Berbatu-batan dan sukar diterokai di beberapa tempat, Pantai Utara Taiwan juga kaya dengan pantai berpasir halus dan vista yang hebat. Di daratan, bentuk muka bumi secara tipikalnya adalah beralun-alun dan curam mendadak, tetapi di situ juga terdapat mata air panas, sungai-sungai deras, dan beberapa air terjun. Tidak mesra petani dan seringkali berbahaya kepada pelaut, lanskap ini sudah pastinya dramatik – dan, untuk sebab itu, amat menarik kepada pelancong.
Pantai Utara & Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan merangkumi dua bahagian berasingan Kota Taipei Baru di Taiwan Utara. Bahagian yang lebih besar terdiri daripada pesisir pantai, sebahagian daripada lautan, dan satu jalur daratan di kedua belah Tanjung Fugui, titik paling utara di Taiwan. Bahagian yang lebih kecil Kawasan Pemandangan Indah ini berpusat di gunung setinggi 616-meter- yang dipanggil Guanyinshan. Waimushan, Tasik Lovers dan Pulau Heping di Kota Keelung merupakan tempat tarikan pelancong kawasan pantai yang penting di utara Taiwan. Oleh itu telah diumumkan pada Disember 15, 2014, bahawa tapak-tapak ini akan dijadikan sebagai sebahagian daripada Pantai Utara dan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan.
Tidak kira samada anda mencari satu jalur tepi pantai yang tersorok dan terbiar, pancaran matahari terik ke atas pantai berpasir, atau sejarah, kebudayaan dan makanan enak, anda akan dapat menemuinya di Pantai Utara & Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Guanyinshan.

Laman Web