Adakah anda merancang persinggahan pendek di Taiwan tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan masa anda?

Sertai Lawatan Separuh Hari Percuma bersama kami dan terokai kekayaan budaya Taiwan dalam beberapa jam sahaja, memanfaatkan masa terhad anda sepenuhnya!

Siapa yang boleh mengambil bahagian?

Penumpang transit atau pindah yang bersinggah 7 hingga 24 jam sebelum penerbangan sambungan seterusnya.

**Warganegara Indonesia perlu memohon visa.

Dokumen perjalanan yang diperlukan:

  1. Pasport sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan.
  2. Kad perlepasan/pendaratan imigresen yang lengkap, yang boleh didapati di kaunter imigresen.

Cara Pendaftaran:

Lawatan berpandu melalui bas pelancongan

  • Tempah dalam talian 10 hingga 45 hari sebelum ketibaan anda, kami akan membuat tempahan untuk anda jika anda layak.
  • Setiap lawatan terhad kepada 18 orang penumpang, dan para penumpang hanya boleh menyertai satu lawatan untuk setiap persinggahan. Jika masih ada tempat kosong, kami juga menawarkan tempahan di tapak pada hari yang sama semasa anda tiba di Taiwan. Sila semak ketersediaan tempat kosong di Pusat Khidmat Pelancong yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan.
  • Untuk mengelakkan terlepas penerbangan berlepas, kami tidak menerima penumpang yang berlepas sebelum jam 3:00 petang (Lawatan Pagi) dan penumpang yang berlepas sebelum 8:30 malam (Lawatan Petang).

**Oleh sebab tiada ruang untuk bagasi di dalam bas, sila simpan semua bagasi di kaunter perkhidmatan bagasi lapangan terbang sebelum menaiki bas.

**Biro Pelancongan berhak untuk mengubah suai atau membatalkan lawatan sekiranya cuaca buruk.

**Sila ikut arahan kakitangan pada hari lawatan atau Biro Pelancongan berhak menolak penyertaan anda.

Lawatan pandu diri

Tempah dalam talian 5 hingga 45 hari sebelum ketibaan anda, kami akan membuat tempahan untuk anda jika anda layak. Para penumpang hanya boleh menyertai satu lawatan untuk setiap persinggahan.

Jadual:

  1. Lawatan Pagi (08:00 – 12:30): Temui Kegemilangan Taipei sepanjang 100 Tahun
  2. Lawatan Petang (13:30 – 17:30): Keindahan Seni Tradisional & Alam Semula Jadi Taiwan
  3. Lawatan Malam (18:00 – 22:30): Lawatan Berpandu Makanan Enak di Pasar Malam
  4. Lawatan Pandu Diri (Termasuk jadual perjalanan dan baucar MRT Lapangan Terbang Taoyuan sehala)

**Artikel perjalanan: https://halfdaytour.taiwan.net.tw/

Maklumat perhubungan:

Pusat Khidmat Pelancong Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

Waktu Perkhidmatan: 07:00 – 23:30 (Terminal 1); 05:30 – 00:00 (Terminal 2)

Telefon: +886-3-398-2194; +886-3-398-3341

Dail 12194 atau 13341 melalui telefon bantuan khusus (courtesy telephone) di lapangan terbang

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, sila hubungi kami!

E-mel: halfdaytour@tad.gov.tw; Telefon: +886-2-2563-5313