Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur, dikenali sebagai “tanah tidak tercemar yang terakhir di Taiwan”, sepanjang 170 kilometer di pantai timur pulau itu dari muara Sungai Hualien di utara sehingga ke Shiauyeliou (Little Yeliou) di selatan. Ke sebelah timur ia disempadani oleh Lautan Pasifik; ke sebelah barat disempadani oleh Banjaran Pergunungan Pantai. Tanah di sini terdiri daripada batu gunung berapi, batu klasik dari bawah dasar laut dalam, dan serpihan batu yang telah ditolak ke atas- dan masih ditolak ke atas – oleh tindakan tektonik. Pengusangan disebabkan cuaca, hakisan, dan akumulasi telah menghasilkan satu rangkaian berbagai bentuk muka bumi di sini, termasuk teres-teres pantai, pantai pasir dan batu kecil, terumbu-terumbu tepi pantai, pulau-pulau dalaman, dan tanjung bersama dengan platform-platform yang telah dihakis laut, lurah-lurah, dan gua-gua. Topografi bermacam jenis ini menyediakan kepelbagaian habitat yang kaya dengan flora dan fauna.
Pantai Timur merupakan tempat tinggal utama untuk suku orang asli Amis. Kampung-kampung orang Amis bertaburan sepanjang pesisir pantai, dan pesta menuai yang mereka adakan dalam bulan Julai dan Ogos setiap tahun menawarkan pelawat satu peluang untuk mendapatkan pandangan mendalam mengenai kebudayaan orang yang unik ini. Sebelum orang Amis membuat penempatan di sini mereka adalah orang pra-sejarah yang datang dan pergi, meninggalkan satu timbunan artifak yang banyak dan tapak-tapak purba yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Antara ciri-ciri kebudayaan yang lebih moden kawasan pesisir pantai ini adalah tokong-tokong yang mempesonakan, gereja, dan perkampungan nelayan yang damai. Timbunan aset-aset kebudayaan dan semulajadi yang banyak ini telah memacu Biro Pelancongan untuk menubuhkan Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur dalam tahun 1988, dan untuk melibatkan diri dalam pembangunan aktif sumber-sumber santai di sini.

Laman Web