Tiga Buah Desa-Bukit Hakka yang Berjiranan: Zhudong, Beipu dan Nanpu


Desa bukit di barat laut Taiwan ialah desa Hakka. Hakka ialah bangsa minoriti Han yang mempunyai budaya tersendiri, tradisi yang mendalam, dan komuniti yang rapat. Kebanyakan daripada mereka merupakan komuniti pertanian, dan dalam artikel ini anda mampu mengenali tiga kawasan penempatan Hakka yang lama dan berkembang maju di Daerah Hsinchu yang berbukit-bukau. Antaranya ialah dua buah pekan dan sebuah kampung yang berdekatan antara satu sama lain serta membentuk muzium hidup sebenar.


Lorong di pekan Beipu


Istilah “Hakka” bermaksud “pendatang atau tetamu”. Sepanjang sejarah tanah besar China dan kemudian Taiwan (sehingga abad ke-20), kisah Hakka banyak merupakan penghijrahan paksaan berskala besar dan dipaksa berpindah dari kawasan pertanian yang lebih subur ke kawasan lebih terpencil yang biasanya terletak di bukit. Sebelum permulaan penghijrahan besar ke Taiwan pada tahun 1600-an, kebanyakan orang Hakka tertumpu di wilayah Guangdong yang terletak di tenggara China dan sebahagian kecil yang menetap di wilayah Fujian yang bersebelahan dengan Guangdong. Kedua-dua wilayah China tersebut berbukit-bukau/bergunung-ganang.


Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan tiga buah tempat yang terletak berdekatan antara satu sama lain di Daerah Hsinchu, dan di kawasan pergunungan yang terletak di tenggara Bandar Hsinchu yang berkembang pesat. Bandar Hsinchu juga terletak di sepanjang pantai. Ketiga-tiga buah tempat tersebut dibina sebagai pasaran dan pusat bekalan untuk petani Hakka yang mencari rezeki di tanah pertanian yang kaya di rantau ini. Rantau ini juga dibekalkan dengan air berkhasiat yang berasal dari pergunungan yang boleh jelas kelihatan di arah timur.


Ketiga-tiga tempat itu mempunyai daya tarikan tersendiri, seperti pekan-pekan dan kampung-kampung Hakka yang lain di sekitar pulau ini. Penduduk tempatan dari pihak kerajaan atau sektor persendirian, bekerjasama untuk mencantikkan daerah mereka untuk menarik perhatian para pelancong. Anda akan melihat ramai pelancong yang berjalan-jalan di jalan komersial lama, terutamanya pada hujung minggu/waktu cuti. Kejadian ini telah membuktikan bahawa usaha para penduduk telah mencapai kejayaan.


Zhudong


Zhudong jauh lebih besar dan sibuk daripada tempat lain yang kami menziarahi hari ini. Zhudong terletak di sebelah sungai yang juga mengalir melalui bandaraya Hsinchu dan memasuki ke laut. Di hulu sungai, lembah yang luas dan subur menyempit secara mendadak dan anda akan segera mendapati diri anda berada di sebuah desa di antara gaung dengan gunung. “Zhudong” bermaksud “timur Hsinchu”; zhu dan chu merupakan perkataan yang sama dalam Bahasa Cina yang bermaksud “buluh”. “Buluh” merujuk kepada dinding buluh tebal dan berduri yang pernah mengelilingi bandaraya Hsinchu.


Tarikan utama pekan ini ialah Pasar Zhudong yang berpusat di Jalan Donglin, iaitu pasar Hakka tradisional yang terbesar di Taiwan. Pasar tersebut mempunyai sejarah yang melebihi 60 tahun. Pada tempoh ini, pasar yang lebih lama dan kecil dihapuskan secara beransur-ansur. Pasar Zhudong mempunyai kira-kira 500 orang penjual dan menawarkan banyak produk Hakka yang khusus termasuk hasil pertanian dan makanan sedia dimakan. Produk-produk berkenaan adalah terlalu banyak untuk disenaraikan satu demi satu. Namun, dua hidangan yang khas harus dirasai, iaitu sayur jeruk Hakka yang dikenali fucai dan hidangan enak bantiao yang merupakan mi beras yang lebar, rata dan kenyal.


Gereja Katolik Zhudong


Sebuah gereja besar yang terletak di Jalan Donglin kelihatan tidak selaras dengan para penjual yang berpakaian berwarna-warni dan suasana riuh-rendah di sana. Jangan tertinggal melawat ke Gereja Katolik Zhudong. Pada sebelah dinding bangunan gereja itu mempunyai mural seni burung merpati yang melambangkan keharmonian. Di sebelahnya ialah potret Nabi Isa sebagai penyelamat yang mengangkat kedua-dua belah tangannya dengan tinggi. Potret tersebut setinggi dua tingkat. Bangunan bergaya Gothik yang diubah suai ini telah dibina pada tahun 1954 oleh seorang paderi Jesuit Sepanyol. Bangunan itu merupakan gereja pertama yang dibina di daerah Hsinchu selepas kerajaan Kuomintang (dan ramai mubaligh) berundur ke Taiwan pada tahun 1940-an.


Mitaimu merupakan mi beras Hakka yang unik. Mitaimu merupakan mi pendek yang lebih tebal daripada spageti, dan mempunyai rasa mulut yang lebih lembut. Kedai terkenal di Zhudong yang bernama Meilan A-yi (Mak Cik Meilan) terletak di beberapa blok dari pasar. Meilan A-yi ialah restoran bergaya ladang yang comel dan selesa dengan hiasan bangku kayu kecil, bangku kayu panjang dan guni. Pada musim panas, ais mitaimu sangat popular, iaitu hidangan yang mengandungi ais, mi beras, bebola ubi kayu, kacang hijau, jeli dan sirap manis. Pada musim sejuk, mitaimu goreng akan dihidangkan bersama daging cincang, bawang besar cincang, tauge dan kuah lazat yang disediakan oleh Meilan A-yi.


Meilan A-yi (美蘭阿姨)

Alamat: No. 59, Jalan Sanmin, Pekan Zhudong, Daerah Hsinchu (新竹縣竹東鎮三民街59號)

Tel: +886-936-080-704

Facebook: facebook.com/mmmei595959


Mak Cik Meilan

Mitaimu

Beipu


Pekan Beipu terletak di barat daya Zhudong dan hanya mengambil perjalanan jalan raya yang pendek. Lebuh Raya Wilayah 3 melintasi Zhudong dan menyusuri sepanjang bahagian barat Beipu. Laluan yang lama, berliku-liku dan indah ini merupakan jalan utama melalui perkampungan bukit di sebelah barat Taiwan, jauh ke bahagian selatan Taiwan.


Jalan Lama Beipu

Warung Teh Guangfu


“Beipu” bermaksud “tanah rata utara”. Perkataan pu merupakan “tanah/dataran yang rata dan terbuka”, biasanya terletak di tepi air dan dibangunkan oleh peneroka. Pekan tersebut terletak di dataran rendah, begitu juga dengan perkampungan Nanpu (tanah rata selatan) yang terletak di dataran rendah di selatan Beipu. Beipu memiliki sejumlah besar tapak warisan negara rasmi dan kedai lama, warung teh, kedai makan serta perusahaan lain yang dikendalikan oleh keluarga, terutamanya “di” Jalan Lama Beipu – istilah ini merujuk kepada daerah komersial lama.


Beipu dan kawasan sekelilingnya terkenal dengan hasil-hasil pertanian, terutamanya teh, beras/mi beras dan pisang kaki kering. Kunjungilah Warung Teh Guangfu yang bertingkat dua, yakni sebuah bangunan lama yang besar dan mengagumkan. Bangunan ini dibina dengan kayu-kayan dan batu-bata merah. Warung teh tersebut penuh dengan barangan antik dan harta karun retro, termasuk teh, hidangan manis dan makanan panas (banyak hidangan masakan Hakka). Perkataan guang dan fu dalam namanya merujuk kepada wilayah Guangdong dan Fujian, iaitu tempat asal peneroka Hakka dan Holo Taiwan yang disebutkan di atas.


Satu lagi tawaran Warung Teh Guangfu yang istimewa dan popular merupakan leicha. Leicha turut ditawarkan di beberapa lokasi Beipu yang lain, anda boleh mengisar leicha Hakka atau “teh guruh” sendiri dengan menggunakan lesung dan alu tradisional. “Guruh” merujuk kepada bunyi yang dihasilkan oleh pengisaran. Teh guruh bukan “teh” yang anda biasa – bahan wajib yang digunakan termasuk daun teh kering, kacang tanah panggang, bijan dan biji labu. Hasilnya amat mengenyangkan, dan merupakan contoh terbaik menekankan pemakanan enak dalam makanan tradisional Hakka untuk mengisi semula tenaga badan selepas kerja buruh yang berat. 


Beipu dan kawasan sekelilingnya terkenal dengan hasil-hasil pertanian, terutamanya teh, beras/mi beras dan pisang kaki kering. Kunjungilah Warung Teh Guangfu yang bertingkat dua, yakni sebuah bangunan lama yang besar dan mengagumkan. Bangunan ini dibina dengan kayu-kayan dan batu-bata merah. Warung teh tersebut penuh dengan barangan antik dan harta karun retro, termasuk teh, hidangan manis dan makanan panas (banyak hidangan masakan Hakka). Perkataan guang dan fu dalam namanya merujuk kepada wilayah Guangdong dan Fujian, iaitu tempat asal peneroka Hakka dan Holo Taiwan yang disebutkan di atas.


Warung Teh Guangfu (廣福茶坊)

Alamat: No. 10, Kejiranan 2, Kampung Beipu, Pekan Beipu, Daerah Hsinchu (新竹縣北埔鄉北埔村二鄰10號)

Tel: +886-3-580-4543


Teh Guruh (leicha)

Penyediaan leicha ala Hakka merupakan cara popular dan menyeronokkan untuk belajar tentang masakan dan budaya tempatan


Kek Pisang Kaki Lord Jiang’s merupakan salah satu kedai yang paling menawan di Beipu. Angin Beipu sesuai untuk pengeringan semula jadi, dan penduduk pekan ini telah membuat pelbagai jenis pisang kaki kering yang manis, sedikit melekit dan kenyal. Lord Jiang’s murah hati dalam menyediakan sampel dan menjual set hadiah yang dibungkus dengan menarik.


Kek Pisang Kaki Lord Jiang’s (姜太公柿餅)

Alamat: No. 24 Jalan Miaoqian, Pekan Beipu (北埔鄉廟前街24號)

Tel: +886-954-079-958

Facebook: facebook.com/lordjiangspersimmoncake.tw


Kuih Pisang Kaki


Nanpu


Lebuh Raya Wilayah 3 melengkung dan mengelilingi Nanpu di sebelah barat. Beipu dan Nanpu berdekatan, tidak terhalang dan dipisahkan oleh tanah rendah dengan anak sungai dan saluran pengairan yang mengalir melaluinya. Setiap inci tanah rendah ini telah dibangunkan, diliputi dengan sawah padi, dusun buah-buahan dan sawah sayuran yang disusun dengan kemas. Apabila pelbagai tanaman secara kolektif menghampiri musim menuai, warna-warna bagai gaya Van Gogh akan muncul. 

Jambatan galang keluli merah terang (Jambatan Nanpu) merentangi sungai yang mengalir di bawah jalan sempit yang menghubungkan dua penempatan ini telah menjadikan pemandangan lebih menonjol.


Secara rasmi, Nanpu ialah sebuah kampung, tetapi kediamannya agak berselerak. Penduduk tempatan menggunakan istilah Komuniti Nanpu. Anda akan menemui banyak kediaman dengan seni bina tradisional di sini dan keseronokan desa lain seperti kincir air kayu warisan (sejak 1845) dan astaka dobi kayu di saluran pengairan.


Dewan Jinjian ialah kediaman halaman bergaya Hakka yang bersejarah satu abad. Ia kini menjadi dewan pameran yang dipenuhi peralatan rumah ladang dan pertanian untuk memperkenalkan cara hidup tradisional di sebuah perkampungan pertanian kepada para pelancong.

Kincir air kayu lama

Pencelupan nila dalam Komuniti Nanpu


Bakeri BK Fun ialah bakeri paling kaya dengan unsur desa yang anda boleh dapatkan. Bakeri ini terletak di rumah ladang bata merah lama agak lama yang hampir tersorok di antara pokok-pokok. Kawasan pintu masuknya penuh dengan peralatan pertanian. Timbunan kayu api yang besar juga memenuhi laluan masuk yang teduh. Ketuhar Rom (juga dipanggil “hitam”) besar yang digunakan di dalam kedai dibina tangan oleh pemiliknya. Aroma di dalam bakeri sungguh harum. Keistimewaannya ialah roti padat Eropah yang mesra alam. Antaranya, roti-roti yang menggunakan bahan bertema Taiwan seperti longan dan nanas paling disyorkan.


Bakeri BK Fun (BK坊窯烤麵包)

Alamat: No. 30, Kejiranan 3, Kampung Nanpu, Pekan Beipu, Daerah Hsinchu (新竹縣北埔鄉南埔村3鄰30號)

Tel: +886-932-133-564

Laman web: www.bkfun.com.tw (Bahasa Cina)


Bakeri BK Fun


Kafe HuKu Puku yang selesa dikendalikan oleh seorang wanita muda tempatan. Kafe ini terletak di dalam kabin kecil. Di salah satu sisi kafe ini ialah saluran pengairan yang mengalir dan kincir air kayu. Di sisi yang lain pula terdapat kolam pengairan yang berlandskap indah dengan katak yang banyak. Menu kafe ini termasuk teh, kopi, smoothie dan minuman lain, serta makanan Barat yang mesra alam seperti brownie, biskut dan kek buatan sendiri. Anda boleh menikmati keindahan pemandangan tanah ladang yang meliputi seluruh tanah rendah dari kafe.


HuKu PuKu (樂田園)

Alamat: No. 1-7, Kejiranan 1, Kampung Village, Pekan Beipu, Daerah Hsinchu (新竹縣北埔鄉南埔村1鄰1-7號)

Tel: +886-988-986-862


HuKu PuKu