Pasar Malam Shilin
Sememangnya Taiwan terkenal dengan pasar malamnya dan pasar malam paling popular dan terbesar dikenali sebagai Shilin Night Market yang terletak di daerah Shilin, Taipei.
Pelbagai barangan daripada pakaian hinggalah cenderahati dan makanan dijual di sini. Shilin Night Market merupakan pasar malam yang anda harus lawati jika melancong ke Taipei. Dengan adanya sistem Metro Taipei (MRT) memudahkan para pengunjung untuk ke sini, anda dapat merasai pengalaman lokasi beli belah dengan harga yang murah dan berpatutan.
Masa berniaga: 5.00petang – 2.00pagi
Pengangkutan: Stesen utama Taipei (Aliran Tamsui-Xinyi) – Stesen Jiantan (Exit No 1) Jalan 3 minit, 350 meter – Shilin Night Market