Teater Patung Tangan

Tradisi patung tangan telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu dan Taiwan memiliki beberapa kumpulan profesional. Plot-plot cerita dicedok daripada mitos China tapi banyak kumpulan yang menyelitkan efek bunyi moden untuk menarik kelompok penonton muda. Dua buah tempat di Taipei iaitu Muzium Teater Patung Lin Liu-hsin dan Taipei EYE, membuat persembahan dalam Bahasa Inggeris untuk para penonton asing.