Memorial Halls

Pengenalan

Kemegahan National Chiang Kai-shek Memorial Hall dan halaman indah di sekitarnya dibuka secara rasmi pada 1976. Struktur bangunan setinggi 76 meter yang berdindingkan batu marmar ini cukup simbolik dan menakjubkan. Cucur bumbung berkembar diperbuat daripada atap genting biru yang berkilauan dengan kubah emas di atasnya.


  • National Chiang Kai-shek Memorial Hall terletak di huiung Jalan Zhongshan yang dibarisi pokok-pokok di bahagian paling selatan.
  • Di dalam bangunan, terdapat patung raksasa Chiang Kai-shek dengan gaya duduk menunjukkan ekspresi sebagai pemimpin yang baik dan yakin. la setinggi tiga tingkat ditempatkan di tangga teratas.
  • Pameran dan intepretasi mengenai kehidupan Presiden diadakan di tingkat bawah. Barangan peribadi, model salah sebuah ofis beliau dan kereta Cadillacs kalis peluru milik beliau dipamerkan di sini.
  • Pintu gerbang dewan dan plaza ini menghala ke arah Tanah Besar China. Chiang Kai-shek amat merindui tanah airnya, maka puncak gerbang pintu itu menyerupai puncak gunung di kampung halamannya.
  • Dr. Sun Yat-sen begitu disaniungi sebagai Bapa Moden China. National Dr. Sun Yat-sen Memorial Hall dan kawasan sekeliling hampir sebesar blok bandar.
  • la terletak di Jalan Zhongxiao E. yang sibuk di bahagian selatan.
  • Dewan besar yang cukup menakjubkan ini memiliki bumbung berlekuk seperti istana diraja China. Ia dibina daripada atap genting kuning yang berkilat.
  • Bangunan ini merupakan salah sebuah tempat utama untuk pertunjukan pentas di mana banyak persembahan teater antarabangsa dan muzikal dipersembahkan.
  • Kawasan tanah yang luas sentiasa padat dengan para pengunjung pada setiap pagi dan huiung minggu.
  • Mereka mengamalkan senaman tradisional Taichi dan bermain layang-layang.
  • Pastikan anda menyaksikan upacara pertukaran kumpulan pengawal di dewan ini yang diadakan setiap sejam.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Memorial Halls