National Palace Museum

Pengenalan

Salah sebuah muzium terbaik di dunia terletak di kaki gunung di utara Taipei. Kompleks ini menyerupai istana klasik Cina yang tersergam megah. National Palace Museum menyimpan khazanah harta China yang terbesar dan terbaik di dunia. Hampir 700,000 buah artifak diraja yang tidak ternilai disimpan di sini berusia lebih seribu tahun. Setelah pengubahsuaian yang amat teliti dijalankan sepanjang sedekad yang lalu, pameran-pameran disusun atur mengikut format kronologi; pengaruh Muslim di sepanjang sejarah China cukup ketara terbukti.


  • Lawatan tetap diadakan oleh pemandu pelancong terlatih dalam pelbagai bahasa dan panduan-panduan audio turut tersedia.
  • Terdapat juga bilik minum teh dan restoran-restoran di sini sambil menjamu hidangan klasik China dan Taiwan serta menikmati pemandangan yang mempesonakan.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

National Palace Museum