Gabungan Kedua-dua Daya Tarikan Taipei dan Taichung, Mempamerkan Makanan Lazat di Kedua-dua Bandar

Sejak ketibaan “Panduan Michelin Taipei” yang pertama di Taiwan pada dua tahun yang lalu, buku panduan gastronomi “Panduan Michelin” telah menarik perhatian industri perkhidmatan makanan Taiwan. Panduan Michelin telah berjaya menimbulkan sensasi makanan di Taipei, menarik banyak penggemar makanan dari seluruh dunia untuk merasai makanan Taipei. Selepas kejayaan “Panduan Michelin Taipei”, “Panduan Michelin” akan melangkah keluar dari Taipei buat kali pertama diumumkan pada 14 November. Panduan Michelin 2020 akan merangkumi Taichung, iaitu bandar yang mempunyai keragaman Budaya Kulinari. “Panduan Michelin Taipei dan Taichung” yang pertama menggabungkan daya tarikan kedua-dua buah bandar akan diperkenalkan kepada orang ramai. Pengarah Urusan Michelin Food & Beverage Asia, Nicolas Achard berkata, “Pada dua tahun yang lalu, Panduan Michelin telah menemui bahawa selain Taipei, terdapat banyak bandar di Taiwan yang berpotensi dalam masakan. Dengan skop yang lebih besar bagi Panduan Michelin dan Pilihan 2020, kami berharap dapat mempamerkan keindahan makanan Taiwan ke seluruh dunia. ”

Panduan Michelin Mewujudkan Platform
Bahan-bahan Tempatan digemari oleh Cef Termasyhur di Dunia

Panduan Michelin memperkenalkan masakan istimewa setiap negara yang juga menggambarkan budaya makanan yang kaya di negara berkenaan. Sejak edisi pertamanya pada tahun 2018, Taipei merupakan destinasi ke-31 yang mendapat Panduan Michelin, berikutan bandar-bandar besar seperti Paris, New York dan Tokyo. Restoran dan cef yang terpilih dan berjaya dianugerahi bintang Michelin telah meningkatkan kedudukan dan reputasi mereka tidak terhingga.

Panduan Michelin Taipei telah mewujudkan platform untuk mempamerkan perkhidmatan makanan Taiwan kepada dunia. Bukan sahaja menyebarkan nama baik cef Taiwan, banyak hasil tempatan juga menarik perhatian cef-cef terkenal di seluruh dunia untuk melawat ke Taiwan dan saling berkongsi pengetahuan serta pengalaman. Semasa melawat ke Taiwan, Alain Ducasse yang merupakan cef dari restoran 3 bintang Michelin, Alain Ducasse au Plaza Athénée, pernah berkata, “Taiwan mempunyai begitu banyak bahan yang semula jadi, lazat dan berkhasiat, tempat ini patutlah mendapat perhatian dunia.” Aisha Ibrahim dikenali sebagai cef bintang masa depan dan pernah berkhidmat sebagai cef eksekutif di Azurmendi, iaitu sebuah restoran 3 bintang Michelin. Beliau juga kagum dengan kemanisan, rasa dan kualiti produk pertanian Taiwan. Beliau juga mencipta menu baru dengan menggunakan 90% bahan tempatan dari Taiwan. Pada dua tahun yang lalu, industri perkhidmatan makanan Taiwan telah berkembang maju secara keseluruhan, menarik cef-cef berbintang Michelin dan penggemar makanan dari seluruh dunia untuk mengalami budaya masakan tempatan dan juga daya tarikan negara.

Panduan Michelin 2020 Menetapkan Sasaran di Taichung
Lokasi Kegemaran Industri Perkhidmatan Makanan Luar Negara untuk Membuka Restoran di Taiwan, Taichung Terserlah di Antarabangsa kerana Keragaman Budaya Kulinari

Panduan Michelin bersifat optimis terhadap perkembangan industri perkhidmatan makanan Taiwan dan berpendapat industri ini amat berpotensi. Skop yang asalnya di Taipei akan diperluas ke Taichung dalam “Pemilihan Panduan Michelin 2020”, dengan berharap mempamerkan kebudayaan masakan Taiwan yang kepelbagaian ke arena antarabangsa. Makanan Taiwan termasyhur di peringkat antarabangsa dan mempunyai masakan dan budaya kulinari yang tersendiri di setiap bandar. Dengan Panduan Michelin, Michelin dengan bangganya memperkenalkan banyak lagi masakan Taiwan yang istimewa, serta restoran dan cef yang dilengkapi dengan teknik memasak yang istimewa.

Taichung, ialah bandar kedua besar di Taiwan dengan kedudukan yang strategik di pusat pengangkutan Taiwan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan bandar Taichung yang pesat, industri perkhidmatan makanan juga meningkat dengan cepat. Terdapat banyak masakan tempatan di Taichung yang menawan hati pada cubaan kali pertama. Kreativiti makanan dan minuman di Taichung boleh dikatakan paling inspirasi di Taiwan. Masakan Taiwan amat digemari oleh orang Taiwan mahupun pelancong asing. Pasar Malam Fengjia yang terkenal dengan kepelbagaian masakan Taiwan memuatkan lebih kurang 1800 buah gerai dan kedai, menjana nilai output yang hampir NT$10 bilion setiap tahun. Masakan Taichung menyepadukan kesemua masakan terenak di dunia. Dengan kelebihan banyak restoran yang bergaya dan dipenuhi dengan semua jenis inspirasi dari luar negara, peluang industri makanan dan minuman di Taichung memang luar biasa.