Penghu

Pengenalan

Keindahan alam semula jadi Penghu dalam tiupan angin begitu ketara kerana tidak diusik aleh pembangunan. Lokasi ini cukup sempurna bagi para pelancong yang mahu lari dari kehidupan yang sibuk. Kampung-kampung yang dimamah masa dan landskap yang terbentuk daripada cuaca dan hempasan ombak, mempamerkan panorama eksotik. Para peminat sukan air memberi Penghu pujian yang tinggi. Tiupan angin sentiasa kencang, manakala suhu air laut memang sesuai untuk berenang dan bermain luncur angin.


  • Bandar Magong merupakan tempat tinggal kepada separuh populasi Penghu yang berjumlah 95,000 orang.
  • Magong dipenuhi kejiranan klasik dengan lorong-lorong lama, perigi­perigi bersejarah dan Queen of Heaven Temple atau Kuil Permaisuri Kayangan. Ia biara yang sudah berusia lebih 400 ralus ahun. Di dalamnya terdapat banyak ukiran-ukiran kayu berseni halus don sepacak tiang batu yang menandakan pengusiran penceroboh Belanda pada 1604.
  • Jambatan Trans-Oceanic ialah 2.5 kilometer panjang dan menghubungkon pulau-pulau di Baisho, di mana para pengunjung boleh pergi ke Akuarium Penghu dan Xiyu. Xiyu ada dua buah kubu iaitu Kubu Xitai dan Kubu Dongtai.
  • Di hujung barat terdapat rumah api. Di hujung jambatan di bahagian timur, anda dapat melihat kampung sepi di Tongliang. Tempat ini begitu dikenali kerana ada sepohon pokok bonyan purba yang sangat besar meneduhkan halaman sebuah kuil.
  • Tarikan utama di Xiyu ialah Kampung Erkan dengan keunikan rumah-rumah setingkat yang mewah.
  • Hanya sedikit sahaja orang tinggal di sini kerana pada kurun ke-18 hingga ke-19, orang-orang kampung berhijrah beramai-ramai dan membuka kedai ubat herba di bandar-bandar utama di Taiwan.
  • Mereka yang menjadi kaya di Taiwan atau Fujian kembali ke kampung dan membina mahligai-mahligai kecil untuk menayangkan kekayaan mereka.
  • Salah satu pantai panjang di pulau utama ialah Pantai Aimen yang mudah ditujui dari Mogong.
  • Pantai Shili lebih bagus untuk berenang dan disediakan banyak tandas, bilik mandi dan fasiliti lain.
  • Reka bentuk pasir yang menarik perhatian ialah Jibei Spit, pembentukan terumbu karang kecil dan pecahan kulit kerangan yang bersambung bagaikon lidah sepanjang 800 meter dari Jibei, salah sebuah gugusan pulau di hujung utara.
  • Minta saranan chef untuk menu yang paling sedap. Masakan sotong memang enak  dan ikan kering kecil dijadikan snek pedas. Satu desert yang mesti dicuba ialah aiskrim pir menyengat.
  • Ciri-ciri geologi di Penghu yang luar biasa begitu ketara di beberapa lokasi termasuk Kuibishan’s Geopark di Huxi.
  • Terdapat juga tiang-tiang batu basalt berhampiran Erkan yang senang ditujui, namun yang paling terserlah ialah cenuram-cenuram yang mengelilingi Pulau Tongpan.
  • Hampir keseluruhan persisiran Penghu tidak diusik oleh pembangunan, tapi salah satu tapak fotogenik ialah buatan manusia iaitu Double-hearted Weir di Pulau Qimei. la merupakan perangkap ikan berombak yang dibina daripada ketulan terumbu karang dan batu basalt.
  • Menangkap ikan ialah punca rezeki utama bagi ekonomi Penghu, maka restoran-restoran makanan laut berselerakan di merata tempat.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Xiyu
Tongliang
Jibei