Penginapan Semalam @ Bangunan Pejabat Presiden Taiwan merupakan sebuah program pemasaran antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Umum Kebudayaan Cina (GACC) di bawah kerjasama dengan Pejabat Presiden, Biro Pelancongan dan Persatuan Pelancong Taiwan. Matlamat program ini adalah untuk menjemput warganegara asing untuk merasai kecantikan mercu tanda bersejarah ini dan demokrasi Taiwan yang unik. Video pengenalan dimulakan dengan Presiden Tsai Ing-wen menghantar jemputan untuk menyertai program ini ke seluruh dunia. Program ini bertujuan mempromosi Taiwan di arena antarabangsa dan meningkatkan bilangan pelancong dan pengembara beg galas yang melawat ke Taiwan, dan seterusnya memperkembangkan industri pelancongannya.

Butir-butiran program dijadual untuk diumumkan kepada orang ramai pada hujung bulan Ogos. Pengembara beg galas asing dijemput untuk menghantar cadangan mempromosi Taiwan. Oleh sebab program ini adalah tawaran terhad dan percuma, setiap pemohon dikehendaki melalui proses pemilihan. Untuk berjaya dipilih, pemohon bukan sahaja perlu mengikuti peraturan keselamatan, tetapi juga perlu memenuhi kewajipan mempromosi pelancongan Taiwan di arena antarabangsa. Ini adalah syarat Pejabat Presiden bersetuju untuk memberi penginapan terhad kepada pelancong yang terpilih. Pihak penganjur akan memilih 20 orang atau kumpulan pemohon yang paling sesuai untuk menginap di Pejabat Presiden untuk satu malam secara percuma. Program ini dijangka akan menyambut kedatangan peserta pertamanya pada musim luruh ini untuk penginapan satu malam, diikuti dengan peserta kedua pada minggu yang berikutnya, dan seterusnya.

Jika anda berminat, sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut: www.nightattaiwan.tw