Festival Belon Antarabangsa Taiwan sudah menghampiri tahun yang ketujuh dan telah menerima kunjungan lebih daripada satu juta pelancong ke acara besar itu. Belon udara panas yang dilepaskan di Luye bukan sahaja mewarnai langit Taitung tetapi juga menarik pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati pemandangan Taitung yang indah. Ia adalah aktiviti belon udara panas dengan tempoh terpanjang di seluruh dunia.

Belon udara panas yang besar, cantik dan berwarna-warni terapung-apung di udara bagaikan mimpi apabila pelancong meluru untuk melihat selayang pandang kehebatannya atau menaikinya di udara untuk menikmati sendiri keindahan lembah di bawah.

Festival Belon Antarabangsa Taiwan termasuk pameran penerbangan, aktiviti tambatan, menaiki belon, konsert muzik kilauan malam, perayaan perkahwinan belon, dan kem musim panas, memberikan pengunjung sesuatu untuk dibawa pulang serta kenangan yang hebat. Alamilah perasaan penerbangan dan meraikan pancaindera ini. Belon-belon udara panas ini pasti akan mencipta banyak detik yang menyentuh hati!

Tarikh: 30 Jun hingga 13 Ogos 2018

Tempat: Tanah Tinggi Luye, Pembandaran Luye, Wilayah Taitung

Maklumat lanjut:  http://balloontaiwan.taitung.gov.tw/en