Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut terletak di sudut timur laut Taiwan, memanjang sejauh 102.5 kilometer dari Perbandaran Nanya di Kota Baru Taipei sehingga ke selatan tanjung Pantai Neibi di Perbandaran Su-ao. Ia merangkumi kawasan seluas 17,421 hektar termasuk tanah dan laut.
Kawasan pemandangan indah ini terkenal untuk tanjungnya yang banyak dan teluk-teluk yang berlatarbelakangkan pergunungan hijau. Tarikan-tarikannya termasuk pembentukan batu-batan yang menakjubkan, bentuk muka bumi yang dihakis laut yang unik, pantai-pantai dengan pasir halus berwarna keemasan, kepelbagaian hidupan marin, dan satu warisan budaya yang tidak tercemar. Ia merupakan satu destinasi pelancongan pelbagai guna yang menyediakan fungsi berganda sebagai sebuah bilik darjah semulajadi menakjubkan dan sebuah padang permainan pantai yang mempesonakan. Biro Pelancongan telah menubuhkan Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut dalam tahun 1984, membawa bersamanya pembangunan dan pengurusan sumber-sumber pelancongan kawasan itu dan juga pemuliharaan persekitarannya. Selain daripada membangunkan kawasan-kawasan dengan kecantikan pemandangan yang amat hebat sebagai produk pelancongan, Biro Pelancongan juga telah menubuhkan Taman Negara di sini, kedua-duanya di atas daratan dan di laut, demi untuk melestarikan selama-lamanya kelangsungan daya hidup ekologi Pantai Timur Laut.
Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut, yang bermula dari Juifang ke selatan sehingga Beigangkou di Daerah Yilan, amat terkenal untuk kecantikan semulajadinya: terumbu, sungai, sawah padi berteres, bukit-bukau hijau, rumah api, dan dua daripada pantai terbaik Taiwan. Peluang-peluang rekreasi termasuk berkhemah, mendaki gunung, hiking sepanjang satu laluan pejalan kaki berusia 200-tahun, dan sukan air, seperti berenang, kapal layar, layar udara, ski jet, menaiki bot, snorkeling dan penyelaman skuba

Dinamakan sempena dewi” Matsu”, Kepulauan Matsu terletak di barat laut di bahagian barat Selat Taiwan, yang merupakan kawasan perairan di mana Matsu telah menyelamatkan hidup ramai pelaut. Matsu adalah mukim di Daerah Lienchian Wilayah Fuchien, menghadap muara-muara sungai Minchiang (Sungai Min), Lienchiang (Sungai Lien), dan Teluk Luoyuan. Empat kampung dan lima pulau, termasuk Nangang (Southern Rod), Beigang (Northern Rod), Juguang, Dungyin, merupakan komponen-komponen Matsu, yang merupakan sempadan paling utara zon bebas Taiwan-Penghu-Kinmen-Matsu, jauhnya cuma satu alur air sempit yang memisahkannya dari Tanah Besar China.

LAMAN WEB ?

Semua pulau di Penghu mempunyai bentuk muka bumi yang serupa, dan kebanyakan daripada mereka adalah rata. Air laut yang jernih, pantai memutih dan langit yang cantik menjadikan Penghu sebuah kawasan resort laut yang digemari. Kedua-dua arus cabang Kuroshio (semasa musim panas) dan arus pantai Tanah Besar China (semasa musim sejuk) melalui wilayah laut Penghu. Disebabkan oleh arus-arus ini kehidupan marin di kawasan ini amat kaya sekali, menjadikan Penghu sebuah bilik darjah yang sempurna untuk kajian biologi marin.
Semasa musim berhijrah, semua jenis burung melalui kawasan ini. Pelancong seringkali boleh menyaksikan pemandangan indah burung camar laut memburu, dan lebih daripada 200-jenis spesis burung yang berlainan di sini. Ini menjadikan Penghu satu lokasi hebat untuk memerhati burung. Pelancong juga boleh datang ke Penghu untuk memancing ikan dan menyelam; mereka boleh menaiki bot dan mengembara sekitar pulau-pulau berjiranan untuk menikmati pemandangan laut dan mengecapi percutian menyeronokkan di laut.

LAMAN WEB ?

Secara kontras berbanding dengan pantai utara dan timur, yang dicirikan oleh tebing curam dan bergunung-ganang, pantai barat Taiwan kebanyakannya adalah rata. Jajaran pantai dari Taipei di utara sehingga ke Kaohsiung di selatan telah mengalami perindustrian yang hebat, tetapi terdapat beberapa kawasan yang dikhaskan sebagai habitat semulajadi untuk hidupan liar termasuk burung-burung penghijrah dan lain-lain penghuni pesisir pantai. Demi untuk melindungi habitat-habitat berharga ini dan untuk mewujudkan sebuah kawasan rekreasi untuk pelawat pada masa yang sama, sebuah kawasan pemandangan indah kebangsaan yang baru telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2003, yang ditadbir oleh Biro Pelancongan ROC. Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Barat Daya, yang meliputi kawasan-kawasan pesisir pantai daerah-daerah Yunlin, Chiayi, dan Tainan, dikenali untuk tebing pasirnya, paya bakau, delta sungai, dan tanah paya, yang merupakan tempat tinggal kepada sejumlah besar spesis-spesis burung endemik dan menyediakan satu tempat rehat untuk banyak burung penghijrah semasa musim sejuk. Selain daripada nilai ekologinya, kawasan pemandangan indah yang baru ini juga mempunyai lain-lain tarikan yang banyak, seperti pengeluaran garam secara tradisional dari air laut, industri perikanan tempatan, tokong-tokong lama dan lain-lain tapak bersejarah yang menjadikan sesuatu lawatan itu amat berbaloi.

LAMAN WEB ?

Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Siraya adalah sebuah kawasan pengeluaran hasil ladang yang utama. Pelbagai jenis buah-buahan dan lain-lain produk tumbuh sepanjang tahun, menjadikan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Siraya benar-benar secocok dengan namanya “Tanah Berlimpah-ruah”. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, di bawah arahan kerajaan, produk-produk pertanian di semua daerah dan bandar telah disepadukan, dengan mempromosi produk-produk tempatan khas di setiap kawasan, “satu keistimewaan khas untuk setiap kampung atau bandar”. Setiap satu daripada 15 perbandaran dan kampung di Siraya mempunyai produk istimewa masing-masing, membenarkan mereka untuk mempromosikan sumber-sumber pelancongan yang signifikan untuk kawasan itu. Laman web “Menjelajah Siraya” ini memperkenalkan lima sistem rekreasi utama di kawasan itu: Sistem Rekreasi Guanzihling, Sistem Rekreasi Zengwen, Sistem Rekreasi Wushantou, Sistem Rekreasi Zoujhen dan Sistem Rekreasi Hutoupi, setiap satu dengan maklumat pelancong dan kebudayaan khas mereka sendiri. Ciri-ciri pelancongan istimewa Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Siraya diberikan, bersama dengan maklumat mengenai penginapan, pengangkutan, peta, dan sebagainya.

LAMAN WEB ?

Kawasan Pemandangan Indah Maolin meliputi bandar-bandar Maolin dan Liouguei di Kota Kaohsiung, di samping sebahagian daripada kawasan pentadbiran Perbandaran Sandimen di Daerah Pingdueng. Kawasan Pemandangan Indah Maolin mempunyai banyak tempat berpemandangan indah, seperti Mata Air Panas Baolai, Mata Air Panas Forever Young, Mata Air Panas Duona, Gunung Eighteen Monks, Air Terjun Meiyagu, Gunung Dragon Head, dan Lembah Maolin. Sumber-sumber pemandangan indah berhampiran Kawasan Rezab Gunung Eighteen Monks dan Lembah Meiya, menawarkan peluang kepada pelancong yang seringkali dapat melihat Macaque Formosa, tupai, Varicorhinus barbatulus, dan magpie biru Taiwan. Semua ini merupakan sumber-sumber tidak ternilai di Kawasan Pemandangan Indah Maolin. Hutan milik kerajaan di kawasan ini merupakan satu lagi ciri-ciri semulajadinya. Sisi artistik Kawasan Pemandangan Indah Maolin termasuk terowong, tokong, jambatan gantung dan kebudayaan orang asli. Maolin, Wanshan, dan Duona di Perbandaran Maolin diperuntukkan khas untuk orang-orang asli. Ia merupakan tempat kediaman untuk Suku Lukai. Suku Lukai terkenal untuk rumah-rumah batu kelabunya. Pada masa kini kira-kira 30 buah rumah batu kelabu dipulihara di kampung Duona di Perbandaran Maolin, menjadikannya koleksi terbesar rumah batu kelabu terpulihara di Taiwan. Terowong Liouguei, yang terdiri daripada enam bahagian, merupakan satu-satunya terowong lebuhraya di selatan Taiwan. Disebabkan oleh pemandangannya, Terowong Liouguei telah menjadi satu tempat pemandangan indah yang terkenal. Kawasan Pemandangan Indah Maolin mempunyai pemandangan yang cantik dan banyak tokong Buddha terkenal, seperti tokong-tokong Miaotong dan Miaocueng. Kawasan Pemandangan Indah Maolin mempunyai banyak jambatan gantung, Jambatan Gantung Duona amat terkenal untuk kepanjangannya.

LAMAN WEB ?

Teluk Dapeng merangkumi dua kawasan pemandangan indah yang dikhaskan di Teluk Dapeng dan Little Liuqiu. Sempadan utara Teluk Dapeng adalah Lebuhraya Wilayah 17 dan Jalan Negeri Ping 63. Sempadan timur dan barat adalah Linbien dan Xinggou di Perbandaran Donggang masing-masing. Ke arah selatan, terdapat sebuah kawasan laut sepanjang 600-meter yang bermula dari penanda paras air pasang garisan pantai itu. Ciri-ciri utama Teluk Dapeng termasuk Kawasan Rehat Qingzhou. Di rantau ini, terdapat satu pesta perahu Tokong Donglueng yang terkenal di Donggang. Pelancong juga boleh menikmati pemandangan kapal selam yang cantik di Pulau Liuqiu.
Teluk Dapeng adalah teluk dalaman terbesar di Taiwan, memberikan sumber-sumber yang kaya dengan haiwan-haiwan laut dan tumbuh-tumbuhan di rantau ini. Pokok Redwood dan eggplant laut tumbuh di tepi laut; Ipomoea pes-caprae, Excoecaria agallocha, dan Clerodendron inerme semuanya amat terkenal. Haiwan-haiwan utama di Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Teluk Dapeng kebanyakannya adalah burung, ikan dan moluska. Terdapat kira-kira 95 jenis burung, termasuk burung-burung penghijrah. Ikan-ikan termasuk kerapu, dan lain-lain haiwan laut termasuk sejenis ketam khas yang menggapai air pasang-surut di tanah paya.
Pulau Liuqiu merupakan satu-satunya pulau batu karang yang dijumpai di kalangan 14 buah pulau sekitar Taiwan. Ia amat terkenal untuk tiga cirinya: lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam, kepelbagaian batu karang yang terbesar, dan seluruh pulau itu sebagai sebuah terumbu karang yang tersendiri. Seluruh pulau itu dipenuhi dengan batu-batu ganjil dan mendedahkan banyak lanskap lautan yang cantik.

LAMAN WEB ?

Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur, dikenali sebagai “tanah tidak tercemar yang terakhir di Taiwan”, sepanjang 170 kilometer di pantai timur pulau itu dari muara Sungai Hualien di utara sehingga ke Shiauyeliou (Little Yeliou) di selatan. Ke sebelah timur ia disempadani oleh Lautan Pasifik; ke sebelah barat disempadani oleh Banjaran Pergunungan Pantai. Tanah di sini terdiri daripada batu gunung berapi, batu klasik dari bawah dasar laut dalam, dan serpihan batu yang telah ditolak ke atas- dan masih ditolak ke atas ? oleh tindakan tektonik. Pengusangan disebabkan cuaca, hakisan, dan akumulasi telah menghasilkan satu rangkaian berbagai bentuk muka bumi di sini, termasuk teres-teres pantai, pantai pasir dan batu kecil, terumbu-terumbu tepi pantai, pulau-pulau dalaman, dan tanjung bersama dengan platform-platform yang telah dihakis laut, lurah-lurah, dan gua-gua. Topografi bermacam jenis ini menyediakan kepelbagaian habitat yang kaya dengan flora dan fauna.
Pantai Timur merupakan tempat tinggal utama untuk suku orang asli Amis. Kampung-kampung orang Amis bertaburan sepanjang pesisir pantai, dan pesta menuai yang mereka adakan dalam bulan Julai dan Ogos setiap tahun menawarkan pelawat satu peluang untuk mendapatkan pandangan mendalam mengenai kebudayaan orang yang unik ini. Sebelum orang Amis membuat penempatan di sini mereka adalah orang pra-sejarah yang datang dan pergi, meninggalkan satu timbunan artifak yang banyak dan tapak-tapak purba yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Antara ciri-ciri kebudayaan yang lebih moden kawasan pesisir pantai ini adalah tokong-tokong yang mempesonakan, gereja, dan perkampungan nelayan yang damai. Timbunan aset-aset kebudayaan dan semulajadi yang banyak ini telah memacu Biro Pelancongan untuk menubuhkan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur dalam tahun 1988, dan untuk melibatkan diri dalam pembangunan aktif sumber-sumber santai di sini.

LAMAN WEB ?

Kawasan ini telah dipanggil sebagai “tanah madu susu”. Mengembara sepanjang Lebuhraya wilayah No.9, apa yang anda lihat di kedua-dua belah adalah ladang-ladang hijau yang menuju sehingga ke kawasan pergunungan. Kawasan pemandangan indah kebangsaan ini bermula dari Sungai Mugua di Hualien ke utara ke Kota Taitung dan meliputi kawasan seluas 138,386 hektar, merangkumi gunung-ganang, lembah-lembah, dan mata air panas, bersama dengan bentangan sawah-sawah padi, bunga lili pagi, limau tambun, ladang-ladang teh, dan epal gula yang terdapat dengan banyaknya. Tebing-tebing tanah bersimpang-siur di kawasan ini, membahagi-bahagikannya menjadi petak sawah; dipenuhi dengan pemandangan alunan padi masak, lembu meragut di padang rumput dan ikan dan udang berenang-renang dalam denai. Penduduknya yang amat berpuas hati dengan kehidupan amat ramah-tamah dengan cara lama mereka, dan dasar denai dipenuhi dengan batu-batu berharga. Sememangnya, ini adalah syurga di bumi.
Lembah ini adalah tempat tinggal kepada empat suku orang asli Taiwan: suku Amis, Atayal, Bunun, dan Puyuma. Budaya orang asli adalah antara sumber-sumber berharga yang paling penting dan paling mewakili Lembah East Rift.

LAMAN WEB ?

Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut terletak di sudut timur laut Taiwan, memanjang sejauh 102.5 kilometer dari Perbandaran Nanya di Kota Baru Taipei sehingga ke selatan tanjung Pantai Neibi di Perbandaran Su-ao. Ia merangkumi kawasan seluas 17,421 hektar termasuk tanah dan laut.
Kawasan pemandangan indah ini terkenal untuk tanjungnya yang banyak dan teluk-teluk yang berlatarbelakangkan pergunungan hijau. Tarikan-tarikannya termasuk pembentukan batu-batan yang menakjubkan, bentuk muka bumi yang dihakis laut yang unik, pantai-pantai dengan pasir halus berwarna keemasan, kepelbagaian hidupan marin, dan satu warisan budaya yang tidak tercemar. Ia merupakan satu destinasi pelancongan pelbagai guna yang menyediakan fungsi berganda sebagai sebuah bilik darjah semulajadi menakjubkan dan sebuah padang permainan pantai yang mempesonakan. Biro Pelancongan telah menubuhkan Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut dalam tahun 1984, membawa bersamanya pembangunan dan pengurusan sumber-sumber pelancongan kawasan itu dan juga pemuliharaan persekitarannya. Selain daripada membangunkan kawasan-kawasan dengan kecantikan pemandangan yang amat hebat sebagai produk pelancongan, Biro Pelancongan juga telah menubuhkan Taman Negara di sini, kedua-duanya di atas daratan dan di laut, demi untuk melestarikan selama-lamanya kelangsungan daya hidup ekologi Pantai Timur Laut.
Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut, yang bermula dari Juifang ke selatan sehingga Beigangkou di Daerah Yilan, amat terkenal untuk kecantikan semulajadinya: terumbu, sungai, sawah padi berteres, bukit-bukau hijau, rumah api, dan dua daripada pantai terbaik Taiwan. Peluang-peluang rekreasi termasuk berkhemah, mendaki gunung, hiking sepanjang satu laluan pejalan kaki berusia 200-tahun, dan sukan air, seperti berenang, kapal layar, layar udara, ski jet, menaiki bot, snorkeling dan penyelaman skuba.

LAMAN WEB ?

Berbatu-batan dan sukar diterokai di beberapa tempat, Pantai Utara Taiwan juga kaya dengan pantai berpasir halus dan vista yang hebat. Di daratan, bentuk muka bumi secara tipikalnya adalah beralun-alun dan curam mendadak, tetapi di situ juga terdapat mata air panas, sungai-sungai deras, dan beberapa air terjun. Tidak mesra petani dan seringkali berbahaya kepada pelaut, lanskap ini sudah pastinya dramatik – dan, untuk sebab itu, amat menarik kepada pelancong.
Pantai Utara & Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan merangkumi dua bahagian berasingan Kota Taipei Baru di Taiwan Utara. Bahagian yang lebih besar terdiri daripada pesisir pantai, sebahagian daripada lautan, dan satu jalur daratan di kedua belah Tanjung Fugui, titik paling utara di Taiwan. Bahagian yang lebih kecil Kawasan Pemandangan Indah ini berpusat di gunung setinggi 616-meter- yang dipanggil Guanyinshan. Waimushan, Tasik Lovers dan Pulau Heping di Kota Keelung merupakan tempat tarikan pelancong kawasan pantai yang penting di utara Taiwan. Oleh itu telah diumumkan pada Disember 15, 2014, bahawa tapak-tapak ini akan dijadikan sebagai sebahagian daripada Pantai Utara dan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan.
Tidak kira samada anda mencari satu jalur tepi pantai yang tersorok dan terbiar, pancaran matahari terik ke atas pantai berpasir, atau sejarah, kebudayaan dan makanan enak, anda akan dapat menemuinya di Pantai Utara & Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan.

LAMAN WEB ?

Gunung hebat ini diberi nama Gunung Shihtou atau Gunung Kepala Singa kerana bahagian utaranya menyerupai satu kepala singa. Ia adalah setinggi 496 meter dan merupakan sebahagian daripada kaki Gunung Luchang. Tumbuh-tumbuhannya yang amat lebat, pokok-pokok tua, dan tokong-tokong lama menjadikan Gunung Kepala Singa sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menyeronokkan. Tokong tertua adalah Tokong ShryandungYuanguang yang dibina dalam tahun 1894. Ia adalah satu destinasi popular untuk penganut agama yang juga turut boleh menikmati cuaca musim sejuk yang sederhana dan musim panas yang nyaman di kawasan ini.
Sejak era Dinasti Cing akhir, tokong-tokong dan gua-gua di Gunung Kepala Singa dan Gunung Wujhih telah menjadi begitu terkenal sehingga mereka disenaraikan sebagai antara 12 kawasan pemandangan indah yang paling menawan di Taiwan. Kawasan pemandangan indah ini merangkumi perbandaran Beipu, Emei, dan Jhudong di Daerah Hsinchu dan bandar Sanwan dan Nanjhuang di Daerah Miaoli. Terletak antara sistem Lebuhraya Wilayah No. 3 dan sistem Taman Negara Shei-Pa, rantau ini meliputi kawasan seluas 24,221 hektar dan adalah kaya dengan (mata air sejuk, hutan dan tasik) dan sumber-sumber ekologi semulajadi di samping tarikan-tarikan kebudayaan yang tersohor, termasuk tokong-tokong dan artifak-artifak bersejarah orang-orang Hakka dan orang asli (suku Atayal dan Saisiat). Sejak penubuhannya dalam tahun 2001, Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Tiga Gunung telah berusaha untuk membangunkan satu kawasan pelancongan berkualiti tinggi yang memfokus terhadap keaslian tempatan, pendidikan, ekologi, dan kelestariannya. Beberapa acara promosi untuk pembangunan pelancongan yang dijalankan sehingga kini termasuk jelajah gaya hidup dan sejarah; penerokaan budaya tradisional orang-orang Hakka; pengungkapan misteri Suku Saisiat; Korban Roh-roh Pendek; siri jelajah ekologi sungai; siri jelajah habitat semulajadi serangga; dan siri jelajah perlombongan dan industri-industri unik.

LAMAN WEB ?

Tasik Sun Moon, yang terletak di tengah Taiwan, dengan paras ketinggian sehingga 748 meter di atas paras laut, merupakan satu-satunya tasik besar semulajadi di Taiwan. Bahagian selatan Pulau La Lu berbentuk seperti bulan yang baru, dan bahagian utara berbentuk seperti matahari; oleh itu wujudnya nama Tasik Sun Moon.
Pemandangan yang paling terkenal di sekeliling Tasik Sun Moon adalah Itashao, Pulau Lalu, Tokong Syuentzang, Pagoda Tsen, Tokong Wenwu dan sebagainya. Hutan semulajadi yang menyempadani jalan-jalan ini adalah tempat-tempat yang baik untuk memerhati burung. Terdapat banyak burung yang hidup di paras menengah, seperti Fulvetta Berpipi-kelabu, Minivet Bertengkok-Aneh, Yuhina Formosa, Pie Pokok Gray, Bamboo Partridge, Bulbul Cina, Barbet Muller, dan Bulbul Hitam. Koloni burung heron Malam Bertiara-hitam dan Egretta garzettas, dan burung-burung seperti kingfisher biasa dan Teal Bersayap-Hijau boleh dilihat di kawasan tadahan air Dajhuhu, yang terletak berhampiran pintu air. Di samping burung-burung ini, ikan, serangga dan sayur-sayur liar juga turut berkembang dengan pesat di kawasan ini. Semua ini merupakan sumber-sumber semulajadi di rantau Tasik Sun Moon.
Puak Shao merupakan puak terawal yang hidup di rantau Tasik Sun Moon. Pesta Menuai, Pesta Menyemai dan temasya kraf tangan khas mereka setiap tahun, dan juga artikel-artikel mereka telah membantu untuk memulihara budaya tersendiri di rantau Tasik Sun Moon.

LAMAN WEB ?

Pembinaan Jalan Keretapi Hutan Alishan telah dimulakan dalam tahun 1899 oleh orang-orang Jepun. Bertujuan untuk mengangkut kayu balak menuruni pergunungan itu, ia mempunyai tolok berukuran 762mm, satu kecerunan sebanyak 6.25%, dan satu jejari membelok minimum selebar 40 meter. Trafik telah dilancarkan pada satu jarak perjalanan sepanjang 66.6-kilometer antara Chiai dan Erwanping dalam tahun 1912, dan telah dipanjangkan sehingga ke Alishan menjadikan panjang keseluruhan sejauh 71.4 kilometer dalam tahun 1914. Jalan keretapi ini mendaki dari ketinggian 30 meter di atas paras laut sehingga mencecah 2,216 meter, mempunyai 49 terowong dan 77 jambatan, dan melalui satu laluan merentasi berbagai jenis iklim dan bentuk muka bumi.
Dari Chia-I, jalan keretapi mengembara sepanjang satu laluan dengan bentuk muka bumi yang agak rata secara relatif untuk 14.2 kilometer sebelum memulakan pendakian panjang itu, mengelilingi Gunung Duli, menaiki paras ketinggian 200 meter pada satu jarak sebanyak lima kilometer. Jalan keretapi ini kemudiannya meneruskan kembara ke Stesen Pingjena. Dari sini ia berselang-seli menaiki gunung itu, menyongsang arahnya di setiap seksyen baru laluan itu semasa ia menaiki Alishan secara beransur-ansur.

LAMAN WEB ?