Pesta Bulan Musim Luruh

Bulan yang penuh melambangkan perpaduan keluarga. Pada Pesta Bulan, ahli keluarga yang jauh pulang ke kampung halaman dan berkumpul beramai-ramai. Mereka bersantai di luar rumah sambil menikmati suasana malam dan parti barbeku. Mereka turut makan makanan tradisi iaitu kek bulan yang cukup simbolik.