Pasar Malam Miaokou

Pasar Malam Miaokou atau Mulut Kuil ialah sebuah pasar malam yang tersohor di Taiwan yang berpusat di kuil lama. Kuil Dianji. Oleh sebab berhampiran laut, maka makanan laut menjadi tarikan utama. Selain itu, makan tempura Jepun versi Taiwan yang digemari ramai, ‘tianbula’, dihidangkan dengan sos merah yang manis atau pedas. Tentu anda perasan persamaan sebutannya.