Taichung

Antara bangunan-bangunan penuh bergaya di Taichung, Fun Sound Station atau Stesen Bunyi Seronok ialah yang tertua. Dibina pada tahun 1935, tanda tempat yang menambat hati ini direka dengan seni bina Art Deco dan ciri-ciri istana. Kini ia menjadi binaan yang paling digemari oleh  para penguniung untuk bergambar dan bersantai sambil minum kopi. Dalam bangunan ini ada pameran kekal tentang seiarah penyiaran dan pameran kesenian yang berputar.

National Museum of Natural Science atau Muzium Nasional Sains Semula Jadi berkualiti tinggi dan mesra kanak-kanak. Subjek-subjek yang diketengahkan adalah lebih menarik daripada geosains and biologi yang konvensional. Muzium ini pernah menjadi hos kepada tiga atau lebih pameran jemputan yang menyentuh tema-tema terkini termasuk tidur dan Laluan Sutera. Taman Botani yang bersebelahan muzium ini ialah rumah hijau yang berbentuk kubah gergasi.  Di dalamnya terdapat ekosistem hutan huian yang lengkap termasuk air terjun!

Jingming First  Street, lorong pejalan kaki sepanjang 130 meter, dibarisi kedai-kedai kecil yang mengasyikkan dan tempat di mana anda boleh menikmati budaya kafe ala Eropah. Suasana di sini cukup romantik dan kasual. Jadi tidak hairanlah apabila para pengunjung meluangkan lebih masa relaks di sini daripada yang dijangkakan.

Salah sebuah kolej swasta yang sedang meningkat naik ialah Tunghai University. Ia memiliki kampus indah yang dianggap sebagai taman oleh penduduk tempatan yang selalu berkunjung ke sini. Jalan-jalan di sekeliling universiti ini membentuk kawasan kejiranan yang amat menarik di Taichung. Tunghai Art Street, yang berturap bata dan dibarisi gerai-gerai seni, menawarkan ketenangan dan peluang untuk membeli barangan seni yang unik.

Pasar Malam Feng Chia merupakan lokasi tumpuan penguniung pada waktu malam yang terkenal di Taichung. Gerai-gerai di pasar malam ini berselerakan dari semua arah, bermula dari jalan masuk Universiti Feng Chia. Dibuka tujuh malam seminggu dari senja hingga ke tengah malam, udara di sini sentiasa diresapi aroma lazat dari gerai-gerai yang memasak dan menjual makanan klasik yang enak dan aneh. Setelah puas menjamu selera, anda boleh menonton atau menguji kemahiran seperti menembak belon dengan senapang angin.

Sebuah pusat peranginan dan libur bertaraf antarabangsa di huiung utara Taichung, Yamay Recreation World, menggabungkan dua fasiliti: Mala Bay Water World dan Discovery World. Mala Bay ialah syurgawi air untuk famili di musim panas. Ia taman tema air yang mengandungi kolam berombak, gelungsur air dan tarikan-tarikan lain. Tarikan utama di Discovery World ialah tapak eksplorosi angkasa yang direka dan dibina dengan keriasoma NASA. Dunia Rekreasi Yamay terletak 13 kilometer dari Pelabuhan Memancing Wuqi, di mana para penguniung dapat menikmati makanan laut  dan aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan.

Oleh kerana campuran pasir dan tanah yang istimewa, Gaomei Wetlands yang dilindungi, menjadi habitat untuk hidupan seperti ketam dan ikan belacak. Lantas tempat ini menjadi sumber makanan burung pucung, bangau dan pelbagai spesies burung. Ia meniadi destinasi yang sesuai bagi para pengkaji burung dan aktiviti eko-pelancongan.

Dahulu Wuling Farm merupakan kebun buah-buahan yang diusahakan oleh pesara-pesara tentera. Kini ia meniadi sebahagian Shei-Pa National Park. Para pengembara berjalan kaki mengenali tempat ini sebagai jalan masuk ke Snow Mountain, puncak gunung kedua tertinggi di Taiwan. Para penguniung yang tidak berminat mendaki, boleh menikmati kehijauan hutan rimba dan anak-anak sungai jernih. Satu lagi tarikan menarik di sini ialah laluan trek sepanjang 4.3 kilometer ke Taoshan Waterfall.

Lihpao Land

Alamat: HS, Anmei Rd., Houli District, Taichung City

Tel: (0800) 054-080

Laman web: http://www.lihpaoland.com.tw/en/

National Museum of Natural Science JingMing 1st Street Gaomei Wetlands Wuling Farm