Toucheng Leisure Farm

Pengenalan

Toucheng Leisure Farm terletak di bandar Toucheng daerah Yilan ini dikelilingi dengan suasana harmoni alam semulajadi. Dalam memelihara habitat semulajadi, Toucheng Leisure Farm menawarkan para pengunjung merasai pengalaman bercucuk tanam, berkebun dan menjaga haiwan ternakan.


  • Toucheng Leisure Farm yang berkonsepkan kehidupan desa, pelbagai aktiviti luar bandar telah disediakan untuk pengunjung yang datang antaranya menjelajah desa, memasak, membuat tanglung dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
  • Beberapa lokasi di kawasan Toucheng Leisure Farm juga turut dijadikan lokasi pengambaraan drama televisyen tempatan.
  • Bahan mentah untuk dimasak diambil daripada kebunkebun yang diusahakan. Para pengunjung beragama Islam juga tidak perlu risau kerana Toucheng Leisure Farm menyediakan makanan halal dan mempunyai dapur khas untuk penyediaan makanan halal tersendiri.
  • Toucheng Leisure Farm juga menyediakan perkhidmatan mengambil pengunjung yang ingin ke sini di stesen keretapi Toucheng atau stesen bas Wu Shih Harbour.
  • Toucheng Leisure Farm telah diiktiraf restoran mesra muslim oleh Persatuan Muslim China pada tahun 2014. Malah, bilik yang mempunyai pemandangan alam semulajadi ini juga turut menyediakan arah kiblat.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Toucheng Leisure Farm

Informasi

No 125 Ken Hsin Road, Toucheng Township, Yilan County, Taiwan
Talian perkhidmatan pelanggan: +886-3-977-2222, 977-2000 | Faks: +886-3-977-8688
Koordinasi GPS: N:24°54´22.6” E:121°51´0.2