad-abad

Laluan Terusan Berabad-abad

06原民古道

Denai Bersejarah Orang Asli

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web: https://www.taiwan.net.tw/m1.aspx?sNo=0042604