Bengkel DIY Taiwan

Melawat ke kilang menjadi semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kilang di Taiwan berinisiatif untuk menarik perhatian rombongan pengunjung supaya menghabiskan masa di rantau ini. Terdapat pelbagai kilang pelancongan yang berunsurkan pendidikan dan hiburan di Taiwan. Pengunjung dapat menyaksikan proses pengeluaran pelbagai produk dan menikmati kegembiraan daripada penghasilan barang mereka sendiri. Selain peningkatan bilangan, kilang pelancongan di Taiwan juga beraneka jenis, iaitu daripada krayon berwarna-warni kepada tart nanas Taiwan yang lazat. Melawat ke kilang di Taiwan dapat memuaskan keinginan anda untuk membuat kraftangan!

Berikut merupakan beberapa kilang pelancongan di Taiwan yang perlu anda lawati.

1. Kilang Tart Nanas Vigor Kobo

Vigor Kobo terkenal dengan tart nanas yang baru dipanggang. Vigor Bakery telah mereka patung yang sepadan dengan produk. Para pengunjung berpeluang menikmati kegembiraan dan rasa nanas Taiwan yang lazat melalui interaksi dan proses membuat tart nanas yang menyeronokkan.

Alamat: No. 87, Section 1, Chengtai Road, Wugu District

Bayaran DIY: NT250

Waktu Operasi: 09:00-18:00

Pengangkutan:

  • Kereta api: Turun di Stesen Tamsui (Laluan Tamsui-Xinyi), kemudian naik di Stesen Songshan (Laluan Songshan-Xindian). Turun di Stesen Ximen dan berjalan kaki lebih kurang 1 minit.

2. TeaSoap

Teasoap terkenal dengan kilang pelancongan sabun mereka. Mereka telah mengubah sebuah kilang untuk menjadi pameran produk pembersih. Selain menyaksikan proses membuat sabun, para pengunjung dapat belajar membuat sabun buatan tangan melalui program DIY. Pengalaman yang pelbagai dan komprehensif ini penuh dengan keseronokan dan wawasan sejarah yang luar biasa.

Alamat: No.64-11, Baiji, Distrik Sanxia, Kota Baru Taipei 237, Taiwan

Bayaran DIY: NT250

Waktu Operasi: 09:00-17:00

Pengangkutan:

  • Kereta api: Turun di Jalan Lama Sanxia, kemudian naik Bas Persiaran  Taipei 778 ke Stesen Villa Quanjiafu dan berjalan kaki lebih kurang 1 minit.

3. Muzium Belon Taiwan

Muzium Belon Taiwan di Shengang adalah satu-satunya kilang belon getah di Taiwan. Sekarang, muzium ini dijadikan kilang pelancongan dan terletak di tapak perkilangan lama Kilang Dalun Balloon. Muzium ini juga menawarkan perkhidmatan lawatan berpandu, bengkel DIY belon getah dan bengkel DIY belon berbentuk.

Alamat: No.505, Sec. 5, Dafeng Rd., Distrik Shengang, Kota Taichung

Bayaran DIY: NT150

Waktu Operasi: 09:00-17:00

Pengangkutan:

  • Kereta api: Turun di Stesen Fengyuan dan naik bas 12 Mingde High School ke Bar & Fun International Mall. Berjalan kaki lebih kurang 7 minit.

 4. Muzium Alat Tulis FLOMO

FLOMO ialah kilang alat tulis terkenal di Taiwan yang menghasilkan alat tulis bebas racun. Pengunjung dapat memahami proses menghasilkan pemadan bebas racun, merasai kegembiraan membuat alat tulis sendiri, serta membantu kanak-kanak belajar konsep melindungi alam sekitar melalui didik hibur.

Alamat: No.42, Sec. 2, Jhongshan Rd., Hunei Dist., Kaohsiung City, Taiwan (R.O.C.)

Bayaran DIY: NT50 – NT100

Waktu Operasi: 09:30-16:30

Pengangkutan:

  • Kereta api:  Turun di Stesen TRA Rende kemudian naik teksi (lebih kurang 8 minit)

5. Kilang Krayon Lucky Art

Kilang Krayon Lucky Art telah menghasilkan pelbagai jenis krayon dan pensel warna. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kilang Krayon Lucky Art telah mengubah kilang mereka menjadi kilang pelancongan. Kedatangan kanak-kanak yang gemar melukis dan menikmati hasil kreativiti amat dialu-alukan. Pengunjung boleh mengalami keseronokan membuat krayon mereka sendiri.

Alamat: No 500, Haishan W. Rd., Su’ao Township, Yilan County 27047, Taiwan (R.O.C.)

Bayaran DIY: NT200

Waktu Operasi: 08:30-16:00

Pengangkutan:

  • Kereta api: Turun di Stesen Xinma atau Stesen Baru Suao, kemudian naik teksi ke destinasi. Perjalanan teksi ambil masa lebih kurang 5 minit.
  • Bas: Luo-dong ke Su-ao (Masa 10:00, 12:00, 14:00)
  • Naik kereta api ke Stesen Wenhua Junior High School dan jalan kaki lebih kurang 5 minit.