Ximending

Pengenalan

Jika anda pernah ke Bukit Bintang, ini mungkin berbeza. Lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ini terletak di barat bandaraya Taipei. Ximending menawarkan kepelbagaian barangan terutamanya buat penggemar fesyen. Dengan harga berpatutan, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori daripada pengaruh fesyen seperti Jepun, China dan juga barat.


  • Terletak berhampiran stesen MRT, anda boleh berulang alik ke sini beberapa kali dengan mudah jika terasa ingin membeli lagi.
  • Selain fesyen, pelbagai barangan lain seperti gajet elektronik, kafe-kafe dan restoran antarabangsa banyak terdapat di sekitar kawasan ini. Lokasi ini meriah dan jika anda tersesat, jangan panik, penduduk tempatan sedia membantu.

Galleri

Pengangkutan

Pengangkutan Awam:
Stesen utama Taipei (Aliran Bannan) – Stesen Ximen

Jalan 10 minit untuk sampai ke Ximending