Q Square dan Ximending

Pengenalan

Pusat membeli-belah yang baru dan besar, Q Square, di utara Taipei Railway Station, terletak di hab pengangkutan bas terbesar di bandar ini iaitu Taipei Bus Station. Q Square yang setinggi sembilan tingkat menumpukan kepada para pembeli yang berusia 18 ke 45 tahun. Terdapat kompleks Vie Show Cinemas setinggi tiga tingkat dan hotel antarabangsa bertaraf lima bintang di sini. Reka bentuk pusat membeli-belah ini dibina mengikut gaya remaja di daerah Ximending, di mana terletaknya bazar komersil untuk fesyen golongan muda. Ia meniadikan tempat ini hab membeli-belah di jajahan barat yang glamor untuk menyaingi kawasan komersil di Daerah Timur.


  • Untuk para pelancong, Red House merupakan tarikan utama.
  • Ia kompleks warisan dibuka pada 1908 yang ada kafe, pameran sejarah dalam bahasa Inggeris, kedai-kedai artis persendirian dan teater untuk pertuniukan tradisional.
  • Taipei Cinema Park merupakan kawasan bersantai yang mengandungi puing-puing bersejarah, kafe, tayangan filem di luar dan hiburan pentas untuk golongan muda.
  • Lorong-lorong peialan kaki dibarisi oleh butik-butik pakaian murah ala Jepun seperti kedai-kedai kesenian, salun, kios, kedai buku komik, gerai permainan digital, arked, sinema dan pusat hiburan terbuka secara percuma untuk konsert muzik pada hujung minggu dan cuti umum.
  • Ximending merupakan tempat lama yang bangunkan oleh pihak Jepun sebagai oasis untuk membeli-belah dan hiburan.
  • Setelah mengalami krisis ekonomi beberapa kali, lokasi ini meledak seiak 20 tahun lalu sebagai daerah fesyen golongan muda yang setanding dengan bandar Shibuya, Tokyo di Jepun.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Ximending