Begitu banyak tempat yang harus dilihat dan dikunjungi. Jika ada lebih banyak masa setiap hari… Malangnya, kita tidak dapat menambah pada 24 jam dalam sehari, tetapi untungnya terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Taiwan selain daripada aktiviti kehidupan malam bandar yang biasa, bagi mereka yang tidak ingin kembali ke hotel dengan segera.

Melihat Kunang-kunang

Minat terhadap keajaiban alam di Taiwan tidak bermakna bahawa penjelajahan dalam satu hari berakhir apabila matahari terbenam. Pulau ini merupakan tapak yang menarik untuk lawatan ekologi pada waktu malam. Antara makhluk malam yang disukai ialah kunang-kunang (Taiwan ialah tempat tinggal untuk 65 spesies serangga yang mengeluarkan cahaya ini). Kunang-kunang kelihatan terbang dengan “lampu ekor” semasa musim mengawan pada bulan April dan Mei. Biro Pelancongan Taiwan telah menerbitkan risalah informatif dengan maklumat tentang tempat dan cara untuk mengesan serangga yang luar biasa ini.

Muat turun risalah bahasa Inggeris dalam format PDF dari sini: bit.ly/43f1afc

Zoo Taipei

Semasa musim panas (hingga 29 Ogos), waktu lawatan ke Zoo Taipei dilanjut hingga pukul 9 malam pada hari Sabtu (tiket petang, dijual dengan separuh harga, dari pukul 4 petang hingga 8 malam).

🌐 www.zoo.gov.taipei

Muzium Nasional Biologi Marin dan AkuariumYour Content Goes Here

Muzium Nasional Biologi Marin dan Akuarium di Daerah Pingtung menawarkan penginapan. Anda dapat menikmati malam berdekatan dengan ikan dan mamalia laut. Penginapan tersebut dikombinasikan dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan makhluk laut yang seronok serta aktiviti pendidikan, seperti meneroka zon pasang surut di luar muzium.

🌐 www.aquarium.com.tw/sleepover.asp (Bahasa Cina)

Matahari Terbenam di Yehliu

Salah satu tempat pelancongan utama di Taiwan yang terkenal dengan seni batu pasirnya yang luar biasa, Taman Geologi Yehliu merupakan tempat tarikan yang wajib dikunjungi di Pantai Utara. Pada hari cuaca cerah pada bulan-bulan yang panas, anda perlu mengunjungi tempat ini menjelang lewat petang untuk mengelakkan diri daripada kepanasan (batu yang terdedah kepada sinaran matahari akan menjadi sangat panas pada siang hari) dan menikmati matahari terbenam yang mengagumkan dan terkenal di Yehliu. Waktu buka Taman Geologi Yehliu pada bulan Julai dan Ogos adalah hingga pukul 6 malam. Sekali setahun, batu-batu di Yehliu juga diterangi dengan sinaran berwarna-warni untuk acara malam bernama Lawatan Malam Yehliu. Acara ini berlangsung selama dua minggu (diadakan pada bulan Julai tahun ini) dengan waktu buka taman dilanjut hingga pukul 9 malam.

🌐 www.ylgeopark.org.tw

Pilihan Lain

Menara Pengamat Taipei 101 (buka setiap hari hingga pukul 9 malam); Muzium Seni Halus Taipei (hingga pukul 8.30 malam pada hari Sabtu); Dek Pengamatan Menara Langit 85 di Kaohsiung (hingga pukul 10 malam setiap hari); Rumah Api Kaohsiung di Pulau Qijin (hingga pukul 9 malam Selasa~Ahad); Menara Chikan di Tainan (setiap hari hingga pukul 9.30 malam).