Nantou

Tasik air tawar yang terbesar di Taiwan, Tasik Sun Moon terbentuk pada awal 1930an, apabila kerajaan Jepun di era kolonial telah membanjirkan lembah besen ini sebagai sebahagian projek hidroelektrik. Kini seluas 827 hektar dan sedalam 30 meter, tasik ini meniadi destinasi pelancongan paling popular yang sungguh indah di Taiwan. Apa tidaknya, tasik membiru yang berada di ketinggian 748 meter dari aras laut ini begitu jernih dan bersih, dikelilingi gunung-ganang curam yang menghijau serta diwarnai budaya dan penempatan puak orang asli Thao di tebing tasik. Untuk menuju dari satu lokasi ke lokasi yang berdekatan, para penguniung boleh menyewa basikal, menaiki bot atau bas yang mengelilingi sekitar tasik.

Bermula dari terminal bersebelahan Tasik Sun Moon, sistem kereta kabel Lake Ropeaway mendaki dua buah rabung gunung di mana yang tertinggi puncaknya ialah 1,044 meter, sebelum menurun ke Formosan Aboriginal Culture Village atau Kampung Budaya Orang Asli Formosa. Ropeway merupakan salah satu tarikan pelancongan baru yang mengujakan. Perjalanan sejauh 1.88 kilometer hanya mengambil masa tuiuh minit sahaja dengan pemandangan cantik saujana mata memandang. Kabin-kabin penumpang dicat merah yang melambangkan matahari, kuning bagi simbol bulan, atau biru yang mewakili warna air tasik. FACV menampilkan kebudayaan, kesenian dan sejarah puak orang asli dalam persekitaran taman tema.

Taiwan Geographical Center Monument atau Pusat Monumen Geografi Taiwan berada di tengah-tengah antara persisiran barat, timur, utara dan selatan. Ia memiliki monumen biasa yang terpahat kata-kata mendiang Presiden Chiang Ching-kuo. Berada di ketinggian 555 meter dari aras laut, monumen ini terletak di pinggir Puli, berhampiran terminal timur Freeway 6.

Tai Yi Ecological Leisure Farm atau Ladang Ekologi Libur Tai Yi memiliki 50 hektar ladang-ladang dan berpuluh rumah hiiau berdekatan bandar PuIi. Ladang ini menghasilkan dan menjual tanaman dan anak-anak pokok serta mendidik dan menghiburkan para pelancong. Para pengunjung suka melihat aviari burung dan dewan rama-rama serta girang mempelajari teknik membuat lilin, proses menekan bunga dan mewarnakan fabrik. Sememangnya tempat ini ialah destinasi untuk semua dalam satu yang menawarkan penginapan selesa dan hidangan berkhasiat termasuk masakan halal.

Dibangunkan pada 1950an dan 1960an oleh pesara-pesara tentera yang menanam pokok buah-buahan dan menternak haiwan ternakan, kini Qingiing Farm menjadi pusat peranginan terkemuka yang menyajikan panorama indah bergunung-ganang. Lokasi ini yang berhampiran Gunung Hehuan dan terletak di atas jalan raya tertinggi di Taiwan, merupakan tempat terbaik untuk melihat dan bermain salii. Ladang ini juga menawarkan laluan trek pejalan kaki yang kebanyakannya mengambil masa lebih kurang satu jam untuk dilalui. Anda turut berpeluang meniniau pengetam bulu biri-biri bekeria.

Salah satu tempat ibadat yang menjadi tumpuan ramai di Taiwan ialah Chung Tai Chan Monastery yang mempunyai seni bina yang menakiubkan. Ia direka oleh C.Y. Lee, arkitek yang sama mereka seni bina Taipei 101. Biara ini kelihatan begitu cantik berkelipan disinari cahaya lampu pada waktu malam. Terdapat juga muzium dan hotel dalam kompleks ini.

Tai Yi Ecologicol Leisure Farm

Alamat: 176, Sec. 1, Zhongshan Rd., Puli Township, Nantou County.

Tel: 886-49-299-7848, (02) 2381-0516

Laman web: www.taii.com.tw/en

Formosan Aboriginal Culture Village Puli Hehuanshan