Teater U

Ditubuhkan pada l988, kumpulan persendirian ini beroperasi di Teater Gunung Laoquan di kawasan berbukit wilayah Muzha, Taipei. Kebanyakan pertunjukan dipersembahkan di luar dengan diiringi bunyi gendang semangat, meditasi dan seni mempertahankan diri. Kumpulan ini menekankan konsep Zen timur dalam persembahan yang menyentuh perasaan dan menambat hati para penonton dengan begitu berkesan sekali.