Aktiviti Sambutan Pelancong Bertemakan “Salam Taiwan (Selamat Datang ke Taiwan) 2023” Sedia Berlangsung


Bagi mengukuhkan imej pelancong Muslim Malaysia apabila melancong di Taiwan, Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan telah menjemput Ayda Jebat, pelakon Muslimah Malaysia yang popular untuk menjadi jurucakap pelancongan Muslim Taiwan di Malaysia. Baru-baru ini, Ayda telah datang ke Taiwan untuk merakam video promosi pelancongan yang dirancang untuk menyampaikan mesej “Salam Taiwan – Selamat Datang ke Taiwan” kepada rakan-rakan Muslim di Malaysia pada tahun 2023.



Malaysia merupakan sumber pelancong utama bagi pemasaran pelancongan Taiwan. Pada tahun 2019, para pelancong Malaysia melawat Taiwan sebanyak 530,000 kali, jumlah ini berjaya menduduki tempat pertama antara jumlah di negara-negara Asia Tenggara. Daripada 32 juta orang penduduk Malaysia, kira-kira 60% merupakan Muslim yang dapat mewujudkan peluang perniagaandalam pelancongan. Ini telah menunjukkan bahawa pasaran pelancongan Muslim Malaysia ke Taiwan amat berpotensi. Oleh yang demikian, pembangunan sumber pelancong Muslim Malaysia selepas pandemik COVID-19 merupakan tugas utama Biro Pelancongan.



Menurut data yang diumumkan oleh MasterCard, jumlah pelancong Muslim pada tahun 2019 mencecah 160 juta kali. Selepas mengalami pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021, dianggarkan jumlah pelancong Muslim akan kembali kepada 140 juta kali pada tahun 2023. Di samping itu, Generasi Z, Generasi milenial dan Muslimah paling berpengaruh. Daripada 2 bilion orang umat Islam di dunia, 70% umat Islam berumur di bawah 40 tahun manakala Generasi Z dan Generasi milenial menyumbang 50% daripada populasi tersebut. Muslimah merupakan salah satu kumpulan pelancong yang berkembang dengan pesat sekali, menyumbang kira-kira 45% daripada jumlah ketibaan pelancong Muslim dari sejagat dunia. Menurut data terbaharu “CrescentRating – Indeks Pelancongan Muslim Global (Global Muslim Travel Index. GMTI)”  MasterCard pada tahun 2022, Taiwan menduduki tempat kedua sebagai destinasi pelancongan terbaik dalam kalangan negara bukan Pertubuhan Kerjasama Islam, menunjukkan bahawa Taiwan sudah mewujudkan persekitaran mesra Muslim dan sentiasa bersedia untuk menerima pelancong Muslim dari seluruh dunia.


Disebabkan peluang perniagaan yang luas dalam pasaran pelancong Muslim, terutamanya kumpulan Muslimah, Biro Pelancongan menjemput Ayda Jebat, seorang pelakon Muslimah Malaysia yang popular dengan memiliki lebih daripada 5.4 juta orang pengikut di Instagram sebagai duta untuk menyasarkan kumpulan Muslim di Malaysia selepas pandemik COVID-19, lagu “Temberang” terbitan Ayda telah mengumpul 30 juta tontonan di saluran YouTube rasmi. Selain penggambaran video promosi pelancongan Muslim yang baharu di Taiwan, Ayda sebagai penyanyi juga akan menyanyi dalam video promosi.



Ayda tiba di Taiwan pada tanggal 2 bulan ini dijangka meninggalkan Taiwan pada tanggal 13. Sepanjang berada di Taiwan, selain melawat tempat-tempat pemandangan terkenal, Ayda juga melawat ke Masjid Taipei untuk beribadat dan menikmati makanan yang pelbagai di restoran yang mendapat “pensijilan Halal” dan merasai persekitaran hospitaliti mesra terhadap Muslim di Taiwan. Ketua Kumpulan Antarabangsa Biro Pelancongan, Huang Shi-fang khasnya pergi ke Masjid Taipei untuk melawat Ayda dan menghadiahkannya kotak buah-buahan tempatan segar Taiwan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih.



Ayda yang pertama kali berkunjung ke Taiwan memuji Taiwan dengan mengatakan bahawa keindahan Taiwan telah melebihi jangkaannya. Perkara yang paling menakjubkan ialah dia dapat merasai kepelbagaian Taiwan dalam tempoh yang pendek, yakni 10 hari penggambarannya seperti pemandangan alam semula jadi, pemandangan bandar dan suasana budaya. Sama ada pemandangan indah Taipei 101, pergunungan Alishan yang mengagumkan, pelbagai permainan di pasar malam atau tunggangan taman tema yang mendebarkan telah meninggalkan kenangan yang mendalam. Selepas melawat masjid dan restoran mesra Muslim, Ayda memberi jaminan kepada peminatnya bahawa Taiwan pastinya destinasi pelancongan yang mesra Muslim.


Biro Pelancongan menyatakan bahawa, “demi menarik lebih banyak rakan Muslim untuk merasai keindahan Taiwan, mereka akan terus menambah baik persekitaran bagi menyambut pelancong Muslim. Setakat ini, 336 buah restoran, hotel, tempat awam dan tempat pemandangan di Taiwan telah mendapat pensijilan perkhidmatan yang berkaitan. Biro Pelancongan akan mengadakan sidang akhbar tayangan perdana video promosi di Malaysia pada Januari 2023, serta mengumumkan pelancaran rasmi aktiviti sambutan “Salam Taiwan (Selamat Datang ke Taiwan) 2023”. Pihak Taiwan berharap dapat menjemput lebih banyak rakan Muslim untuk melancong ke Taiwan dan merasai daya tarikan pelancongan Taiwan yang kaya.